Saturday, February 11, 2012

Akhirnya..siap juga!

Akhirnya, siap juga 5 pasang baju melayu untuk Adam. Ummi jahit sepasang baju melayu potongan tradisional bertulang atas bahu, sepasang baju melayu potongan moden dan 3 pasang baju ala raihan. Lepas dah siap, rasa lega teramat sangat. Serius Ummi tertekan, Ummi setkan dateline dan Ummi yang kejar dateline. Masa duk jahit baju Adam ni, macam-macam Ummi fikir. Kagum kat orang yang kerjanya menjahit. Sendiri set dateline pun dah rasa tertekan, tambah la kalau orang yang setkan dateline, sure terkejar-kejar nak siapkan tempahan! Masa cuti 4 hari baru ni, Ummi pulun menjahit baju-baju ni la. Serius, dah tak ambil peduli pasal rumah tangga. 4 hari berturut-turut Abah duk di rumah, pelik kan. Tapi rasa lega la sebab dari breakfast sampai ke dinner dua beranak tu duk angkut bawa balik makanan bungkus. Masuk hari ke-3, Ummi rasa bersalah ler pula, masa tu la start masak semula. Kalau tak, dalam kepala cuma nak kejar dateline la. Takut baju tak siap, kang macam mana Adam nak pi tadika. Abah bukannya duk ambil tau pasal basuh baju. Siap dia cakap nak suruh cikgu kat taska (tempat Adam transit) tu basuhkan, dia sanggup bayar sehelai RM2.

Baju kurung Ummi untuk bacaan ikrar pun dah siap. Ummi buat baju kurung pesak gantung. Lantak le, baju Ummi, ikut suka Ummi, tapi baju pesak gantung Ummi tu mmg pesak gantung la, sebab kekek bercantum dengan pesak. Haha, tak kuasa dah nak cantum kekek bagai.
Baju tadika dan kelas KAFA yang baru buat Adam

Esok petang, nak hantar Ariff ke rumah kakak Ummi. First time nak berpisah ni, taktau la macam mana. Adam dah start merajuk bila Ummi packing barang-barang tadi. Kasihan, tapi apakan daya. Demi diorg juga. Semoga Allah permudahkan urusan Ummi dan keluarga Ummi. Amin.

7th wedding anniversary

Siang tadi, ikut kalendar omputeh or masihi, genaplah usia perkahwinan Ummi dan Abah yang ke-7. Malam tadi, nak wish Abah, tapi Abah tidur awal, so Ummi terus terlupa nak wish. Pagi tadi, tgk hp ada sms dr Abah, dia wish kat Ummi.

So, hari ni, Ummi plan mmg takmau masak. Lepas ambil Adam dari tadika, terus ke Billion cari bahan kek, then ke kedai bahan kek pula. Lepas settle semua, operasi membuat cupcakes dijalankan. Ummi buat choc moist cupcakes dan carrot cupcakes. Dua-dua Ummi guna resepi masa Ummi attend kursus tahun lepas. Alhamdulillah, dua-dua menjadi.

Carrot cupcakes yang belum dihias, lupa lak nak ambil gambar choc moist cupcakes

Hasilnya, Ummi bagi kat cikgu tadika Adam 6 biji carrot cupcakes, sebab choc cupcakes belum sempat nak di decorate. Bila dah stop tu, sampai skrg tak sambung decorate cupcakes. Problem Ummi, mlm tadi Ummi surf cari info pasal paste color Ameri Color. Ummi masuk website dia, tertulis la yang color paste tu bukan dari unsur haiwan. So, rasa selamat. Pagi tadi, Ummi pergi la beli 3 botol color paste brand tu. Bila tgk ada yellow 5, Ummi sudah waswas. Msg kawan-kawan yang duk buat bisnes cupcakes, takde sorang pun yang reply. So, operasi nak hias choc cupcakes Ummi tergendala la. Ummi plan nak sambut birthday Ariff dan anniversary Ummi kat rumah kakak Ummi esok. Tapi, tadi masa Adam buka peti ais, dia lupa nak tutup, abis dah Ariff korek cream cheese frosting atas carrot cupcakes Ummi.

Carrot cupcakes untuk cikgu Adam - 6 biji pertama yang Ummi decorate 4.30pm, ambil Adam pukul 5pm.

Hari ni, dinner Abah belanja. Masa on the way nak pergi makan, Abah ajak makan ikan bakar kat felcra Lekir, Ummi kata Ummi ikut je. Tiba-tiba Abah bawa ke Horizon Garden. Surprise! Rupanya Abah dah pergi reserved segala-galanya sebelum balik rumah. Macam biasa la, Abah mesti request candle light punya la. Tapi kat situ tak pernah ada orang request la kot. So, ntah apa-apa la candle light dia. Still bawah cahaya lampu and cair-cond lagi! Bila Abah minta slowkan air-cond, diorg kata tak boleh, so end up, lilin tu terlentang atas meja. Lepas diorg ambil, ingatkan nak adjust, rupanya terus tak datang-datang dah!

Pembuka acara - Ariff yang perabiskan

2 batang lilin, ntah apa-apa, Abah suka sgt la request lilin masa anniversary

Sebatang dah tumbang, haha

Abah guna kuasa Veto pilih menu ni - tomyam, butter prawn, siakap sweet sour dan mango chicken
Masa tengah makan, Abah tanya Adam nak hadiah apa. Adam punya la duk susun nak hadiah. Bila Abah tanya Ummi nak hadiah apa? Ummi cakap takmau hadiah. Abah kata tgk la dalam sling bag Ummi. Selongkar punya selongkar, terjumpa kotak barang kemas. Buka-buka, surprise!! Seutas gelang kaki. Thanks to Abah. Actually dulu masa hari raya puasa first dgn Abah, Ummi pernah dapat gelang kaki. Tapi dah terputus, and Ummi pun taktau gelang kaki tu duk kat mana. Bila mak tanya pasal gelang kaki Ummi, rupanya mak yang simpan. Hehe. Dah setahun dah Ummi tak pakai barang kemas. Masa Ummi bleeding 3 hari sebelum bersalin kat Ariff, Ummi kena admit kat wad. So, dari situ Ummi tanggalkan rantai dan gelang tangan, sampai sekarang Ummi tak pakai semula. Cincin pun kadang-kadang je pakai. Jenuh nak kena bayar zakat sbb tak pakai barang kemas. :)

Thursday, February 9, 2012

Ariff's first birthday!

Happy birthday to Ariff!

Hari ni tak celebrate birthday Ariff pun. Abah balik kerja pukul 7pm ajak dinner kat luar sempena nak celebrate birthday Ariff. Tapi Ummi dah masak untuk dinner, so postpone ke esok, maybe. Esok ada agenda lain pula.

Awal-awal pagi Ummi dah bawa Ariff ke klinik untuk appointmnet setahun dia. So, dapat la injection MMR kat lengan atas. Melalak la kejap.

Berat Ariff hari ni 9.4kg
Panjang 72cm
Ariff belum boleh berjalan. Baru belajar bangun sendiri tanpa bantuan keliling.

Friday, February 3, 2012

Seminggu je lagi..

Sekarang dah sampai masa kecederaan. Macam-macam nak kena settlekan dalam seminggu ni. Seminggu je lagi Ummi akan bersama hero-hero Ummi. Pastu akan berpecah jadi 3 penjuru. Ariff akan Ummi hantar untuk Mak jaga di rumah kakak Ummi semasa minggu orientasi. Adam akan tinggal dengan Abah, dan Ummi akan sorang sepanjang minggu orientasi. Lepas seminggu, baru Ummi akan ambil Ariff tinggal dengan Ummi. Taska/baby sitter Ariff belum cari lagi. Rumah kat TM belum dicuci, may be lepas orientasi baru nak jenguk rumah. Weekend ni Abah tukar standby dia dgn staff dia, and next week Abah akan standby macam biasa untuk week days. So weekend depan nak kena hantar Ariff ke rumah kakak Ummi dan Abah akan hantar Ummi utk register. Cuti 4 hari ni, lepak kat rumah je la.

Mood menjahit Ummi dah activate mlm td. Dah berjaya jahit 5 helai seluar sekolah Adam sejak malam td. 5 helai baju melayu dia belum start buat apa-apa. Hari tu Ummi dah buat pola utk baju melayu dia. Tapi dia request nak baju ala raihan, butang penuh kat depan. Ummi ikut je la. Kasihan pun ada. Seksa tgk bila dia nak tanggalkan baju. Baju yang sedia ada ni 3 helai dah terkoyak kat leher gara-gara kepala besar. Plus, baju utk bacaan ikrar Ummi belum start buat apa-apa. Kain dah beli 3 hari lepas. Persiapan dokumen semua dah complete. Tinggal persiapan bau-baju je yang belum complete. Banyak yang nak dibeli lagi. Hari-hari kerja Ummi merayap saja. Pergi bank 3 kali dlm minggu ni.

Perasaan Ummi, syahdu ada, happy pun ada. Syahdu nak tinggalkan hero-hero. First time Ummi akan tinggalkan Ariff. Sejak lahir, belum pernah Ummi tinggalkan dia. Heret je dia ke mana-mana Ummi pergi. Happy sebab dpt apa yang Ummi hajati. So, ini lah pengorbanan Ummi demi masa depan anak-anak. Cewahh.

Next week Ariff genap setahun dan next week gak wedding anniversary Ummi. Double celebration, hmm, bole dikatakan triple celebration gak kot. Sempena Ummi dpt belajar. Hehe. Semoga Allah permudahkan urusan Ummi. Bak kata Abah, tahun 2012 ni, kita akan rasa cepat. May be gak kot. Sebab masing-masing akan menanti untuk berjumpa masa weekend. Ni kali ke-3 Ummi dan Abah duk berasingan. Dulu, masa Abah kena transfer ke Prai, Ummi kembali stay dgn kawan bujang di Seri Kembangan. Masa Abah kena transfer ke Seri Manjung, Ummi tinggal di Kulim dengan Adam. And, kali ni. Ummi stay dgn Ariff, Abah stay dengan Adam. Cuma, Ummi tak sure samada Adam boleh survive ke tak nanti. Lepas tadika, transit, then ke kelas KAFA. Harap-harap dia boleh survive nanti.

Langsir sliding door rumah kat TM dan tudung-tudung pun belum start jahit. Adoiiii, banyak benda lagi ni yg melibatkan jahit. Mood datang on off, so asyik tergendala je la.

Thursday, February 2, 2012

Step by step: Cara gulung kertas surat khabar untuk dijadikan bakul

Ada permintaan agar Ummi buat step by step cara nak gulung kertas surat khabar. So, di sini Ummi sertakan step by step tersebut. Tapi, ini cara yang Ummi belajar. Ummi guna size surat khabar harian metro, dilipat kepada 3 bahagian memanjang. Ada juga yang Ummi jumpa, lipat kertas suratkhabar jadi banyak bahagian. So, lebih kecil size lebar kertas yang hendak digulung. Kalau lebar kertas kecil, bila dah gulung, bakul tak jadi berat, dan mudah lembik. Terpulang pada citarasa masing-masing. :-)

Bahan-bahan yang diperlukan - sebatang lidi, kertas surat khabar, gunting dan gam

Lipat kertas surat khabar kepada 3 bahagian memanjang

Potong memanjang kepada 3 bahagian seperti di atas

Mula gulung begini, pastikan hujung kertas rapat pada lidi , kalau tak, gulungan kertas jadi longgar

Terus menggulung hingga jadi begini
Di bahagian hujung gulungan

Sapu gam dihujung gulungan kertas

Tarik lidi keluar dari gulungan kertas. Siap.