Lepas update blog entry di bawah ni, baru Ummi perasan, date entry di bawah ni 4hb, jadi skrg sudah 12 tgh malam. Hari ni sudah 5hb. Jadi, dup dap dup dap makin bertambah rancak, sebab result final exam semester lepas akan keluar 5hb, esok siang la kot. Harap-harap result Ummi semua A macam sem lepas. Amin.
Jam 9 pagi nanti, Ariff ada appointment di klinik. Macam biasa, timbang berat, ukur tinggi la kot. Tadi Ummi belek-belek buku biru Ariff untuk tampal result MRI dalam buku tersebut. Tak sempat nak buat sebelum ni. Lepas ni tak payah dah duk explain pasal kepala besar Ariff tu kat nurse. Bulan 8 hari tu, Ariff buat MRI dan resultnya alhamdulillah, sihat je kepala Ariff tu walaupun besar berbanding dengan budak sebaya dia.
Lagi 4 hari birthday Ariff yang ke-2. Sudah tak infant. Kalau naik AirAsia dah kena bayar tambang dewasa. Dan lagi 5 hari wedding anniversary Ummi yang ke 8. Alhamdulillah.
Tinggal beberapa hari je lagi untuk Ummi jadi fulltime housewife. Lepas ni, back to school le pula. Ngadap budak-budak. Kecut perut pun ada sebab dah lama tak mengajar. Taska untuk Ariff dan transit untuk Adam belum cari. Semoga Allah permudahkan urusan Ummi dan keluarga. Amin.
No comments:
Post a Comment