Tuesday, February 5, 2013

Result final exam & appointment Ariff

Lepas update blog entry di bawah ni, baru Ummi perasan, date entry di bawah ni 4hb, jadi skrg sudah 12 tgh malam. Hari ni sudah 5hb. Jadi, dup dap dup dap makin bertambah rancak, sebab result final exam semester lepas akan keluar 5hb, esok siang la kot. Harap-harap result Ummi semua A macam sem lepas. Amin.

Jam 9 pagi nanti, Ariff ada appointment di klinik. Macam biasa, timbang berat, ukur tinggi la kot. Tadi Ummi belek-belek buku biru Ariff untuk tampal result MRI dalam buku tersebut. Tak sempat nak buat sebelum ni. Lepas ni tak payah dah duk explain pasal kepala besar Ariff tu kat nurse. Bulan 8 hari tu, Ariff buat MRI dan resultnya alhamdulillah, sihat je kepala Ariff tu walaupun besar berbanding dengan budak sebaya dia.

Lagi 4 hari birthday Ariff yang ke-2. Sudah tak infant. Kalau naik AirAsia dah kena bayar tambang dewasa. Dan lagi 5 hari wedding anniversary Ummi yang ke 8. Alhamdulillah.

Tinggal beberapa hari je lagi untuk Ummi jadi fulltime housewife. Lepas ni, back to school le pula. Ngadap budak-budak. Kecut perut pun ada sebab dah lama tak mengajar. Taska untuk Ariff dan transit untuk Adam belum cari. Semoga Allah permudahkan urusan Ummi dan keluarga. Amin.

Monday, February 4, 2013

Homemade ice cream

Wah..tajuk omputeh. Haha. Semua benda nak di homemade kan. Alkisahnya, duk bertapa di rumah dengan anak-anak tak kira weekends or weekdays, macam-macam yang anak-anak request. Abah outage, so memang tak lekat kat rumah la. Adam & Ariff pula lapar je manjang. Solutionnya, cari je apa stok yang ada, then transform jadi makanan favourite anak-anak.

So, projek 3 beranak petang semalam adalah donut. Adam awal-awal lagi bagitau taknak donut kaler-kaler (choc rice), nak yang tabur gula sahaja. Sambil tunggu doh donut mengembang, Ummi buat ais krim. Resepi Ummi ambil dari blog Cikgu Ani. Tapi Ummi tukar perasa ais krim ni. Ummi buat perasa vanilla dan coklat serta vanilla dan strawberi. Sebab perasa strawberi adalah favourite Adam. Masa sebelum nak bekukan ais krim, berebut-rebut Adam dan Ariff nak merasa ais krim cair. Katanya sedap. Kembang sat Ummi. Haha.

Ummi tempek resepi dari blog Cikgu Ani.

Bahan A:
1/2 tin susu pekat - (kurangkan kalau tak suka manis)
1 tin susu cair
1 sudu besar ovellete
1 biji telur
1 sudu teh vanilla

Bahan B:
Perasa/ pewarna keladi/strawberry/coklat (ikut suka dan kreativiti masing2)
** boleh hias ikut kegemaran masing-masing 

Bahan yang Ummi gunakan
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dan pukul guna mixer hingga gebu (mula2 guna speed perlahan, kemudian paling laju...masa untuk mix lebih kurang 15 - 20 minit))
2. Tuang sebahagian kedlm bekas ais krim.

Gambar hasil projek ais krim Ummi:

Semua bahan yang dicampur..berbuih-buih
Lepas 20 minit..dah ada tekstur ais krim cair
3 perasa..strawberi, vanilla dan coklat
Hasil campuran 3 perasa
Lepas dikacaukan dengan sudu..abaikan swirl ais krim coklat & vanila yang ntah apa-apa tu. Adam kata macam corak ular, ada ekor dan muka. Gerun le pula.
Lepas diletak dlm freezer semalaman..ready untuk dimakan oleh Adam

Selepas ni, projek ais krim drumstick pula. Juga hasil tangan resepi Cikgu Ani juga. Semalam nak buat, tapi takde cone ais krim le pula. Nak kena tunggu anak-anak teruna ni perabis stok yang duk ada ni dulu, baru boleh start new project.