Fuh, puas hati! Baru lepas berperang dengan lipas-lipas! Masa Ummi nak masuk toilet tadi, terkejut tgk lipas-lipas tgh berkumpul kat lubang air. Geli seh. Tambah geli dan takut kalau lipas berterbangan, berlegar-legar kat kaki! So, apa lagi, Ummi terus la capai special weapon Ummi. Hehe. Dah lama Ummi ready dgn 'weapon' tersebut. So, tadi dgn penuh semangat, tanpa henti Ummi duk menekan special weapon Ummi tu. And 5 ekor down! Lega! Nak masuk bilik air pun rasa selamat sikit lepas ni.
Ummi pernah terbaca melalui email yang diforward. Cara nak bunuh lipas! Masukkan air sabun ke dalam botol yang boleh spray. Ummi recycle botol Febre*ze je. Katanya lipas bernafas melalui kulit. So kalau kulit lipas tersebut dilitupi dengan air sabun, lipas tu tak boleh bernafas. So, dah terbukti la tadi. Tak sampai 5 minit Ummi sembur, ada yang terlentang, ada yang meniarap. Tapi maybe gak Ummi sembur tanpa henti, so lipas tu dah tak boleh bergerak dah sebab dikelilingi dengan air sabun. Ummi pernah cerita kat Abah pasal special weapon ni. Hehe, Abah kata, buat penat je syarikat *** duk buat kajian nak hasilkan ubat untuk bunuh lipas.
Ini buktinya. Tak sampai 5 minit, semuanya tumbang! Akan Ummi tunjuk kat Abah gambar ni sebagai bukti. Haha.
Lepas ni tak perlu la susah-susah Ummi suruh Adam bunuh lipas. Cara Adam bunuh lipas- penyet je dgn apa yang ada depan mata dia - surat khabar, penyapu, etc. Tak pun dia pijak je. Lepas tu Ummi gak yang nak kena cuci lantai. Ceh!
Baru dapat sms daripada Abah, dia dalam train on the way ke Munich. Kerja dia dah settle, and now dia tgh jalan-jalan makan angin.
No comments:
Post a Comment