Masa first day cuti sekolah baru ni, Ummi dan family telah menjelajah bumi Thailand buat kali kedua. Ini rentetan dari cuti-cuti Hadyai hujung tahun lepas. Masa kat Hadyai dulu, abang ipar Ummi suggest untuk ke Krabi. Jadi, impian menjadi la. Kami 3 beradik ke Krabi bersama mak tersayang kali ini.
Seminggu sebelum ke Krabi, Abah outstation ke Melaka dan Bangi for the whole week. Jadi, sebaik Abah sampai ke Lumut, 2 jam lepas tu, kami sekeluarga bertolak balik kampung. Trip ke Krabi kali ni, kami tak drive sendiri macam ke Hadyai hari tu. Kami sewa van Siam. 1 hari sewa RM500 termasuk kos minyak & driver. Murah la gak. Jadi untuk 3 hari, kami bayar RM1500. Masa on the way, kami dapat tahu, yang tuan driver & empunya van dapat RM1200 sahaja. Lagi RM300 diambil oleh orang tengah. So, next time, kalau nak travel mcm ni lagi, perlu direct nego dengan driver je la kan.
Day 1
Trip kami bermula seawal 8 pagi. Driver van datang pick up di rumah mak Ummi. So, tak payah nak pening-pening nak park kereta kat mana. Plan asal, nak masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam. Tetapi, disebabnya first day cuti sekolah, plan telah diubah. Kami gerak masuk ke Thailand ikut Wang Kelian. Ikut kata driver van tersebut, kalau nak ke Krabi, ikut Wang Kelian boleh jimat 1 jam.
Kami berhenti lunch di Arraya restaurant. Tengok kat menu list, ada 'menu khas', siap dalam ejaan BM. Bila request nasi goreng tomyam, takde la pula. So, kami order tomyam, daging masa merah dan telur dadar plus fresh oren yang tak sedap, semua total 430baht. Kira ok la untuk 3 dewasa makan.
Di Arraya Restaurant - 2 beradik tgh bergaduh berebut kerusi yang berat ya amats |
Then, kami dibawa untuk melihat ikan-ikan di Krabi Coastal Fisheries R&D Center. Kat sini, banyak ikan, dari sekecil-kecil ikan sampai la ikan yang lebih besar dari orang!
Singgah tgk ikan kat sini, masuk percuma sahaja! Diulangi, masuk percuma! |
Kelapa jelly, 1st time Ummi jumpa yang dijual dalam buah kelapa, sebiji 350b |
Bilik di Ao-Nang Sunset Hotel, ni time 2nd day, bilik pun dah selerak sikit |
View swimming pool dari bilik Ummi |
Pancake yang sedap, mcm roti canai telur, atasnya susu pekat manis, sekali ngadap ummi boleh mkn 5 biji sekaligus. Haha. 1keping harganya 30baht |
Jam 9 pagi waktu Thailand, kami gerak ke Ao Nang Beach. Agenda hari ke-2 adalah pusing-pusing pulau. Ada 4 pulau yang kami terokai. Kami sewa 1 bot. Bayaran yang dikenakan untuk dewasa RM90 dan RM70 untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun++. Jadi total yang kami perlu bayar adalah 7 dewasa dan 4 kanak-kanak, 2 dikecualikan sebab < 4tahun (Ariff ler tu).
Masa pulau first, Ummi mula rasa excited. Walaupun masa kat dalam bot, rasa macam nak terbang je ditiup angin. Masa ni, asyik bergambar saja. Pulau yang Ummi pergi ni, Ummi taktau namanya. Kami diberi masa 1 jam je untuk berada di pulau ini. Ummi perasan, pasir pulau ni teramat la halus, mcm inti kuih batang buruk je.Sungguh halus!.
Model dalam gambar-Ariff, Abah, anak sedara Ummi |
4 sepupu bermain pasir yang teramat halus |
Then kami di bawa untuk bergambar di pulau yang berbentuk mcm kepala ayam. Seterusnya, kami dibawa bagi ikan makan. Sungguh cantik air dan banyak ikan pula tu. Abah ambil peluang snorkling. Ummi cuma jadi tukang ambil gambar je la.
Snorkling - ikan yang banyak & air yang jernih, menakjudkan |
Then, kami dibawa ke pulau terakhir, Doda island. Masa turun dari bot, ada sorang mamat approach Ummi, sambil tunjuk buku resit. Dia cakap bahasa Siam kat Ummi, Ummi reply la yg Ummi tak paham apa yg dia cakap. Dia tunjuk buku resit dia. Ummi still tak paham. Last-last, Adik Ummi datang, rupanya setiap seorang yang singgah pulau tu kena bayar 20baht untuk dewasa and free untuk kanak-kanak. Dia minta 100baht utk 1 bot. Lepas Adik Ummi bayar, dia terus beredar. Haha. Ummi mati-mati duk ingat mamat tu mai jual makanan apa ntah sebab ada 2 biji bot ala-ala restoren kat sebelah bot yang Ummi parking. Sabar je la.
Day 3
Hari ketiga, takde yang menarik. Sebab, Ummi rasa dah nak demam. Rasa kepala mcm dah nak pecah. Berpanas di pulau-pulau, mcm tu la jadinya. On the way balik, singgah nak beli souvenir, tapi Ummi tak beli apa pun. Tak larat nak memilih.
Souvenir hasil tangkapan Adam & Abah |
Percutian yang memenatkan bagi Ummi sebab travel yang jauh. Abah plan nak ke sana lagi, untuk family day sebelah dia pula. So, tungguuu
No comments:
Post a Comment