Hehe, baru weekend lepas Ummi kata dah takmau join kelas jahit or masak dah, tapi bila fikir duk rumah tak buat apa-apa, cancel la idea tu. Nak pergi register dan bayar yuran, malas le pula nak angkut hero 2 orang ni. So, Ummi minta tolong lecturer kat kolej tu registerkan untuk Ummi dan Ummi janji akan bayar pada hari pertama kelas. Bijak tak Ummi? Haha.
So, pagi semalam, terpaksa la Ummi angkut 2 orang hero kecil ni. Abah takde, still duk makan angin kat Stuttgart, so memang dah tak de pilihan la. Hari pertama, Ummi diajar buat Sunset with Long Scallop dan pada hari kedua, diajar buat Double Loose Scallop.
Pada hari pertama, Ummi berjaya la siapkan sunset dan long scallop tu, siap dgn tail kiri-kanan. Bila Adam dah hilang, pergi kedai mana ntah, penat Ummi turun naik tangga dari tingkat 3 hingga kena merayau cari dia kat kedai-kedai di tingkat bawah sekali sampai 2 kali pula tu, terpaksa la Ummi angkut bawa balik rumah je. So, tak sempat la Ummi nak cantum dan lekatkan sunset, tail dan long scallop dengan tape. Lagipun Ummi taktau le pula ukuran tingkap kat dapur. Hajat dihati, nak la sambung jahit di rumah je. Bila sampai rumah, elektrik pula takde. So, tak siap la langsir Ummi tu.
Hari kedua, Ummi diajar buat Double Loose Scallop. Tapi Ummi sempat buat single loose scallop je. Haha. Abah call, sepupu dia nak datang rumah dan Ariff pula duk merengek! Dah tak tahan, Ummi angkut balik rumah je jam 12 tengahari. Masa angkat Ariff dari rocking chair nak masukkan dalam car seat, baru tau sebab dia duk merengek, berak rupanya!
Kira OK la kursus kali ni, dapat belajar benda baru. Last weekend, ada kursus langsir buat langsir kipas. Disebabkan Ummi tak minat pun langsir kipas ni dan Adam pula ada majlis tamat tadika, so Ummi tak join la kursus last weekend. Semalam, masa diajar buat sunset dan long scallop tu, kiranya, secara automatik la tercover untuk kursus last weekend, cuma jarak belahan kipas je yang tak sama size. Sunset with long scallop tu adalah combination antara kipas dan single scallop la. Untung! 2-in-1!
Sebab utama Ummi berminat nak join kursus semalam dan tadi tu, sebelum tu Ummi diberitahu yang kursus tersebut akan diajar cara buat Single Swag and Jabot, Tanjung Puteri dan Menara Jati. Semalam, masa kursus, cikgu tu bagitau nak buat Sunset and Long Scallop, Ummi boleh accept lagi, sebab Ummi cakap nak belajar buat Tanjung Puteri pada hari ke-2 (ikut silibus), tup-tup jadi lain pula hari ni! Sebelum balik, cikgu tu sertakan nota untuk langsir-langsir yang sepatutnya diajar semasa kursus ini. Tapi, bagi Ummi, buat secara amali lagi boleh faham! Tak larat la nak imagine macam mana rupa bentuk langsir tersebut bila baca nota. ;o)
No comments:
Post a Comment