Friday, April 29, 2011

Hadiah kelahiran Ariff

Sebelum bertolak pegi KL selasa baru ni, Abah tanya bila nak guna baju2 dlm hamper yg diberi oleh kwn2 & sedara2. Baru Ummi teringat, dah lupa trus psl hadiah kelahiran Ariff ni. Dapat je, terus letakkan hadiah2 tersebut dlm bilik hingga terlupa nak tgk. So pagi semlm, Ummi angkut semua hadiah tersebut keluar ke ruang tamu. Ni adalah hadiah2 yg Ariff terima. Banyak!







Hadiah #1 dr family Kak Kayla

Hadiah #2 dr Makcik Farhah & family


Hadiah #3 dr staff Abah


Hadiah #4 dr Kak Sarah & family


Hadiah #5 dr family Pak Njang


Hadiah #6 dr family Paklang


Hadiah #7 dr kawan Ummi- keluarga Makcik Yati
Ni satu-satu hadiah yg digunakan setakat ini. Dpt je terus buka & guna. Hehe


Hadiah #8 dr SMSC - sebenarnya ni la hadiah pertama yg diterima masa discharge dr hospital, heheh

Thursday, April 28, 2011

Wish list - tercapai sudah

Ini la mesin pencanai tepung dlm entry Ummi seblm ini. Semlm masa kat Mid Valley, sambil2 duk tunggu Abah abis meeting, sempat la Ummi sambar mesin ni, murah je. Pasni operasi membuat karipap akan terlaksana. Takde la nak guna kulit popia dah! :0)

Haha, baru Ummi tau, mesin ni bole buat pasta-lasagne,spaghetti. Selain tu, bole buat mee kuning, keoteow - yg ni tau lama dah. Tp Ummi tak buat la kot. Beli je la lagi senang!

Combination yg amat bagus utk Ummi. Hehehe

Wednesday, April 27, 2011

Cititel revisited

As usual, free vacation sbb ikut Abah. Abah ada meeting kat PJ. Plan asal nak duk Crystal Crown PJ tp dah full, yg ada cuma suite. So try Cititel la. Lama tak dtg sini. Rasanya thn 2009 kot dtg sini. So, arini bole la shop-shop & window shopping kat Mid Valley. Layannn.






Adam & Ariff

Tuesday, April 26, 2011

Donut untuk Adam

Sebelum pegi tadika, Adam minta buatkan donut bila dia blk dari tadika. Dah lama dia request. So, hari ni baru dpt Ummi tunaikan janji. Actually dia excited nk guna choc rice kaler-kaler dia untuk tabur di atas donut.
Sampai je rumah, Adam trus tanya Ummi masak apa. So, apa lagi, mengadap donut la dia hari ni.


Ummi juga buatkan donut sticks untuk Adam. Senang dia nak pegang bila makan.

Wish list - mesin pencanai tepung

Bangun pukul 5am, tetiba terfikir nak cari & beli mesin pencanai tepung. Mesin ni dlu mak ada banyak bijik. Sbb masa tu mak duk buat jual karipap so mmg mudah la guna mesin pencanai ni. Kenapa perlu Ummi beli? Untuk menambah tahap kemalasan Ummi, haha. BM sudah ada, kena cari mesin pencanai tepung untuk memudahkan Ummi buat karipap. Dah lama nak buat karipap tp bila terfikir nak kena canai tepung secara manual, alahai..terbantut keinginan.
Bila la boleh nak pegi cari ni, nak angkut Ariff, sure mengah, mesin tu dah la berat, tambah dgn Ariff lagik, confirm perlukan pertolongan si Abah.

Bulan Jan baru ni, Ummi duk tgk x-schoolmate duk hidang dgn roti2 yg dia buat kat fb, trus Ummi teringin nak beli BM. Sanggup pegi survey sendiri kat Cosway sbb tunggu Abah tak free2. Last2 kena angkut Abah gak untuk beli. Sape yg nak ngangkut BM tu? Dah la time tu tgh sarat pregnant. Lepas beli BM, 2 bln lps tu baru start guna. Sbb apa? Sbb a week pastu Ummi terbersalin so tak dpt la nak operasikan BM tu.


Ni la BM Ummi, Empress BM dr Cosway.

Resepi pertama yg Ummi cuba, roti sosej berpintal. Pasni bole la buat lagi.

Monday, April 25, 2011

Felt bodysuit for baby part 1

Dah lama teringin nak buat menda alah ni. Pagi td lepas Adam pegi tadika, Ummi start pegang gunting and projek pun bermula. Untuk tulisan nama sahaja-gunting, tampal, jahit & trim, Ummi ambil masa 3 jam. Ianya selesai sebelum Adam balik dr tadika. Tema jahitan: Ikut suka hati :0)



Close up

Lepas ni, untuk projek yang sama, part 2 and 3 akan disiapkan. Sbb apa sampai part 3? Sbb ada 3 helai baju Ariff yg akan Ummi kerjakan. Bila tu, ntah le. Ikut tahap kerajinan Ummi la. Banyak lagi list yg teringin nak buat belum terbuat. Tungguuuu

Friday, April 22, 2011

Jumaat datang lagi..

Hari ni Jumaat, Abah akan balik lunch n Adam akan balik lambat dari tadika sbb uncle driver tu akan hantar dia lambat. So, Ummi decide nak ambil Adam dr tadika. Sbbnya sudah lama Ummi tak drive dan merayau-rayau. Byk list brg yg nak dibeli. Selps Adam pegi tadika, Ummi start masak untuk lunch. Menu lunch hari ni daging black pepper, sawi masak air & telur dadar. First time masak daging black pepper ni. Selalunya Ummi masak daging masak hitam, daging masak kicap atau daging masak padang. Lps ambil Adam, terus ke Giant beli brg n ke cosway beli brg sikit. On the way blk Ummi singgah kedai jual dulang kek, kedai craft n hardware cari tray, acuan tart (acuan sedia ada makin surut diambil oleh Abah), kain felt n dawai untuk next project Ummi. Tunggu & lihat apa projek terbaru Ummi..hehe



Menu lunch hari ni- Daging black pepper


Kalau daging masak kicap atau yang seangkatan mcm ni wajib letak kentang untuk Adam.

Malam, Adam & Ummi dinner dengan pizza dengan menggunakan sos spaghetti semlm sebagai sos pizza. Ummi cuma uli buat doh je untuk pizza ni. Sorry, tak guna BM sbb sikit je dohnya. Topping campak-campak je. Asalkan namanya pizza, jadilah.




Close up pizza lepas dibakar


Menu dinner Adam & Ummi - pizza

Abah beli nasi kukus ayam berempah masa on the way balik dr kerja. Abah mana layan western2 ni..:p

Spaghetti untuk Adam

Semlm sebelum pegi tadika,Adam request nak makan spaghetti lps blk tadika, so Ummi masak spaghetti ni utk anak teruna Ummi..resepi simple, letak sayur favourite dia..makan siap bertambah-tambah lagik..:0)

Thursday, April 21, 2011

Concorde Shah Alam (3D2N) revisited

Seperti biasa, free vacation sbb Abah ada meeting..so kali ni utk kali ke-3 dpt la Adam duk di Concorde Shah Alam. Last time dtg sini bulan 12 haritu..Sebelum tu masa thn 2007..then tahun 2008 - 2010 Ummi keja, tak dpt la Adam ikut Abah n stay kat hotel for free..:0)

Bertolak dari rumah hari Ahad 17hb jam 8pagi.. then ke Jusco Bukit Raya utk beli hadiah baby Khalissya. Lepas round kat Jusco, kitorg ke rumah SIL untuk melawat baby Khalissya. Sepatutnya Ariff sama due dgn baby Khalissya tp Ariff keluar awal 6 weeks, so Ariff membesar di luar perut Ummi..:p


Lepas check-in.. Adam & Ariff

Agenda utama Adam hingga ponteng pegi tadika - MANDI KOLAM

Adik Ariff boring je duk tunggu Abg Adam mandi kolam

10 Dec 2010 (2D1N)- Adam dtg sini jugak

28 Julai 2007 - Adam dengan Salamiah Hassan di lobi Concorde..masa ni duk tunggu Abah pick- up lepas check-out, Ummi rancak duk sembang tp Ummi taktau yang ni adalah SH..hinggalah dia ckp dia 'penyanyi' baru Ummi tanya 'siapa nih?'..hehe