Tuesday, October 28, 2014

Adam's 8th birthday

Semalam..27 Oktober adalah ulang tahun kelahiran Adam yang ke-8. Buat pertama kalinya Adam sambut birthday tanpa Ummi di sisi. Sebelum ini berkali-kali Adam bertanya..Ummi balik tak time birthday dia. Maaf Adam..Ummi tak dapat balik. Cuti Ummi hanya weekend sahaja. Birthday kali ni, takde kek. Adam cuma celebrate makan malam dengan Abah dan Ariff sahaja. Kasihan Adam. Dah la kena pack goodies sendiri.

Weekend baru ni, Ummi ke Kuching. Ada annual dinner sekolah di Pullman Hotel, Kuching. Siang sebelum dinner, Ummi merayap ke MPH The Springs, first time Ummi ke sana. Sebelum ni, Ummi takde idea nak bagi hadiah apa kat Adam, cari kat internet, takde yang menarik. Masa kat MPH, Ummi terjumpa buku yang agak menarik untuk umur Adam. Lepas belek-belek, nak beli, duk fikir pula, entah bila Adam akan dapat buku tersebut. Kena tunggu Ummi balik cuti sekolah bulan 11 nanti la. Dah la buku tersebut hard cover, 2 biji pun dah cukup berat nak diangkut naik flight. Lepas Ummi belek belakang buku, ternampak la website publisher buku tersebut. Balik hotel, terus Ummi surf dan jumpa buku tersebut. So, Ummi beli la sebagai hadiah birthday untuk Adam.

Buku untuk birthday Adam
Buku untuk birthday Adam
Tadi Ummi call publisher tersebut, buku akan dipos esok. Jadi, kemungkinan Adam akan dapat hari Khamis atau Jumaat ni. Direct terus kepada Adam, tak perlu tunggu Ummi balik bulan 11 nanti.

Happy birthday buat Adam.
Ummi sayang Abang Adam.

Masa kat Kuching, Ummi merayap kat Main Bazaar untuk mencari tikar palembang dan segak mas. Lepas 2 hari merayap, dapat juga hasilnya. Ummi beli 1 tikar palembang (berat 14kg tu), 1 segak mas (berat 5kg) dan 1 tikar putih (berat 3kg). Totalnya termasuk pos (1kg = RM6.50) hampir RM900. Ni kira hadiah untuk diri sempena wedding annniversary Ummi yang ke-10 tahun hijrah (1 Muharam 1426 - 1 Muharam 1436).

Sunday, October 12, 2014

Oktober entry..tak sabar nak belai my Brother V3

Lama Ummi tak jenguk blog ni. Bersawang sungguh la. Semua gambar dalam blog ni dah tak boleh nak view la pula. Nak kena buat something, maybe reupload la kot kalau Ummi rajin nanti.

Pejam celik pejam celik, lagi 6 minggu nak habis sesi persekolahan untuk tahun 2014. Ummi duk kira minggu je sebab nak balik jenguk anak-anak dan mesin-mesin jahit Ummi. Bulan 6 hari tu, Ummi beli mesin sulam baru, Brother V3. Tapi sayangnya, sehingga hari ini Ummi belum berkesempatan nak belai V3 Ummi tu. Masih di dalam kotak lagi. Dalam kepala Ummi ni, banyak projek yang Ummi nak buat dengan V3 ni.
My V3 yang tunggu dibelai
 Ummi berharap sangat-sangat dapat bertukar balik mengajar di Manjung. Ameen.