Thursday, August 15, 2013

Mesin sulam..yezza

Dah lama Ummi idamkan mesin sulam yang satu ni. Sebelum Ummi sambung belajar tahun lepas lagi Ummi dah nampak iklan harga RM1999 (half price untuk mesin ni). Tapi duk pujuk je hati sebab duk fikir pasal software nya. Takat nak guna yang duk ada (package sekali dengan mesin, berapa la sangat kan). So Ummi masuk la satu group rahsia kat FB. So, dapat la tahu psl free software ni (masa download tu, takde pula nak kena bayar). Tup-tup bln 7 baru ni, dah nak kena bayar/beli software ni.

NV950 masih di dalam kotak..huhu

Ok, sambung cerita, dalam duk survey harga half price ni (dah jadi RM2150 le pula), Ummi tanya online seller plus Ummi pergi ke kedai authorised dealer semua. Sampai Ummi dah set nak beli kat sorang ni (kenal kat FB je). Bila dia nak suruh bank-in duit dulu, Abah cakap sampai barang baru bayar. So terbantut la nak belinya. Sebab tak kenal orgnya plus takde company pula tu.

Ummi beli mesin sulam ni pada 27/7 hari tu selepas 2-3 hari Ummi jumpa iklan kat FB. Harga offer 53%, so dapat RM1999. Macam harga awal tahun lepas. Tapi sampai hari ni masih di dalam kotak. Masa beli memang la excited tapi perasaan excited tu hilang disebabkan salah buat decision psl gigi!

Lepas beli mesin sulam tu, terus Ummi ke klinik gigi untuk tampal 2 batang gigi - kiri dan kanan. Bila jumpa doktor, doktor cakap, dah takleh tampal dah. So Ummi cakap je nak cabut (tak terfikir alternatif lain dah time tu). Masa duk tunggu ubat bius bg kebas tu, Ummi tanya la assistant kat situ psl root canal sebab time tu baru terfikir pasal root canal. Malangnya minah tu cakap, diorg tak buat root canal untuk gigi belakang (hanya gigi depan sahaja) dan dia kata lagi, kat manjung ni takde klinik yg buat untuk gigi geraham. Nak cakap tak jadi cabut gigi, takut kena marah le pula. So redha je la. Balik rumah, menangis uuuu sebab rasa dah silap buat decision cabut gigi tu. Tu pasal hilang segala mood nak godek-godek mesin sulam tu.

2 hari lepas kejadian tu, masa berbuka puasa di hotel, Ummi terjumpa la wife kepada engineer husband Ummi. Dia doktor gigi kat klinik kerajaan. Lepas Ummi cerita kat dia pasal gigi lagi satu ni yang doktor kata dah tak boleh ditampal gak, dia suruh double check dgn dia. Alhamdulillah la, dapat gak tampal gigi yang lagi satu tu. Tapi Ummi masih terfikir la pasal apa doktor klinik swasta tu cakap dah tak boleh tampal dah. Kos yang Ummi bayar kat klinik swasta tu untuk cabut 1 gigi RM65 dan untuk tampal gigi yang sebelahnya RM50. Adakah sebab kos cabut lagi mahal, so dia cakap dah tak boleh tampal? Fuhhh, serius Ummi geram bila fikir balik sebab yang hilang tu takkan dapat kembali.

2 comments:

iRNa LoCKMaN said...

Assalamualaikum wbt..tumpang tny..ade @ tau tak kat mn ade servis sulam kain utk buat bj melayu..terima kasih..

azkin said...

wsalam..maaf lmbt reply..
saudari boleh try masuk https://www.facebook.com/AlwanisCostumeEmbroidery ..