Wednesday, November 9, 2011

Ariff dah 9 bulan hari ni

09.02.2011 - 09.11.2011
Hari ni genap 9 bulan umur Ariff.
Dan boleh meniarap, menjulur dan angkat dan hanyun bontot panaskan enjin untuk merangkak, tapi tak sempat nak merangkak, terjelepuk atas lantai. Tu je aktiviti dia hari-hari.



Gambar ni diambil pada 2 mlm lepas masa on the way nak balik ke Lumut. Highway jem, so berhenti makan kat area rumah lama kat Sunway Carnival. Plan nak makan Kenny Roger's tapi ayamnya habis, so layan nasi ayam kat the chicken rice shop je la.

No comments: