Sempena tarikh cun hari ni - 1.11.11, maka genaplah setahun Ummi layan makan dan tidur kat rumah! Setahun Ummi duk buat aktiviti yang tidak mendatangkan faedah langsung! Cadang bila tak kerja ni boleh la pergi hantar dan ambil Adam dari tadika, tapi langsung plan tak menjadi. Pakcik van juga yang duk ambil dan hantar Adam. Hehe.
Dinner tadi celebrate birthday Adam, makan kat Bakau D Muara di Lumut. Selalu pergi, servis Ok la walaupaun dikelilingi dengan lalat, tapi hari ni pergi servis macam hampeh je. Punya la lama tunggu, tak datang ambil order, Abah duk ajak blah je. Tup-tup orang sebelah meja datang, terus orang tu terpa ambil order. Apalagi, terus la Abah sound, padan muka. Lepas dah order tu, bole pula dia pi pasang ubat nyamuk, kertas yang dia tulis order tu, dia tak hantar lagi ke tukang masak. End up, org meja sebelah yang sampai kemudian tu dapat makanan dulu. Adam dah merengek dah lapar sangat. Hampir sepinggan nasi dia makan. Nampak sangat dah sampai tahap kebulur. Sian. Tunggu sotong goreng tepung sampai ke sudah tak sampai-sampai. Apa punya servis. Masa duk tunggu orang tak datang ambil order, Abah duk ajak pergi makan kat tempat lain je, tapi Ummi duk pujuk nak makan situ gak. Kalau pergi ke restoren lain, sure nak kena tunggu lagi.
Hari ni first time Ariff duk dalam baby chair. So, excited la dia dapat tgk keliling, tepuk-tepuk meja, tarik-tarik kain alas meja, gelak mengekek semua cukup. Kalau tak duk baring dalam stroller dia la, yg nampak siling je la.
Apa pun, hari ni first time makan ikan sampai licin. Maybe sebab Adam dah besar so dia layan makan sama, ataupun ikan tu yg kecil atau kitorg ni yg kebulur. Haha. Syukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment