Jumaat lepas, plan nak berjalan-jalan tgk tempat org jadi kenyataan setelah berkali-kali plan. Last week Abah tak standby, Adam dah habis final xm dan Ummi tak bz. Sebelum ke Bukit Tinggi tu, subuh Khamis, Ariff melalak sampai pucat. Sekali dgn Ummi melalak sbb taktau nak buat apa.
Seblm tu, tgh Ariff sedap-sedap tidur, dia termuntah membuak-buak, berkali-kali pula tu. Tgh malam, Ummi perasan badan Ariff semakin panas. Ummi bg dia makan ubat demam pukul 1.30am. Pukul 6pg dia melalak non-stop. Ummi call klinik pukul 6.15am, takde org angkat, whatsapp tanya kawan-kawan kat mana klinik 24 jam area TM ni, takde sapa yang tahu. So, Ummi buat decision untuk cari klinik di pekan TM. Malangnya takde satu pun yg buka. Masa kat pekan TM, housemate call bagitau klinik kesihatan TM buka 24jam (dia tanya lecturer sebelah rumah ni). So Ummi terus la ke sana dan terus ke Emergency. So, Ariff kena juluk ubat ke punggung la sbb panas sgt.
So, masa ke Bukit Tinggi tu, Ariff asyik merengek je la. Badan tak sihat, muntah dan cirit pula tu. Kat sana, kitorg stay kat Colmar Tropicale. Kali ni, baru betul-betul dikira "bercuti" walaupun Ariff takde mood.
Tempat pertama yang dituju sebelum check in adalah Japanese Village. Masa sampai tu hujan. Tapi kami naik juga, masing2 bawa payung. Masa nak naik, semput gak la.
|
Japanese Village |
|
Japanese Village |
Habis merayap, baru check in kat Colmar. Banyak juga la aktiviti yang boleh dibuat di sini. Adam macam biasa la, layan game dan swimming pool. Waktu mlm, 2 kali kitorg turun layan show free kat bawah, siap ada pertunjukan magic, tu yg Adam suka, siap bergambar lagi.
|
Merengek je budak ni sbb muntah dan demam. Apa pun taknak makan, minum jus saja. Anak tekak bengkak |
The next day, tgh syok duk breakfast, datang geng-geng berkuda. Geng-geng berkuda tu lalu betul-betul sebelah meja kitorg. Ayat Abah masa tu "Mcm Mahathir"..Ummi masa tu tgh duk teropong kamera, then Ummi pun cakap la " Mmg Mahathir pun"..keliling bodyguard dia masa tu.
|
Tun Mahathir senyum kat Ummi masa Ummi snap pic ni |
|
Ni lps Abah lambai kat dia, and dia balas lambaian Abah! |
Agenda tak boleh ditinggalkan..mandi kolam!
|
Adam..yg over excited! |
|
Tempat Adam pilih untuk bergambar, krismas tree, belakang tu crew2 8TV kalau tak silap Ummi..tgh prepare nk buat shooting
|
Satu malam je kat sini. The next day tu, hujan lebat ya amats. Nasib baik hari seblm tu dah berjalan2 dah walaupun banyak tempat yang tak pergi, spt animal farm, sebab hujan. So, kitorg menghala ke Bukit Persekutuan le pula, rumah SIL untuk bermalam di sana.
No comments:
Post a Comment