Thursday, August 15, 2013

Syawal ke 8

Nampaknya, sebulan sekali la Ummi update blog ni. Hehe. Pejam celik pejam celik dah raya ke-7. Ramadhan dah berlalu pergi. Alhamdulillah, seperti tahun lepas dan 2 tahun yang lepas, Ummi berjaya siapkan baju-baju raya untuk ahli keluarga Ummi dengan menjahit sendiri baju hero-hero Ummi tu. Tahun ni, kami pakai merah ang-ang le pula! Ummi berminat tema warna hijau pucuk pisang, tapi pergi shopping kain 3 hari sebelum puasa, so kain yang berkenan tak cukup meter ler pula.

2 minggu sebelum raya baru Ummi start godek-godek jahit baju raya. Sebabnya, dua-dua mesin jahit tepi Ummi tercabut benang dan Ummi tak reti nak pasang semula. So, duk tunggu Abah panggil org dari Singer datang, Abah asyik duk balik tgh-tgh malam. So Ummi nekad la godek-godek sendiri dengan berpandukan video kat Youtube. Asasnya, benang yang sama untuk dua-dua mesin Ummi tu. Bila dah berjaya settlekan mesin yang first, secara auto la Ummi dapat pasang benang untuk mesin yang kedua. So, bole la start merempit baju raya.

Untuk raya baru ni Ummi sempat buat 3 jenis biskut raya! Bahan untuk almond crunchy dah beli tapi tak sempat nak buat ler pula. Biskut wajib tiap-tiap tahun, macam biasa la biskut mazola dan cookies ala famous amos tu ha. Tahun ni, Ummi try la buat samperit sebab Adam beriya-iya nak biskut Upin Ipin ni. Walaupun dah siap bahan-bahan samperit kuning, tapi Ummi terjumpa resepi samperit susu. Untuk samperit ni, 2 kali Ummi ulang buat. Masuk mlm kedua, samperit susu ni dah clear dimakan oleh Ariff. So, terpaksa ulang buat je la.

Samperit susu
Sebahagian biskut mazola yang dihasilkan, bulat-bulat gak yang direquest walaupun Adam prefer yang diterap pelbagai corak.
Cookies ala famous amos
Untuk raya kali ni, Abah super busy sebab ada overhaul. So, Ummi dan anak-anak telah dihantar balik ke kampung awal la sikit. Disebabkan berada di kampung agak lama, Ummi angkut je mesin jahit dan overlock portable Ummi walaupun awal-awal Abah dah sound jgn bawa balik mesin jahit kali ni! Haha. So, dapat la Ummi menjahit sepasang baju kurung untuk mak Ummi dan dress anak saudara Ummi dah sehelai tudung 3 layer sedondon dengan baju raya Ummi.
 

Dress anak saudara yang berumur 10 tahun, muat gak Ummi pakai ni cuma senteng la sikit.
Pagi raya, 4.30am baru Abah muncul depan rumah. Macam biasa, 12 tengahari raya kedua, kami dah gerak balik ke Lumut. So, selama seminggu ni, kami 3 beranak terperap di rumah saja sebab Abah kerja dari 8 pagi sampai 1-2 pagi. Cukup susah anak-anak tak jumpa Abahnya.

No comments: