Ada permintaan agar Ummi buat step by step cara nak gulung kertas surat khabar. So, di sini Ummi sertakan step by step tersebut. Tapi, ini cara yang Ummi belajar. Ummi guna size surat khabar harian metro, dilipat kepada 3 bahagian memanjang. Ada juga yang Ummi jumpa, lipat kertas suratkhabar jadi banyak bahagian. So, lebih kecil size lebar kertas yang hendak digulung. Kalau lebar kertas kecil, bila dah gulung, bakul tak jadi berat, dan mudah lembik. Terpulang pada citarasa masing-masing. :-)
|
Bahan-bahan yang diperlukan - sebatang lidi, kertas surat khabar, gunting dan gam |
|
Lipat kertas surat khabar kepada 3 bahagian memanjang |
|
Potong memanjang kepada 3 bahagian seperti di atas |
|
Mula gulung begini, pastikan hujung kertas rapat pada lidi , kalau tak, gulungan kertas jadi longgar |
|
Terus menggulung hingga jadi begini |
|
Di bahagian hujung gulungan |
|
Sapu gam dihujung gulungan kertas |
|
Tarik lidi keluar dari gulungan kertas. Siap. |
No comments:
Post a Comment