Sunday, June 24, 2012

Umur meningkat lagi hari ni

Hari ni, birthday Ummi yg ke dot dot dot. Haha. Tetiba plak nak post entry hari ni sempena hari istimewa nih. Hari ni, Ummi bertiga dgn Adam & Ariff kat rumah. Abah dari semalam duk selam. Actually Abah ambil lesen selam sejak 3 minggu lepas. So, weekend dgn anak-anak je lagi.

Tadi pagi Adam dah melalak. Laaapaaaaqq! Tu la keja budak berdua tu. Ariff senyap je sbb dah dpt sebotol susu. Adam minta buat pop corn. Semalam dah buat seperiuk. Tapi bila nak letak karamel, hancus. Karamel hangit. Ni gara-gara Ariff duk gayut nak makan ler ni (alasan, haha). So, separuh dari pop corn tu, masuk tong sampah je la. Hari ni, Adam request nak yg kaler-kaler pula. Selongkar kabinet, Ummi gitau Adam, nak buat kaler merah dan biru. Haha, Serius pelik, Yg kaler merah, cun la. Yang kaler biru, pas Ariff makan. mcm drakula pun ada. Habis tgn dan mulut dia biru (mcm lebam le plak). Resepi Ummi ambil dari myresepi, tapi Ummi tak guna coklat. Ummi guna pewarna sahaja.
Sebelum diwarnakan
Setelah diwarnakan
 Tengahari, Ummi masak laksa. Last buat laksa beberapa hari sebelum final exam hari tu. Tapi tak puas makan, sbb makan dengan kawan-kawan. So, ptg semlm, Ummi msg Abah suruh beli bahan utk masak laksa. And hari ni, tadaaaaaa, siap laksa Ummi.

Ikan diblend hancus, so takde ketul-ketul isi ikan

Siap untuk dimakan

Sempena birthday ni, Ummi dah dpt advance hadiah dari Abah on 28 May hari tu. Masa minggu terakhir kelas, Ummi installed Viber kat handphone Ummi, tetiba hang sbb tak cukup nafas le tu. So, Abah offer, nak laptop paling canggih or nak handphone? Disebabkan laptop Ummi masih bernyawa elok lagi, ambil handphone je la. Boleh whatsApp dan viber, dan fb jugak! Abah bagi pilihan lagi, antara SII and Note, yang mana pujaan hati? So, Ummi pilih Samsung Galaxy Note. Esoknya baru Samsung launch/keluar SIII. Punya la tak ambil tahu perkembangan semasa. So, Ummi dapat Samsung Galaxy Note sebagai hadiah birthday Ummi, a day before birthday Abah. Hehe, birthday Abah, tp bagi present kat Ummi. Org tak berduit, mcm ni la.

Friday, June 15, 2012

Kembali bersua..

Dah lama Ummi tak jenguk blog ni. 2 bulan lebih pulak tu. Bila masuk blog, tgk ada interface baru, tak jumpa cari dashboard. Nasib baik jumpa icon create new entry. So, click icon tu dulu la. And Ummi perasan ada followers baru, welcome :).

Ummi officially dah start cuti semester semlm. Lepas exam rabu tu, Ummi terus balik sini. Cuti 3 bulan youuu. Gumbira teramat, sebab boleh buat banyaaak benda yang terbengkalai. 2 hari lepas masa sampai Manjung, Ummi usha depan kamdar, tgk ada banner sale sampai 14jun. Balik rumah terlupa terus.

Pagi semlm, teringat balik, and Ummi sms bgtau Abah, nak pergi cari kain utk baju raya. Abah kata OK. Tunggu punya tunggu, 8.10pm, baru Abah sampai rumah. Lepas mandi & siap semua, 8.50pm baru gerak dari rumah. Elok sampai, escalator dimatikan. Dah tak bergerak. Ayat Adam masa tu, 'dah nak tutup ke?'. Terus Ummi tanya salesgirl situ, dia cakap tutup 9.30pm! Sebenarnya ptg semlm Ummi dah pergi survey cari kain. Tapi bila tunjuk kat Abah mlm tadi, dia tak setuju le pula. So, apalagi, main tunjuk je la. Dalam masa 30min, Ummi dapat 4 pasang utk Ummi je la plus kain utk baju melayu. Terpaksa la berpuas hati. Padahal dalam hati, rasa amat tak best sesgt. Selalu sgt jd mcm ni time nak beli kain.

Next agenda, nak proses kain-kain tersebut jadi baju le pula. Haish. Bila la gamaknya nak siap. Tapi terpaksa siapkan cepat le. Sebab, thn ni Ummi volunteer nak jahit baju kurung pesak gantung utk mak Ummi, and baju melayu cekak musang XXXL utk adik Ummi.