Sekarang dah sampai masa kecederaan. Macam-macam nak kena settlekan dalam seminggu ni. Seminggu je lagi Ummi akan bersama hero-hero Ummi. Pastu akan berpecah jadi 3 penjuru. Ariff akan Ummi hantar untuk Mak jaga di rumah kakak Ummi semasa minggu orientasi. Adam akan tinggal dengan Abah, dan Ummi akan sorang sepanjang minggu orientasi. Lepas seminggu, baru Ummi akan ambil Ariff tinggal dengan Ummi. Taska/baby sitter Ariff belum cari lagi. Rumah kat TM belum dicuci, may be lepas orientasi baru nak jenguk rumah. Weekend ni Abah tukar standby dia dgn staff dia, and next week Abah akan standby macam biasa untuk week days. So weekend depan nak kena hantar Ariff ke rumah kakak Ummi dan Abah akan hantar Ummi utk register. Cuti 4 hari ni, lepak kat rumah je la.
Mood menjahit Ummi dah activate mlm td. Dah berjaya jahit 5 helai seluar sekolah Adam sejak malam td. 5 helai baju melayu dia belum start buat apa-apa. Hari tu Ummi dah buat pola utk baju melayu dia. Tapi dia request nak baju ala raihan, butang penuh kat depan. Ummi ikut je la. Kasihan pun ada. Seksa tgk bila dia nak tanggalkan baju. Baju yang sedia ada ni 3 helai dah terkoyak kat leher gara-gara kepala besar. Plus, baju utk bacaan ikrar Ummi belum start buat apa-apa. Kain dah beli 3 hari lepas. Persiapan dokumen semua dah complete. Tinggal persiapan bau-baju je yang belum complete. Banyak yang nak dibeli lagi. Hari-hari kerja Ummi merayap saja. Pergi bank 3 kali dlm minggu ni.
Perasaan Ummi, syahdu ada, happy pun ada. Syahdu nak tinggalkan hero-hero. First time Ummi akan tinggalkan Ariff. Sejak lahir, belum pernah Ummi tinggalkan dia. Heret je dia ke mana-mana Ummi pergi. Happy sebab dpt apa yang Ummi hajati. So, ini lah pengorbanan Ummi demi masa depan anak-anak. Cewahh.
Next week Ariff genap setahun dan next week gak wedding anniversary Ummi. Double celebration, hmm, bole dikatakan triple celebration gak kot. Sempena Ummi dpt belajar. Hehe. Semoga Allah permudahkan urusan Ummi. Bak kata Abah, tahun 2012 ni, kita akan rasa cepat. May be gak kot. Sebab masing-masing akan menanti untuk berjumpa masa weekend. Ni kali ke-3 Ummi dan Abah duk berasingan. Dulu, masa Abah kena transfer ke Prai, Ummi kembali stay dgn kawan bujang di Seri Kembangan. Masa Abah kena transfer ke Seri Manjung, Ummi tinggal di Kulim dengan Adam. And, kali ni. Ummi stay dgn Ariff, Abah stay dengan Adam. Cuma, Ummi tak sure samada Adam boleh survive ke tak nanti. Lepas tadika, transit, then ke kelas KAFA. Harap-harap dia boleh survive nanti.
Langsir sliding door rumah kat TM dan tudung-tudung pun belum start jahit. Adoiiii, banyak benda lagi ni yg melibatkan jahit. Mood datang on off, so asyik tergendala je la.
No comments:
Post a Comment