Thursday, November 20, 2014

Hari-hari terakhir persekolahan 2014

Hati melonjak gumbira. Esok Ummi dah nak bertolak balik untuk menemui kekanda dan anakan terchenta. Semua kerja untuk tahun ni dah diselesaikan, tunggu nak hantar buku rekod RPH je untuk ditandatangani oleh KP.

Flight Ummi ke Malaya esok malam dengan menaiki MH2527. Then, Ummi ambil airport shuttle direct to Sitiawan. Nanti, Abah yang pick up kat Sitiawan. Harap-harap on time la. Sebelum ni, pernah terjadi, Ummi sampai Sitiawan pukul 3.30pagi, tapi Abah ambil pukul 6 pagi. Siap dah nangis, dengan lapar dan duk tahan kencing. Ummi call hampir 100 kali tapi tak dapat-dapat sebab Ariff tukar mode hp Abah ke flight mode.

Macam-macam plan dah ada dalam kepala Ummi. Yang penting, sabtu ni, Ummi nak masak laksa untuk Adam dulu. Bahan untuk laksa dah order untuk Abah beli di pasar malam esok malam. Tak sabarnya.


Untuk tahun depan, Ummi malas nak fikir lagi. Tahap meluat nak fikir.

Monday, November 17, 2014

Buku baru lagi..

Last 2 weekend, ada orang update di FB ada jualan gudang karangkraf. So Ummi ambil peluang la. Pesan kat kawan Ummi yang kerja di Karangkar. Hasilnya, Ummi dapat 6 buah buku. Buku-bukunya agak murah la sebab dijual mengikut pekej, Yang tak berapa bestnya, guna poslaju, beratnya 3kg++.
Tunggu cuti minggu depan untuk Ummi ngadap buku-buku ni.

Buku hasil jualan gudang karagkraf.

Tuesday, October 28, 2014

Adam's 8th birthday

Semalam..27 Oktober adalah ulang tahun kelahiran Adam yang ke-8. Buat pertama kalinya Adam sambut birthday tanpa Ummi di sisi. Sebelum ini berkali-kali Adam bertanya..Ummi balik tak time birthday dia. Maaf Adam..Ummi tak dapat balik. Cuti Ummi hanya weekend sahaja. Birthday kali ni, takde kek. Adam cuma celebrate makan malam dengan Abah dan Ariff sahaja. Kasihan Adam. Dah la kena pack goodies sendiri.

Weekend baru ni, Ummi ke Kuching. Ada annual dinner sekolah di Pullman Hotel, Kuching. Siang sebelum dinner, Ummi merayap ke MPH The Springs, first time Ummi ke sana. Sebelum ni, Ummi takde idea nak bagi hadiah apa kat Adam, cari kat internet, takde yang menarik. Masa kat MPH, Ummi terjumpa buku yang agak menarik untuk umur Adam. Lepas belek-belek, nak beli, duk fikir pula, entah bila Adam akan dapat buku tersebut. Kena tunggu Ummi balik cuti sekolah bulan 11 nanti la. Dah la buku tersebut hard cover, 2 biji pun dah cukup berat nak diangkut naik flight. Lepas Ummi belek belakang buku, ternampak la website publisher buku tersebut. Balik hotel, terus Ummi surf dan jumpa buku tersebut. So, Ummi beli la sebagai hadiah birthday untuk Adam.

Buku untuk birthday Adam
Buku untuk birthday Adam
Tadi Ummi call publisher tersebut, buku akan dipos esok. Jadi, kemungkinan Adam akan dapat hari Khamis atau Jumaat ni. Direct terus kepada Adam, tak perlu tunggu Ummi balik bulan 11 nanti.

Happy birthday buat Adam.
Ummi sayang Abang Adam.

Masa kat Kuching, Ummi merayap kat Main Bazaar untuk mencari tikar palembang dan segak mas. Lepas 2 hari merayap, dapat juga hasilnya. Ummi beli 1 tikar palembang (berat 14kg tu), 1 segak mas (berat 5kg) dan 1 tikar putih (berat 3kg). Totalnya termasuk pos (1kg = RM6.50) hampir RM900. Ni kira hadiah untuk diri sempena wedding annniversary Ummi yang ke-10 tahun hijrah (1 Muharam 1426 - 1 Muharam 1436).

Sunday, October 12, 2014

Oktober entry..tak sabar nak belai my Brother V3

Lama Ummi tak jenguk blog ni. Bersawang sungguh la. Semua gambar dalam blog ni dah tak boleh nak view la pula. Nak kena buat something, maybe reupload la kot kalau Ummi rajin nanti.

Pejam celik pejam celik, lagi 6 minggu nak habis sesi persekolahan untuk tahun 2014. Ummi duk kira minggu je sebab nak balik jenguk anak-anak dan mesin-mesin jahit Ummi. Bulan 6 hari tu, Ummi beli mesin sulam baru, Brother V3. Tapi sayangnya, sehingga hari ini Ummi belum berkesempatan nak belai V3 Ummi tu. Masih di dalam kotak lagi. Dalam kepala Ummi ni, banyak projek yang Ummi nak buat dengan V3 ni.
My V3 yang tunggu dibelai
 Ummi berharap sangat-sangat dapat bertukar balik mengajar di Manjung. Ameen.  

Sunday, April 6, 2014

Dari bumi kenyalang..

Dah lama Ummi tak jenguk blog..bersawang sgt2 dah ni. Sudah beberapa bulan Ummi bermastautin di bumi kenyalang.Segala aktiviti kegemaran Ummi tidak dapat dibuat..menjahit, menyulam, memasak, etc2.
Jadi, lepas ni makin bersawang la blog Ummi ni..

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil adha..1434H

Salam Aidiladha. Lama Ummi nak jenguk blog. Ingatkan dah habis study, ada la masa nak blogging. Tapi hampeh je. Memang lupa terus ada la.

Esok umat Islam akan meraikan Aidiladha. Tapi, Ummi anak beranak tak dapat balik beraya di kampung. Sadis sungguh. Sebabnya memang plan nak balik beraya hari sabtu semlm. Baju semua dah siap packing dan dah letak di depan pintu. Tunggu Abah balik dari office je. Plan 12pm nak gerak. Anak-anak dah siap mandi jam 9pagi, berjeans dan t-shirt lawa bagai. Excited nak balik kampung. 12++pm, Ummi dapat whatsapp msg dari Abah "Unit 3 shutdown". Dah nampak petanda dah, mcm tak jadi balik kampung je. Then, Ummi reply "So?". Tak lama lepas tu, Abah reply "gerak pukul 3pm". OK, lega rasanya. Tup-tup 2.50pm dapat msg tak jadi balik kampung! Abah kena paksa stay. Aduh, tak terkata apa la. Abah offer untuk hantar balik mlm sabtu tu, then pagi raya Abah balik ke kampung la. Lepas Ummi fikir-fikir balik, tak jadi la balik kampung. Kesian kat Abah, pergi balik dah 8 jam, then pagi raya nak rush pi ambil anak bini pula (sebab Adam sekolah hari Rabu). Tu belum campur Abah kerja siang malam (tak cukup tidur ler tu). Macam hari ni, awal pagi dah ada meeting jam 8.30am, balik maghrib utk salin baju dan mandi shj (tak dinner pun) dan sampai sekarang almost 3am, dia belum balik. Tadi dia janji dengan Adam nak balik jam 2am, nasib baik anak-anak dan tidur. Kalau tak, jenuh mengungkit janji.

Update tentang mesin sulam Ummi. Genap sebulan mesin Ummi tu dalam kotak. Then baru la Ummi rasmi dengan buat pencil case Adam. Ummi sulam gambar kereta sebiji plus nama Adam. Then stop sebulan. Hehe. Masuk bulan ke 3 baru Ummi try godek-godek. Hasilnya sekarang Ummi dah siap sulam 4 helai baju kurung Ummi, sulam towel 3 helai. And sekarang Ummi ambil order untuk sulam towel! Ada a few orders yang tak sempat nak buat, sebab Ummi sibuk duk study untuk interview. Lepas interview, insyallah Ummi akan sulam sepenuh hati. Sekarang ni, walaupun duk sulam dengan penuh kasih sayang, tapi sebab belum ready untuk interview, tu yang jadi berbelah bagi tu.

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk yg membaca entry ni.

p/s Duk fikir menu untuk pagi raya nanti, maklum ler, beraya sendiri-sendiri..

Thursday, August 15, 2013

Mesin sulam..yezza

Dah lama Ummi idamkan mesin sulam yang satu ni. Sebelum Ummi sambung belajar tahun lepas lagi Ummi dah nampak iklan harga RM1999 (half price untuk mesin ni). Tapi duk pujuk je hati sebab duk fikir pasal software nya. Takat nak guna yang duk ada (package sekali dengan mesin, berapa la sangat kan). So Ummi masuk la satu group rahsia kat FB. So, dapat la tahu psl free software ni (masa download tu, takde pula nak kena bayar). Tup-tup bln 7 baru ni, dah nak kena bayar/beli software ni.

NV950 masih di dalam kotak..huhu

Ok, sambung cerita, dalam duk survey harga half price ni (dah jadi RM2150 le pula), Ummi tanya online seller plus Ummi pergi ke kedai authorised dealer semua. Sampai Ummi dah set nak beli kat sorang ni (kenal kat FB je). Bila dia nak suruh bank-in duit dulu, Abah cakap sampai barang baru bayar. So terbantut la nak belinya. Sebab tak kenal orgnya plus takde company pula tu.

Ummi beli mesin sulam ni pada 27/7 hari tu selepas 2-3 hari Ummi jumpa iklan kat FB. Harga offer 53%, so dapat RM1999. Macam harga awal tahun lepas. Tapi sampai hari ni masih di dalam kotak. Masa beli memang la excited tapi perasaan excited tu hilang disebabkan salah buat decision psl gigi!

Lepas beli mesin sulam tu, terus Ummi ke klinik gigi untuk tampal 2 batang gigi - kiri dan kanan. Bila jumpa doktor, doktor cakap, dah takleh tampal dah. So Ummi cakap je nak cabut (tak terfikir alternatif lain dah time tu). Masa duk tunggu ubat bius bg kebas tu, Ummi tanya la assistant kat situ psl root canal sebab time tu baru terfikir pasal root canal. Malangnya minah tu cakap, diorg tak buat root canal untuk gigi belakang (hanya gigi depan sahaja) dan dia kata lagi, kat manjung ni takde klinik yg buat untuk gigi geraham. Nak cakap tak jadi cabut gigi, takut kena marah le pula. So redha je la. Balik rumah, menangis uuuu sebab rasa dah silap buat decision cabut gigi tu. Tu pasal hilang segala mood nak godek-godek mesin sulam tu.

2 hari lepas kejadian tu, masa berbuka puasa di hotel, Ummi terjumpa la wife kepada engineer husband Ummi. Dia doktor gigi kat klinik kerajaan. Lepas Ummi cerita kat dia pasal gigi lagi satu ni yang doktor kata dah tak boleh ditampal gak, dia suruh double check dgn dia. Alhamdulillah la, dapat gak tampal gigi yang lagi satu tu. Tapi Ummi masih terfikir la pasal apa doktor klinik swasta tu cakap dah tak boleh tampal dah. Kos yang Ummi bayar kat klinik swasta tu untuk cabut 1 gigi RM65 dan untuk tampal gigi yang sebelahnya RM50. Adakah sebab kos cabut lagi mahal, so dia cakap dah tak boleh tampal? Fuhhh, serius Ummi geram bila fikir balik sebab yang hilang tu takkan dapat kembali.