Thursday, April 18, 2013

Kursus Jahitan Kurung Peplum

Pola baju princess cut - silap lakar kat dart/lisu
Ummi join kelas jahit peplum 2 minggu lepas (6 Apr 2013). Masa Ummi daftar kursus jahit peplum ni, Ummi tak ingat langsung ada aktiviti kat sekolah. Lepas register, baru Ummi perasan ada koku kat sekolah, then sambung dengan kursus LADAP. Jadi, Ummi datang kelas jahit dah tengahari, hampir jam 1 petang. So, hasil pembelajaran yang Ummi dapat hanya dapat buat pola sahaja. Sebab hari kedua Ummi memang tak dapat pergi sebab ada family day stesen tempat Abah bekerja.
Tumpang ambil gambar hasil kerja orang depan Ummi, untuk rujukan mcm mana nak potong kain

Pola kain - line pun tunggang langgang, dah jadi double line, baru tau mcm mana buat kain duyung
Selalu duk belek buku je, skrg dah tau la nak potong pola princess cut ni
Masa nak lakar pola, rupanya pola tersebut tak sama mcm yang Ummi duk surf kat internet. Agak rumit la sikit. Macam nak buat kembang skirt A-Line gitu. Apa-apa pun Ummi dapat la ilmu sedikit selama 1/2 hari tersebut. Masa lunch hour Ummi sempat la merayap cari kain lycra nak buat peplum ni. Tapi, sampai sekarang masih duk kain mcm tu gak la. Entah bila dapat nak operasi pun taktau la.

School holiday - trip 3H2M to Krabi

Ini sebenarnya cerita dah basi. Cerita masa cuti sekolah hujung bln lepas. Sebenarnya Ummi dah tulis 1/2 way, tapi tak publish sebab belum upload gambar. Hari ini Ummi agak rajin sebab esok cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak. Rasa beban hilang sekejap. Kalau tak, rasa bersalah le pula kalau update blog sebab kerja teramat banyak.

Masa first day cuti sekolah baru ni, Ummi dan family telah menjelajah bumi Thailand buat kali kedua. Ini rentetan dari cuti-cuti Hadyai hujung tahun lepas. Masa kat Hadyai dulu, abang ipar Ummi suggest untuk ke Krabi. Jadi, impian menjadi la. Kami 3 beradik ke Krabi bersama mak tersayang kali ini.

Seminggu sebelum ke Krabi, Abah outstation ke Melaka dan Bangi for the whole week. Jadi, sebaik Abah sampai ke Lumut, 2 jam lepas tu, kami sekeluarga bertolak balik kampung. Trip ke Krabi kali ni, kami tak drive sendiri macam ke Hadyai hari tu. Kami sewa van Siam. 1 hari sewa RM500 termasuk kos minyak & driver. Murah la gak. Jadi untuk 3 hari, kami bayar RM1500. Masa on the way, kami dapat tahu, yang tuan driver & empunya van dapat RM1200 sahaja. Lagi RM300 diambil oleh orang tengah. So, next time, kalau nak travel mcm ni lagi, perlu direct nego dengan driver je la kan.

Day 1

Trip kami bermula seawal 8 pagi. Driver van datang pick up di rumah mak Ummi. So, tak payah nak pening-pening nak park kereta kat mana. Plan asal, nak masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam. Tetapi, disebabnya first day cuti sekolah, plan telah diubah. Kami gerak masuk ke Thailand ikut Wang Kelian. Ikut kata driver van tersebut, kalau nak ke Krabi, ikut Wang Kelian boleh jimat 1 jam.

Kami berhenti lunch di Arraya restaurant. Tengok kat menu list, ada 'menu khas', siap dalam ejaan BM. Bila request nasi goreng tomyam, takde la pula. So, kami order tomyam, daging masa merah dan telur dadar plus fresh oren yang tak sedap, semua total 430baht. Kira ok la untuk 3 dewasa makan.

Di Arraya Restaurant - 2 beradik tgh bergaduh berebut kerusi yang berat ya amats
Lepas lunch, kami teruskan destinasi ke Krabi Town. Di sini, kami bergambar dengan ketam yang besar. Ummi ingatkan nama Krabi datangnya dari 'crab' sebab ada ketam yang besar sekor bersama-sama dengan anaknya. Rupanya lepas sembang dengan driver van, dia cakap krabi tu pedang. Haha. tertipu rupanya.

Then, kami dibawa untuk melihat ikan-ikan di Krabi Coastal Fisheries R&D Center. Kat sini, banyak ikan, dari sekecil-kecil ikan sampai la ikan yang lebih besar dari orang!
 
Singgah tgk ikan kat sini, masuk percuma sahaja! Diulangi, masuk percuma!
Then kami dibawa ke satu tempat yang berdekatan dengan Ao Nang Beach. Kat sini nampak je orang jual kelapa dan ada tanda Halal, terus je Abah terpa. Beli air kelapa fresh. Then bila habis kelapa fresh, baru tau ada jual coconut jelly. First time Ummi tgk kelapa jeli dalam buah kelapa. Beli 2 biji makan 4 beranak. Kenyang terus.

Kelapa jelly, 1st time Ummi jumpa yang dijual dalam buah kelapa, sebiji 350b
Kami sampai di Ao Nang dalam pukul 6pm waktu Malaysia (ikut jam Ummi-napa ntah hp jadi bengong tak tukar time padahal dah buat auto setting mcm kat Hadyai hari tu). Lepas jumpa hotel, driver van bawa kami pusing-pusing area pantai. Tunjuk tempat makan yang halal bagai (halal sebab tak letak bab* je pun, arak bersepah-sepah juga). Kami menginal di Ao Nang Sunset Hotel. 1 mlm 2500baht (lebih kurang RM250).
Bilik di Ao-Nang Sunset Hotel, ni time 2nd day, bilik pun dah selerak sikit

View swimming pool dari bilik Ummi

Pancake yang sedap, mcm roti canai telur, atasnya susu pekat manis, sekali ngadap ummi boleh mkn 5 biji sekaligus. Haha.
 1keping harganya 30baht
Day 2
Jam 9 pagi waktu Thailand, kami gerak ke Ao Nang Beach. Agenda hari ke-2 adalah pusing-pusing pulau. Ada 4 pulau yang kami terokai. Kami sewa 1 bot. Bayaran yang dikenakan untuk dewasa RM90 dan RM70 untuk kanak-kanak  yang berumur 4 tahun++. Jadi total yang kami perlu bayar adalah 7 dewasa dan 4 kanak-kanak, 2 dikecualikan sebab < 4tahun (Ariff ler tu).

Masa pulau first, Ummi mula rasa excited. Walaupun masa kat dalam bot, rasa macam nak terbang je ditiup angin. Masa ni, asyik bergambar saja. Pulau yang Ummi pergi ni, Ummi taktau namanya. Kami diberi masa 1 jam je untuk berada di pulau ini. Ummi perasan, pasir pulau ni teramat la halus, mcm inti kuih batang buruk je.Sungguh halus!.
Model dalam gambar-Ariff, Abah, anak sedara Ummi

4 sepupu bermain pasir yang teramat halus

Then kami di bawa untuk bergambar di pulau yang berbentuk mcm kepala ayam. Seterusnya, kami dibawa bagi ikan makan. Sungguh cantik air dan banyak ikan pula tu. Abah ambil peluang snorkling. Ummi cuma jadi tukang ambil gambar je la.

Snorkling - ikan yang banyak & air yang jernih, menakjudkan
Kami lunch di sebulah pulau. Ummi taktau nama pulau tersebut. Lunch ni termasuk dalam pakej RM90 tu. Makanannya adalah halal. Lepas lunch, Ummi cuba nak seberang pulau. Airnya cetek, paras pinggang sahaja untuk nak ke pulau lagi satu. Tapi baru separuh jalan, Ummi patah balik, sebab tak sanggup nak basah kuyup. Masa tangah rehat, driver bot datang panggil nak bawa ke pulau lain pula. Tup island nama pulau tersebut. Yang Ummi perasan, selain pulau tempat Ummi lunch (ada kantin), Tup island ni gak ada tempat makan mcm kantin. Maybe tak nak bagi orang sesak kot.

Then, kami dibawa ke pulau terakhir, Doda island. Masa turun dari bot, ada sorang mamat approach Ummi, sambil tunjuk buku resit. Dia cakap bahasa Siam kat Ummi, Ummi reply la yg Ummi tak paham apa yg dia cakap. Dia tunjuk buku resit dia. Ummi still tak paham. Last-last, Adik Ummi datang, rupanya setiap seorang yang singgah pulau tu kena bayar 20baht untuk dewasa and free untuk kanak-kanak. Dia minta 100baht utk 1 bot. Lepas Adik Ummi bayar, dia terus beredar. Haha. Ummi mati-mati duk ingat mamat tu mai jual makanan apa ntah sebab ada 2 biji bot ala-ala restoren kat sebelah bot yang Ummi parking. Sabar je la.

Day 3
Hari ketiga, takde yang menarik. Sebab, Ummi rasa dah nak demam. Rasa kepala mcm dah nak pecah. Berpanas di pulau-pulau, mcm tu la jadinya. On the way balik, singgah nak beli souvenir, tapi Ummi tak beli apa pun. Tak larat nak memilih.

Souvenir hasil tangkapan Adam & Abah

Percutian yang memenatkan bagi Ummi sebab travel yang jauh. Abah plan nak ke sana lagi, untuk family day sebelah dia pula. So, tungguuu