Weekend baru ni, Sabtu dan Ahad Ummi attend kursus jahit langsir. Untuk kursus ni ada 3 jenis langsir yang sepatutnya diajar - royal scallop, boxpleat butterfly dan victorian tail.
Hasil untuk hari pertama - royal scallop bersama tail nya.
Ummi takde la beriya nak gi beli ropol-ropol macam yang geng-geng kelas Ummi buat. Ummi buat biasa-biasa je.
Hari kedua, Ummi diajar buat boxpleat butterfly. Actually Ummi pernah la buat boxpleat butterfly ni masa pregnantkan Adam. Untuk hari kedua ni, Ummi tak dapat habiskan masa kelas. Masa lunch Ummi dah cabut balik. 12.30pm, Abah hantar Ariff. Adam dari awal pagi dengan Ummi. Disebabkan dia asyik hilang je, dengan Ariff yang demam sejak malam tu, Ummi terpaksa la balik awal. Untuk Victorian tail, Ummi belajar teori saja. Gambar untuk boxpleat butterfly, Ummi belum ambil. Sbb tak cubit-cubit lagi, hehe.
Next week dan week lagi satu pun ada 3 jenis langsir yang akan diajar untuk setiap kelas. Ummi decide taknak ikut Abah ke Germany, sbb Ariff tak sihat, demam-batuk-selsema. Dengan Adam yang kaki kejap sakit kejap tak. Jumaat sebelum raya haji baru ni, Adam takleh berjalan, katanya sakit kaki. So, ptg jumaat tu, Abah bawa jumpa pakar tulang. Apalagi, terus kena x-ray la. Masa x-ray tu tulang semua OK, so doktor buat andaian sendi kat pangkal paha bengkak. Mlm tadi pun dia kata dia takleh berjalan tak. Ntah la, kata dia, dia ikut cerita Afi dan Ayah yang duk berlakon sakit!
Kalau betul Ummi tak ikut Abah weekend ni, dapat la Ummi join kelas macaron! Hehe, sebenarnya tu antara sebab tak ikut Abah. Lagi satu reason, Ummi tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak bagi org jaga. Ummi belum pernah berpisah dgn Ariff sejak dia lahir. Cuma pernah tinggalkan dia 2-3 jam je dengan Abah masa Ummi pegi beli brg-brg dapur dengan Adam.
Jumaat malam baru ni, kitorg ke Jusco Ipoh! Abah nak shop-shop brg nak travel dia la. So, dia angkut la anak bini dia. Dengan tak disangka-sangka, Ummi dan Abah terjumpa kawan masa kat mrsm dlu-dlu. Dah 17 tahun tak berjumpa, makin sihat dia :o)
Budak kecik yang comot dah sukakan big apple donut!
No comments:
Post a Comment