Thursday, August 2, 2012

Overlock baru

Tadaaaaa! Inilah mesin jahit tepi baru Ummi, baru sampai petang semalam. Amat berpuas hati la setakat ini.:)
Singer 2442K063-5
Harga RM2445 (cash or 3 kali payment)

Tengok betul-betul..5 benang you!
Benang no 5, masuk dr arah belakang mesin ye
Masa duk tunggu, berdebar-debar la juga. Sebab masa kat kedai Singer Sabtu baru ni, Ummi tak tengok langsung rupa bentuk mesin ni. Masa first time ke kedai, minta nak tengok gambar (sbb dalam katalog pun takde gambar), tapi salesgirl tu cakap, takde gambar. Yang ada gambar overlock 3 benang saja.

Masa 2nd time ke kedai, terus order, sign agreement apa-apa yang patut since Ummi buat 3 kali payment. Lepas tu, terus balik. dalam kereta, baru Abah bagitau yang lupa nak tengok camne rupa mesin ni. 2 malam lepas, Ummi try surf kat internet. Yang jumpa, cuma portable 5 benang brand Singer gak, tapi model tu takde/belum ada di Malaysia. Model ni pun, kalau tak silap Ummi, baru ujud thn lepas.

Masa kat kedai Sabtu baru ni, salesgirl tu cakap harga RM2395, tapi sebelum tu, Ummi dah surf kat www.singer.com.my, harganya RM2445. So, bila salesgirl tu cakap RM2345, Ummi ingatkan ada less RM50. Haha. So, semalam, as first payment, Ummi bayar RM800. Dan semalam juga la, Ummi bagi mesin jahit Ummi untuk diservis. Wahaha, sejak beli, belum pernah hantar servis! Lagi satu, mesin jahit tepi portable, Ummi suruh technician tu jadikan mesin jahit tepi halus. Dia cakap kena tukar tapak yang harganya antara RM50-RM60. Apa-apa je la, janji Ummi dapat guna dengan senang hati lepas hati. Malam tadi, sama dia ajar cara masukkan benang, Ummi still fail la. Serabut je tengok banyak sangat lorong-lorong benang tu. Tapi masih ada hati angkat yang 5 benang punya. Hehe.

Mlm tadi, dah start merempit, jahit tepi kain stok-stok yang belum dijahit. Best, walaupun ada gangguan dari Ariff, tapi Abah tlg jaga Ariff and tidurkan dia. Lega.