Wednesday, July 17, 2013

Umrah cuti sekolah (26 mei - 7 jun 2013)

 
Lama Ummi tak update blog. Dah 3 minggu Ummi makan & tidur sahaja selain dari jadi supir Adam. Ambil Adam dari sekali pukul 1pm, then hantar ke KAFA pukul 2.30pm dan ambil semula jam 5.30pm. Lain-lain aktiviti Ummi hanyalah layan fb thru HP.

Dah lama Ummi nak update psl umrah ni. Cuti sekolah bulan 5 hari tu, Ummi, Abah dan mak Ummi telah mengerjakan Umrah. Untuk mengerjakan umrah ni, Ummi dan Abah memang tak sempat nak hadiri mana-mana kelas umrah. Ummi register pekej umrah ni sama dengan mak Ummi, so segala kelas diadakan di Alor Setar. Ummi Cuma recall apa yang dah Ummi pelajari masa umrah-tak-jadi tahun 2004 dulu je. On the way balik ke kampung untuk mengerjakan umrah ni, Ummi sambil-sambil belajar guna CD sahaja masa dalam kereta.
Ini adalah catatan umrah Ummi. Sebelum hilang dan terlupa, Ummi rasa baik Ummi letak di blog. Bebila free, nak igt balik kenangan di Mekah dan Madinah, bole la juga Ummi baca balik tulisan Ummi ni.

Sementara tunggu waktu solat masuk, Ummi snap picture ni, cantek je

Day 1 (26/5/2013), hari Ahad
Beg-beg sedang beratur untuk ke Mekah


10.10am – Flight dari KLIA ke Dubai dengan menaiki flight Emirates.
1.00pm – transit di Dubai Airport. Bersiap-siap memakai kain ihram.

4.15pm – boarding ke Jeddah. Kali ni dapat naik A380. Masa dalam flight, berniat di miqat Qarnul Manazil.

6.00pm – Sampai Jeddah airport. kat sini ada jemaah dari group Ummi yang kehilangan baggage. Then lepas claim baggage semua, ada pak Arab kutip passport la pula. Tak penah-penah terjadi bila Ummi masuk kat negara lain(Ustaz yang bawa rombongan Ummi pun mengiyakan menda yang sama). So terpaksa la tunggu untuk dapatkan passport semula.

9.08pm – dari Jeddah airport dengan bas menuju ke hotel di Mekah. Puas tunggu orang yang kehilangan baggage dia settlekan semua urusan. Malangnya, baggagenya memang tak dijumpai.

11.10pm – Sampai dan check in di Assalat Hotel, Makkah. Terus la dinner. Then angkut beg ke bilik dan bersiap sedia untuk mengerjakan tawaf umrah.


Day 2 (27/5/2013), hari Isnin 
12.00am – Selepas semua berkumpul di lobi hotel, kami dibawa untuk mengerjakan tawaf umrah. Perasaan bercampur gembira dan sebak pun ada. Sebab dapat berada di rumah Allah.  Selepas saie dan tahalul, terdengar azan. Terus la Ummi dan Abah bersolat subuh. Lepas solat tu, kami tunggu la mak Ummi, sebab dah terpisah masa tawaf. Sementara tunggu mak Ummi, terdengar la azan lagi sekali. Rupanya azan kedua ni baru untuk solat subuh. Selesai solat subuh, alhamdulillah, Ummi dapat jumpa mak Ummi semula di rak kasut di mana kasut kami diletakkan.

Then, balik ke hotel  untuk  breakfast. Malangnya lif tak berfungsi dan Ummi kena panjat ke tingkat 8 untuk ke bilik. Masuk bilik terus la tidur. Sedar-sedar dah 11.47am.
Lepas lunch 1.30pm, terus je Ummi dan mak Ummi stay kat masjidil haram. Kami berdua buat tawaf sunat pukul 2.30pm (tengah-tengah panas tu). Time panas-panas tu, nak baca doa dari buku pun tak dapat sebab mata tak boleh nak buka (tak pakai sunglasses lagi time ni. Hari kedua ni, tidur pun awal sebab cover tidur & letih hari sebelumnya.

Untuk hari kedua ni, takde aktiviti untuk umrah. Ustaz bagi chance untuk kami relax dan beribadat di masjid sahaja.
Air zam-zam, alhamdulillah dapat minum sepuas-puasnya. Tapi bila balik sini, rindu nak minum lagik

 

Day 3 (28/5/2013), hari Selasa – Umrah kedua
3.00am- bangun tidur

3.45am – Jalan kaki ke masjidil haram. 20 minit nak jalan kaki dari hotel ke masjidil haram.

5.30am – balik ke hotel dari masjidil haram untuk breakfast dan bersiap-siap untuk mengerjakan umrah yang kedua.

7.00am – berkumpul di lobi hotel untuk ke Jabal Thur seterusnya ke Jaranah untuk niat umrah. Tawaf kami lakukan pada tengahari dan lunch pukul 4pm. Abah beli KFC je la. Dipendekkan cerita, lepas dari balik niat umrah, Ummi dan Abah terus naik ke bilik. Mak Ummi taknak naik ke bilik. Bila turun ke lobi, Ummi tgk mak Ummi dah takde. Rupanya dia ikut jemaah Malaysia yang lain selepas turun bas (jemaah yang dia ikut tu pakai telekung yang ada tulisan  Malaysia atas atas belakang kepala telekung). Dia ingatkan kawan sama kumpulan dengan Ummi juga). Bila dah selesaikan tahalul semua, Ummi cari mak Ummi. Jumpa dia kat tempat yang selalu Ummi solat dengan dia. Jumpa pun dah lembik sebab tak lunch. So, Ummi dan Abah bawa la dia makan kat kedai depan masjidil haram tersebut. Dia nak KFC, so makan yang tu je la.

Lepas makan, solat asar, maghrib dan isyak. Selesai semuanya baru lah kami balik ke hotel untuk dinner dan tidur.

Day 4 (29/5/2013), hari Rabu – umrah ketiga

Day 4 ni special sikit la sebab hari ni birthday Abah! Ummi just wish je la kat Abah, di samping berdoa di depan Kaabah.
Lepas subuh, Ummi terpisah dengan mak Ummi.  Asyik terpisah je, tapi Alhamdulillah la, kami akan balik ke rak kasut, so di situ la tempat pertemuan kami dua beranak. Dengan Abah, terpisah boleh call je.

Kami lunch nasi beriyani ayam (tanpa kuah!) je hari ke4 ni. Punya la duk cari tempat nak bertengek untuk makan. So kami p tumpang kat tempat orang-orang tidur/makan kat satu bangunan ni. Ummi rasa la diorg mmg duk situ la, makan dan tidur situ.
5.30pm – Ummi dan Abah serta mak Ummi join group umrah dari Jitra untuk ke Tanaim. Setiap kepala kena bayar 10 riyal untuk naik shuttle ke Tanaim. Lepas maghrib kami dibawa untuk mengerjakan tawaf. Kami solat maghrib kat luar area lif nak ke saie. Then lepas isyak kami terus saie. Masa saie, Ummi terpisah lagi sekali dengan mak Ummi. Tapi akhirnya kami jumpa di tempat tahallul di bukit marwah. Tahalil diadakan di atas bukit marwah jam 11mlm.

On the way balik, singgah la beli jubah dan tasbih serta gelang tangan. Sampai bilik 1am. Serius lapar sebab tak dinner. So Abah terpaksa la cari makanan. Yang jumpa burger dan ayam je la.

Day 5 (30/5/2013), hari Khamis – Umrah keempat
6.30am – Kami dibawa untuk berniat umrah di Tanaim.

7.50am – start mengerjakan tawaf

11.30am – done umrah keempat. Terus solat zuhur di masjidil haram. Nak balik cari kasut tak jumpa le plak. Ummi dan mak Ummi nyer kasut letak dalam satu uncang. Abah nya kasut uncang asing tapi kedua-dua uncang ni diletakkan di dalam satu lubang rak kasut. Puas cari tak jumpa-jumpa. Kasut mak Ummi yang hilang tu, baru je beli masa hari kedua kat sini. Redha je la. Yang jumpa uncang kasut Abah je, elok je dalam lubang rak kasut. Kasut Ummi dan mak ummi hilang. So terpaksa la balik berkaki ayam. Dah le tumit start pecah-pecah, sakit. On the way balik tu, singgah la beli selipar. Mak Ummi tak berkenan ler pula kasut kat kedai tu. So, kami ke kedai kasut area depan hotel, jauh tu kena berjalan.  So mak Ummi beli lagi satu kasut kat kedai yang dia beli 2 hari lepas.

Lepas lunch, Ummi terus tak sedar diri. Dalam tempoh tak sampai 24 jam, kami buat 2 umrah!
5.15pm – baru Ummi sedar dari tidur.

6.00pm – ke masjidil haram untuk solat Asar. Hari ni mak waqaf al-quran.
9.15pm – balik hotel, dinner dan tawaf kedai le pulak!

 
Day 6 (31/5/2013), hari Jumaat – umrah kelima dan keenam
3.30am – bangun, ke masjid untuk solat subuh.

7.00am – Ke Tanaim, tapi kali ni pergi sendiri. Naik van sheik mana ntah, bergaduh je sebab kena tipu. Ada ke patut, sebab nak cari orang lagi untuk isi van dia, dia duk pusing atas jalan je, pusing-pusing balik ke depan hotel semula. Ada makcik dan pakcik yang naik van siap naik bas dah sebab dia lambat jalan. Mengamuk pak arab tu & dia taknak amik duit.
9.00am – start tawaf. Masa tawaf, mak tertinggal lagi, hilang di celah-celah orang ramai masa bertawaf. Masa tawaf pusingan kelima, ada minachi India mana ntah sentuh muka Abah, so terpaksa la Abah lari ambil wudhuk semula.

9.58am – Ummi done dengan tawaf
10.30am – Start saie, complete 11.30am, then cari tempat nak berwuduk untuk solat jumaat. Last-last Ummi solat jumaat kat tingkat atas, dan Abah bersolat di tingkat paling atas (bumbung ler tu).

2.30pm – misi mencari mak Ummi dalam masjid tapi tak jumpa-jumpa. So, Ummi dan Abah terus balik hotel. Lapar sesgt.
4.40pm – Ummi nekad ke masjidil haram sorang-sorang sebab nak cari mak Ummi. Last-last jumpa dia di tempat Ummi biasa duk dengan dia. Serius, dia dah tak larat, lembik! Dia kata dia nampak Ummi masa Ummi cari dia pukul 2.30pm tu. Masa tu dia tengah ambil wuduk, so lepas dia amik wuduk, dia toleh cari Ummi, dia dah tak Nampak Ummi. Nak balik, dia dah tak larat. So dia tunggu je la kat masjid. So, Ummi bawa dia balik untuk makan, dan Ummi kena angkut air zam-zam 4.5 liter. Ada org Indonesia yang bekerja kat masjid tu bagi kat dia air zam zam tersebut selepas dia sedekahkan duit kat pekerja tersebut.

6.00pm – Ummi berdua dengan Abah, ambil sebiji teksi ke Tanaim untuk berniat umrah. Mak Ummi tak ikut sebab dia dah letih sg-sgt. Kami sampai masjidil haram ngam-ngam tengah azan maghrib, Berlari-lari la pula cari tempat wuduk. Masa nak masuk masjid, first time telekung Ummi kena selak. Tapi masih tak nampak beg sebab Ummi bawa sling bag dan begnya berada di kat bahagian belakang Ummi. Selalu bila check, kena check beg kasut je.
Lepas maghrib, Ummi dan Abah start tawaf. Lepas je Ummi habis tawaf, Ummi dipisahkan dengan Abah untuk solat isyak. Sampai ke rak kasut no 40. Lepas solat, puas le pula cari jalan nak kena tempat saie. Selepas isyak kami start saie.

10.30pm – siap umrah keenam kami. On the way balik, tawaf kedai le pula. Ummi beli tasbih dan inai serbuk je pun.
11.30pm – Naik bilik terus pengsan dengan jubah. Haha.

 
Day 7 (1/6/2013), hari Sabtu – umrah ketujuh
3.30am – bangun, mandi, ke masjid untuk solat subuh.

7.30am – lawat hudaibiah, tengok-tengok unta! Abah siap beli susu unta fresh lagi. Then ke masjid untuk niat umrah. Ummi perasan, airnya masin kat sini.


Turun je bas, menyengat otak bau busuk najis & air kencing unta-unta ni

10.30am – start mengerjakan tawaf
11.15am – start mengerjakan saie

12.00pm – tahallul. Lepas tahallul, Ummi dan Abah diarahkan keluar ikut pintu belakang sebab waktu solat zuhur dah nak masuk.

12.20 – Solat zuhur. Then cari mak lagi sebab hilang lagi. Cari tak jumpa-jumpa. Ummi dan Abah balik lunch dan tidur.
6.00pm – Bangun tidur dan ke masjidil haram. Lepas maghrib baru jumpa mak. Dia tak larat nak balik sebab sakit perut betis. Nasib baik Ummi bawa buah pear. Dia kata nak minum pun takut sebab nanti nak kena p cari toilet. Teman mak ke toilet. Selepas isyak, mak mcm biasa akan pergi ke depan Kaabah untuk berdoa. Then baru balik untuk dinner.

10.30pm – tidur

Day 8 (2/6/2013), hari Ahad
Tidur tak hengat dunia. Bangun 6.40am. Badan lemah sesgt. Doa Ummi, minta Allah permudahkan urusan dan diberi kesihatan sebab Ummi nak buat 7 kali umrah. Lepas 7x umrah, nak bangun pun tak larat dah.

1.00pm – lunch, then terus ke masjidil haram.
4.45pm – lepas Asar, bawa mak gi makan di mall menara jam (baru discover actually!). Banyak tempat makan kat sini, teringat beberapa hari lepas duk bertengek cari tempat untuk makan.

5.30pm –mengerjakan tawaf sunat, settle tawaf 6.30pm. Jumpa mak lepas tawaf je sebelum maghrib. Lepas solat maghrib jumpa mak di tempat biasa, then terjumpa pula wife MD ofc Abah, jumpa cikgu sek lama Ummi dan jumpa classmate Ummi masa form 3 kat tempat yang Ummi duk tu.
Selepas isyak, baru Ummi start focus utk shopping. Merayau dengan Abah, beli souvenir untuk ahli keluarga.

 
Day 9 (3/6/2013), hari Isnin – Ke Madinah

3.00 – bangun, ke masjid untuk solat subuh. Lepas solat subuh, balik bilik terus tidur.

Subuh terakhir sebelum meninggalkan Masjidil Haram.


11.30am – ke Masjidil haram untuk solat zuhur. Selepas solat zuhur, terus buat tawaf wida’. Nak ke Madinah la pula. Sejam tunggu dalam bas. Ada pakcik geng rombongan hilang le pula. Dia pergi tawaf wida’ tak balik-balik (anak isteri dia pun taktau ke mana dia pergi)
3.15pm baru bergerak ke Madinah. Kalau tak silap Ummi 370km perjalanan nak ke Madinah.

8.28pm – Sampai Madinah. Check in di Wasel Alreem Hotel. Lepas dinner, kitorg dibawa ke masjid Nabawi.

 11.00pm - balik bilik dan tidur.
 
Day 10 (4/6/2013), hari Selasa

3.15am - Ummi dah tunggu di lobi hotel untuk ke masjid Nabawi. Malangnya tunggu ketua rombongan tak turun-turun. Time breakfast baru dapat tau, sume pakat terbabas tidur tak bangun-bangun.

Tiada aktiviti yang menarik selain bersolat dan membaca al-quran di masjid nabawi.
Abah ditugaskan untuk menjaga pakcik segroup Ummi. Kena bawa pergi masjid dan hantar semula ke bilik, kalau tak buat macam tu, kang dia sesat ke mana-mana ntah.


Madinah, bandar terancang. Hotel-hotel tersusun cantik je bersebelahan Masjid Nabawi.


Day 11 (5/6/2013), hari Rabu -  Ziarah di Madinah

6.30am – ke masjid Quba, solat tahiyatul masjid dan solat Dhuha. Kemudian kami di bawa ke bukir Uhud, melihat kawasan peperangan di zaman Rasulullah. Di sini, banyak buah zuriat di jual dan pelbagai brg-brg seperti serbuk inai, serbuk habbatus sauda' dan akar fatimah. Borang ler apa lagik.

Kemudian kami di bawa ke kebun kurma. Selepas membeli di kebun kurma, kami di bawa ke pasar kurma. Apa yang dapat Ummi katakan, di kebun kurma ni, harganya amatlah mahal berbanding di pasar kurma. Bayangkanlah, di kebun kurma, Ummi beli coklat kurma  harganya 40 riyal untuk 1kg, dan Ummi beli 4kg (160riyal). Bila pergi ke pasar kurma, coklat yang sama dijual dengan harga 20 riyal sahaja (Ummi beli tambah lagi 1 kg kat sini). Ummi rugi 80 riyal tau untuk coklat. Tu belum masuk kacang cerdik, kat KK 65riyal/kg, tapi di PK 45riyal/kg. Dengan kurma, apricot kering, kismis, blab la bla. Memang rasa ditipu hidup-hidup la!

 Day 12 (6/6/2013), hari Khamis
Cubaan masuk ke Raudah bersama mak dan 2 roommates. Kat sini part sedih. Pandai-pandai la cari mcm mana nak masuk raudah (kena pandai pilih travel agency, bukan setakat bawa pergi sana tinggalkan jemaah terkontang kanting cari sendiri!). Nasib baik la Ummi tanya orang Indonesia masa tengah solat di masjid Nabawi, so dapatlah tahu nak masuk Raudah ikut pintu mana.

12.45am – Berjaya juga masuk ke raudah
1.20am – tidur, tak terbangun untuk subuh di masjid nabawi.

11.00am- teman mak shop-shop baju untuk cucu-cucu dia
2.11pm – cubaan ke raudah, tp tak berjaya masuk le pula

Lepas asar- teman mak shop-shop baju anak menantu dia le pula. On the way nak naik lif di hotel, jumpa Abah, so tak jadi naik ke bilik. Ajak Abah jalan-jalan sambil cari barang.
On the way balik ke hotel nak packing barang-barang, terjumpa ler plak geng group umrah Ummi. Ada makcik bagitau lif tak berfungsi, cuma sebelah je yang berfungsi. So, Ummi tak jadi la balik. Ummi temankan Abah beli quran dan terus ke masjid untuk waqafkan quran. Sementara tunggu Abah keluar, sempat la Ummi ambil video payung ditutup.
Sebelum meninggalkan Madinah ..

Lepas maghrib, terus Ummi dan Abah balik. Tetapi, semua lif tak berfungsi! Madinah blackout! Transformer di sebelah hotel Ummi terbakar. Terpaksalah kami panjat tangga. Ummi stay tingkat 9 dan Abah stay tingkat 12. Jenuh panjat tangga. Abah naik sampai bilik dia, pintu bilik berkunci le pula. Sampai bilik Ummi, dlm gelap-gelap tu Ummi packing barang, then bawa turun guna tangga. Abah datang tolong. Elok sampai tingkat 8, lif berfungsi. Cepat-cepat kami bawa turun beg guna lif.
11.00pm – naik bas nak kena airport Madinah. Malangnya, pukul  12 tgh mlm baru bas bergerak.

 
Day 13 (7/6/2013), hari Jumaat
4.30am – boarding dari Jeddah Airport menuju ke Dubai. Masa duk tunggu flight nak boarding, sempat la Abah beli air panas untuk dimakan dengan Maggi Cup dia. Hehe. Naik-naik flight jadi caca-marba. Abah, Ummi dan mak Ummi terpisah entah ke mana. Ni silap orang yang uruskan pasport la ni. Tak pasal-pasal berterabur kat dalam flight.

7.55am – transit di Dubai Airport.

8.45am – boarding menuju ke KLIA. Sebelum nak naik flight, Ummi dah suruh Abah arrange, tukar tempat suka sama suka. So, dapatlah Ummi duk sebelah Abah masa nak balik ke KLIA.
 
P/S Sekadar pesanan untuk yang membaca blog Ummi ni. Pada sesiapa yang ada mak or ayah yang teringin nak ke Mekah tu, Ummi rasa, baiklah temankan diorg. Walaupun diorg special case, bagi wanita >45 tahun tak perlukan mahram, tapi kena fikir pasal jemaah yang lain. Contoh, dlm  group Ummi, ada Opah yang dah tua, jatuh escalator masa kat masjidil haram.Nak gerak ke mana-mana mmg dah tak boleh. Ini dah dikira ganggu orang lain yang bayar mahal-mahal untuk datang beribadat.  Lagi satu contoh, Abah kena jaga pakcik tua yang igt-igt lupa, jalan pun tak ingat.  Abah kena bawa pergi dia dan balik ke hotel. Tapi Ummi? kena pergi sendiri, mahram sibuk duk jaga orang lain pula. Memang la tolong orang tu dapat pahala, tapi bergaduh laki bini dapat dosa ler pula.

1 comment:

Unknown said...

Ummi...Hotel nya berapa jauh dr al haram? Bagaimana siasati supaya bisa sholat 5 waktu di al haram?