Wednesday, September 26, 2012

Aktiviti memanik

Rasa kasihan le pula tgk blog Ummi ni. Jarang-jarang sgt Ummi dapat update. Pejam celik, pejam celik, minggu ke3 kuliah hampir habis. Esok last day untuk kelas minggu ni, then Ummi dan Ariff akan balik ke Lumut. Untuk semester ni, kelas Ummi 4 hari, mcm last semester juga. Bezanya, this semester, 4 mlm Ummi dihabiskan di Lumut dan 3 malam di TM. Last semester, Ummi ada kelas khamis malam, so terpaksa la balik Lumut, jumaat pagi.

Ahad baru ni, Ummi rasa malas sgt nak buat assignment yg berlambak-lambak. So, dari tak buat apa-apa, Ummi mula la menanam bunga beberapa kelopak di hujung tangan baju kurung moden Ummi. Baju utk ke kelas sebenarnya.
Tadaa..ni la hasil tanaman bunganya

Batang pokok, mcm x menjadi je

Kain utk baju ni, ada warna kuning, so Ummi buat la kelopak bunga kaler kuning. Ummi taktau nama bahan yg Ummi guna untuk buat kelopak-kelopak bunga tu. Ummi jumpa kat kedai, Ummi beli, dan balik buat trial and error. Dan, menjadi la juga kelopak-kelopak tu. Kira utk beginner, lepas la kot?. Maybe.

Tuesday, September 11, 2012

Semester baru bermula!

Lama gila Ummi tak update blog. Nak kata busy, tak juga! Maleh je kejanya. Bulan lepas 1 entry saja. Kasihan sungguh performance blog nih. nak share, Ummi dah berjaya menjahit berbelas pasang baju dah guna hasil overlock Ummi tu.

Semalam officilly start semester baru. Mood nak study belum sepenuhnya! Hari ni dah masuk hari kedua kelas. Esok cuti sehari. Ptg ni lepas kelas, Ummi balik ke Lumut untuk ambil Adam bawa je sini. Abah tgh sibuk commissioning, so dia tak balik rumah. Then kelas lusa dan jumaat. Lepas kelas jumaat, balik semula ke Lumut, harap-harap Adam dpt la masuk kelas kafa 2.30 ptg jumaat nih.

Sem baru, semangat baru. Semoga Ummi berjaya mendapat result yg lebih cun dr sem lepas. Amin.