Ummi tak dapat nak celebrate birthday Adam pada 27hb tu sebab berulang-alik Alor Setar-Kangar-Alor Setar. Lagipun kalau buat kat Kangar- rumah Abah, takde saper. Jadi Ummi buat celebration birthday dia pada 28 Oktober di Alor Setar-di rumah mak Ummi. Excited sangat dia sbb dapat celebrate dgn bff dia aka cousin yang sebaya dengan dia.
Cadangnya Ummi nak beli kek boboiboy, tapi pukul 9am baru gerak dr Kangar ke Alor Setar dan nak kejar masa sbb kakak Ummi nak blk ke rumah dia, so main ambil je la kek apa yang ada kat kedai tu. Tu pun sharp 10am Ummi tunggu depan kedai, tunggu kedai kek buka. Dapatla sebiji kek ben10 pilihan Adam.
Untuk hadiah birthday Adam, Adam dpt pc tablet yg kedua. Yang pertama Abah bagi sempena Adam berjaya berpuasa 10 hari masa ramadan baru ni, tapi dah pecah skrin malam rabu lepas.
Happy 6th Birthday buat Adam, buah hati Ummi.
Semoga menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat
Tiap kali dengar Adam baca surah yasin, terasa sejuk hati Ummi.
No comments:
Post a Comment