Malam tadi, lepas layan Mastechef, perut rasa lapar. Makan nasi dah berulang kali, so rasa nak makan something yang lain, tapi taktau nak makan apa. Masuk dapur, tarik laci, jumpa resepi yang simple. Check bahan, semua ada. So, malam tadi dalam pukul 11pm, operasi buat muffin coklat oren. Resepi ambil kat internet, tapi taktau dari blog sape. Maaf!. Yang ada dalam simpanan Ummi, versi handwriting, so tulis pun ringkas-ringkas, takde tulis cara nak buat pun.
Muffin Coklat Oren (14 biji)
Bahan A - semua digaul dalam satu bekas
250 gm tepung gandum
175gm gula halus
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar serbuk koko
Bahan B - gaul di dalam satu bekas, guna senduk sahaja
250 ml susu segar (Ummi gantikan dgn susu pekat manis yang dilarutkan dalam air)
90 ml minyak masak
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
12 sudu teh perisi oren
2 sudu besar oren sunquick
Semua bahan tadi, Ummi kacau je, then tuang ke dalam muffin cup. Bakar dengan suhu 170 degree celcius sampai masak.
Aktiviti hari ni.
Pagi tadi Ummi hantar Adam ke kelas Qiraati. Kelas ni sambungan dari kelas tadika dia. So kelas ni sampai habis bulan ni je. Masa Ummi attend majlis tamat tadika Adam sabtu baru ni, masa Guru Besar bagi ucapan, terus Ummi 'tersedar dari lamunan'. 'Inilah harta yang akan mendoakan dan menyedekahkan al-fatihah kepada ibu-bapa apabila ibu-bapa sudah meninggal dunia.' Syukur, belum terlambat untuk Ummi mengajar dan mendidik Adam!.
Sebenarnya masa Ummi hantar Adam ke tadika tahun ni, Adam cuma kenal beberapa huruf hijaiyah sahaja. Semata-mata kenal, belum boleh baca huruf yang ada baris. Tahun lepas masa Adam tadika kat tadika kemas, ada la buku jawi dan iqra'. Tapi buku tersebut disimpan di tadika. So, Adam tak diexposekan dengan jawi or qiraati oleh Ummi. Sebabnya zaman Ummi dulu, Ummi baca muqaddam, sekarang ada qiraati, dan Ummi sendiri taktau mcm mana rupa buku qiraati tu. Serius, Ummi tak terfikir langsung nak tekankan pasal qiraati ni. Masa Adam tadika kat tadika sekarang ni, itulah subjek yang ditekankan. Boleh kata setiap hari diajar qiraati selain subjek lain.
So, balik dari majlis tamat tadika tu, Ummi minta Adam baca qiraati depan Ummi. Alhamdulillah, lancar je dia baca. Rasa sebak, ustazah dia dapat ajar dia dengan baik, tapi Ummi? FB manjang! So, start dari situ, hari-hari Ummi suruh Adam baca qiraati depan Ummi. Hmm, apa yang ustazah dia ajar, dia dapat ulang siap dengan mcm mana nak sebut lagi. Terang hati Adam ni. Tadi lepas balik dr kelas qiraati dia, terus Ummi bawa dia pergi beli full book qiraati. Yang dia ada ni, ikut satu persatu buku sahaja.
No comments:
Post a Comment