Wednesday, September 26, 2012

Aktiviti memanik

Rasa kasihan le pula tgk blog Ummi ni. Jarang-jarang sgt Ummi dapat update. Pejam celik, pejam celik, minggu ke3 kuliah hampir habis. Esok last day untuk kelas minggu ni, then Ummi dan Ariff akan balik ke Lumut. Untuk semester ni, kelas Ummi 4 hari, mcm last semester juga. Bezanya, this semester, 4 mlm Ummi dihabiskan di Lumut dan 3 malam di TM. Last semester, Ummi ada kelas khamis malam, so terpaksa la balik Lumut, jumaat pagi.

Ahad baru ni, Ummi rasa malas sgt nak buat assignment yg berlambak-lambak. So, dari tak buat apa-apa, Ummi mula la menanam bunga beberapa kelopak di hujung tangan baju kurung moden Ummi. Baju utk ke kelas sebenarnya.
Tadaa..ni la hasil tanaman bunganya

Batang pokok, mcm x menjadi je

Kain utk baju ni, ada warna kuning, so Ummi buat la kelopak bunga kaler kuning. Ummi taktau nama bahan yg Ummi guna untuk buat kelopak-kelopak bunga tu. Ummi jumpa kat kedai, Ummi beli, dan balik buat trial and error. Dan, menjadi la juga kelopak-kelopak tu. Kira utk beginner, lepas la kot?. Maybe.

No comments: