Saturday, July 28, 2012

Buku baru dan cerita mesin jahit tepi

Sahur pagi tadi, dah plan dengan Abah. Hari ni nak tangkap mesin jahit tepi. Tertunda berminggu-minggu lamanya. Time weekdays tak dapat nak pegi beli, sbb Abah kerja balik dah maghrib / malam. Kedai semua tutup 6.30pm. Time weekends, tak pernah nak lekat kat rumah sejak akhir-akhir ni. Cuma hari ni je lekat kat rumah, sbb Abah standby minggu ni.

Malam tadi, Ummi dah surf dah pasal mesin jahit tepi yang ada stok kat Singer sini. Mesin jahit tepi 5 benang. 4 benang, kalau order ambil masa 1 week. So, malam tadi dah decide nak beli yg 5 benang ni la. sebelum terjah kedai Singer, Ummi ajak Abah singah satu kedai kat pekan Sitiawan. Tokey tu recommend brand Laike! Serius Ummi tak pernah dengar nama Laike tu. Untuk 4 benang, dia bagi harga RM1500. Dia paksa letak deposit RM50 walaupun Ummi belum buat decision lagi masa tu. Tokei tu cakap, kalau tak jadi beli, datang semula ke kedai, RM50 tu boleh buat beli barang-barang jahitan. Sebelum keluar kedai, Ummi beli satu buku yang dah lama Ummi cari termasuk kat mphonline yang tengah takde stok (tapi diorg tak reply pun email Ummi!). Haish!.

Pakaian Tradisi Melayu / Malay Traditional Attire by Rosita Jaafar
Harga RM44
Bagus la buku la, mcm-mcm ada..tak rugi membelinya.. walaupun buku yang Ummi beli ni dlm keadaan tak berapa baik
Then ke kedai Singer. Orang kat kedai tu cakap kalau mesin 5 benang, boleh guna 3 or 4 benang. Tapi tokei kedai yang satu tu lagi ckp, kalau mesin 5 benang, boleh guna 5 benang sahaja! Waa, fakta sudah bercanggah.

Sebelum decide nak beli, Abah terus drive ke kedai lagi satu. Nak amik yang Laike tu. Tapi dalam hati Ummi tak berapa nak like pun. Tak sedap hati. Abah suruh Ummi buat decision sendiri. Akhirnya, Ummi terus ke kedai yang dah bayar deposit tu, Ummi ambil buku di bawah ni buat ganti deposit tersebut.

Seni Jahitan Pakaian Kanak-kanak by Rosita Jaafar
Harga RM48.50
Insyallah, akan dipraktikkan ilmu dari buku ni suatu masa nanti
Then ke kedai Singer semula. Nekad, Ummi ambil mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang. Harga cash RM2395. Kalau mesin 4 benang harga RM2345, beza RM50 sahaja dan tiada dalam stok pula tu. Ummi ada baca kat internet, kalau buat 3 kali payment kat Singer, tapi harga mesin macam cash. Abah yang tolong tanyakan pasal ni. So, apalagi, Ummi buat la 3 kali payment. Mesin tu Ummi akan dapat Rabu ni, kena ikut turn, sbb ada 2 org yang dah beli sebelum Ummi, belum dihantar pemasangan lagi.

Baru-baru ni, Ummi ada selongkar rak buku, cari buku nota jahitan Ummi. Masa Ummi kat Tanjung Malim, Abah ubah mesin jahit dan alat-alat jahit Ummi. Masa tengah cari kat rak buku tu, tup-tup, Ummi terjumpa satu plastik MPH. Waa, rupanya dalam tu ada 2 buah buku. Buku-buku yang Ummi beli masa ikut Abah ke KL 3-4 bulan lepas.

A-Z Jahitan Smoking

Koleksi Langsir Terbaik Mudah dan Jelas by Noraini Margono
Harga RM9.50
Dalam buku langsir ni lebih kurang apa yang Ummi belajar masa kursus tahun lepas
Tak sabaq la nak tunggu kedatangan mesin jahit tepi nih!

Monday, July 16, 2012

Oh overlock sewing machine!

Ummi masih tercari-cari lagi mesin jahit tepi. Sabtu baru ni dah pergi kedai Singer, salesgirl situ kata takde mesin jahit tepi 4 benang, yang ada cuma 3 benang je. Ummi tgk dalam catalog, ada je. May be diorg yang takde stock kot, bersangka baik!

Tadi lepas ambil Adam dari tadika, Ummi merayap ke 3 buah kedai mesin jahit, masing-masing promote brand yg berlainan, yang first time Ummi dengar. Kedai first promote JAKI. Ummi ingat mmg pronouciation mcm tu, haha. Bila dia tunjuk mesin tu, rupanya ejaannya memang JAKI, from China. Ummi ada terbaca yang JUKI from Japan, tapi tadi dia cakap JUKI pun from China. Malas dah le Ummi nak surf cari. Harga dia offer untuk 4 benang RM1495, kalau 3 benang, less than RM100.

Then, Ummi pergi ke kedai yg kedua. Dia promote Gemsy dan Okurma. Untuk Okurma, harga untuk 3 dan benang sama saja, RM1490, gemsy murah sikit kalau tak silap Ummi.

Then, angkut anak-anak ke kedai ketiga. Dia promote Okurma dan Promax. Yang ni mahal yarabbi. Ummi pernah la hantar repair mesin jahit tepi portable kat kedai ni. Last-last Ummi balik. Pening, taktau la pilih brand mana.

Balik rumah, Ummi start surf. Bila belek-belek brand mesin jahit tepi yang Ummi dah tau ni, rupanya mmg sama, cuma brand & logo yang berlainan. So, mmg perlukan bantuan Abah. Urgent dah ni, tapi still belum tau brand apa nak beli. Sebelum ni decide nak beli Singer 4 benang. Tapi ada yg kata sparepart mahal la. Yg mcm-mcm brand ni, rupa sama je. Salesgirl kat kedai no. 2 cakap, sparepart sama, boleh guna mana2 mesin maa. Yg tu buat Ummi tergugat dari Singer tu. Idea..mari tolong!

Aktiviti mandi kolam!

Jumaat pagi, Ummi book Swiss Court Holiday Apartment. Ni sempena nak tunaikan janji kat Adam la, untuk mandi swimming pool. Kali ni Ummi tak ambil hotel. Sebabnya, duk apartment, ada la dapur, fridge semua tu. Boleh masak! Dah la tempat tu masuk ke dalam, nak keluar semata-mata nak cari makan, takkan kot.

Check-in jumaat pukul 10.30pm. Sebabnya Abah balik pun dah 9.30pm.

Sabtu pagi-pagi dah layan swimming pool. Ariff la orang yang paling seronok. Macam la dia besar sangat. Nak masuk kolam sendiri! Lepas layan swimming pool, balik bilik untuk lunch. Ummi masak ala kadar je.
Seronok la, dpt mandi kolam

Lepas lunch,  terus ke kedai Singer di Sitiawan. Ummi cari mesin jahit tepi! Elok sampai kat kedai je, pintu kedai dah tutup separuh. Muat la untuk Ummi masuk ambil catalog. Then Abah hantar balik rumah, and Abah terus ke site.

6 petang, Abah balik, terus ke pasar malam & ke apartment semula. Pagi semalam bawa Adam mandi
kat swimming hotel le pula. Cadangkan nak main pasir kat pantai, tapi Abah dapat call, jelly fish serang pula. So, terpaksa la check out awal, sebab Abah kena masuk site le pulak.


Sunday, July 15, 2012

Ariff lawat klinik

Balik je dari JB, pagi-pagi lagi Ummi dah angkut Ariff ke klinik untuk appointment dia. Sampai klinik, nurse bagitau nak inject Ariff untuk umur 18 bulan. Ummi tanya la kenapa nak cucuk masa umur dia baru 17 bulan. Next, baru nurse explain, injection tu boleh diambil apabila genap setahun cucuk masa umur 5 bulan dulu. Nurse tunjuk la date masa Ariff cucuk 5 bulan, 7/7/11. So, dapat la sedas kat peha Ariff.

Berat Ariff turun 1 kg. Dari 10 kg ke 9 kg.
Tinggi dah jadi 83cm, macam tinggi Adam masa umur 17 bulan dulu-dulu.
Lilitan kepada jadi 50cm. Makin membesaq. Akai pun lebih!

Trip ke JB

Ni cerita dah basi, tapi Ummi tetap nak update juga. Entry sebelum ni dah ada, tapi entry ni Ummi letak gambar le pula.

Isnin pagi-pagi, anak-beranak dah travel menuju ke Melaka. Ni sempena travel day Abah. Untuk ke Johor, Abah dapat 1 hari travel day. So, kena la memaksimumkan travel day Abah tu.

Dalam kandang di A Famosa Animal World Safari
Makanan free untuk 3 orang
Di JB, Ummi tak pergi mana-mana pun masa Abah ke Singapore. Hari first, dinner kat Restoren Sayam kat Stulang Laut. Try butter prawn, siakap stim limau, sup sayur dan sotong goreng tepung. Wah, suka la siakap stim dan butter prawn kat situ. Memandangkan masa tu makan dgn technician Abah, so Ummi control makan la sikit. Haha. Tak boleh makan dengan rakus. Malu!

Then, the next day, Ummi request nak dinner siakap stim lagi. Rupanya, Abah pun macam Ummi, suka siakap stim limau dan butter prawn tu. So, repeat the same menu at the same restaurant la jadinya.

Butter prawn, murah saja, baru RM7

Siakap Stim Limau, nyum nyum

Adam dengan strawberry blended dia! Excited dengan nombor 8 tu!

Masuk hari ketiga, lepas breakfast, menonong la anak-beranak cari swimming pool. Hotel tu pelik sikit, swimming pool kat building lain tapi hotel yg sama gak la. Kena keluar dari hotel dan cross
jalan. Sampai je kat swimming pool, baru discover, hanya untuk orang dewasa. Frust la Adam. Dia siap dengan swimming suit bagai. So, terpaksa la buat janji manis, Ummi akan book hotel kat Damai Laut.

On the way balik Lumut, singgah shopping kat Johor Premium Outlets. Ummi tak teringin beli apa-apa pun. Abah je yg shopping. Dapat la 2 helai jeans Levi's dan sepasang kasut Adidas.
Di Johor Premium Outlets - stroller merah ni Ariff yang pilih sendiri, sewa RM30, deposit RM100.

Tuesday, July 10, 2012

Live from JB

Sejak malam tadi, Ummi berada di JB. Ummi dtg sini sebab ikut Abah. Abah kena check brg kat Singapore. Jumaat tghari baru dpt tau kena dtg sini. Nak join pegi Singapore, Ariff takde passport. So, stay kat JB je la. Tadi pagi Abah ke Woodlands Checkpoint dgn taxi, ada org pick up dia kat sana.

Actually Ummi gerak dari rumah pagi semalam jam 1.15am. Abah balik ke rumah 12.30am dari office. Singgah breakfast kat rumah SIL kat Putra Height. Tujuannya nak pertemukan anak-anak dengan sepupu diorg. Last 2 weeks, Ummi tunjuk kat Adam, gambar sepupu dia. Tapi dia tak kenal. Last jumpa sepupu dia tu masa dia umur setahun kat Surabaya. Lepas tu, tak jumpa-jumpa dah. So, semlam, dapat la diorg beramah mesra. First time diorg jumpa Ariff.

Dari rumah SIL, terus ke A Famosa. Bawa diorg ke Animal World Safari. Ariff takde perasaan langsung. Adam je excited bila naik truck berjaring sambil tgk binatang-binatang. Dari A Famosa terus ke JB. Abah book Suria City Hotel untuk 3H2M. Sebelum ni, dah pernah stay kat The Zon dan Grand Bluewave serta Puteri Pacific. So, Abah kata nak try hotel ni plak, Rate macam Seri Malaysia je.

Ptg semalam, Ummi dpt sms dr kawan, bagitau result final exam dah keluar. Nak check punya la takut. Alhamdulillah, dapat macam yg selalu didoakan. Dpt 6A, tapi 3A dan 3A-. Agak frust dgn satu subjek. Sbb projek utk carry marks semua dpt full marks. Bila dapat A-, maknanya time final exam, hancus la. Sedih. Lagi dua subjek A- tu, kira OK la, sebab, masa dlm kelas, Ummi sendiri taktau apa yg Ummi belajar.

Untuk next semester, kena pulun la nampaknya. Kena dpt CGPA 3.5++, nak dpt CGPA 4.00 dah takkan dapat dah.

Wednesday, July 4, 2012

Koleksi terbaru

Ummi ada koleksi yang baru. Ummi terbeli buku jahitan di bawah ni, tapi menurut penjual, buku ni buku yang dia guna masa belajar 20 thn lepas. Menarik buku ni, macam-macam ada. Buku ni sampai ke tangan Ummi jumaat lepas.



Di bawah ni,  kain felt. Ummi beli kat tesco, 15 keping utk 15 warna, harga cuma RM11.90. Masa Ummi duk belek kertas warna kat bahagian stationary, terjumpa ler plak kain ni, hanya 1 set ni je. So, Ummi terus ambil. Murah tu.



Ni buku lama, tapi Ummi baru beli. Terjumpa masa merayap kat kedai buku. Bila blk tgk buku ni dah kuning-kuning kat tepi buku (dibungkus dgn plastik tebal, so tak nampak la kuning-kuning tu, kena tipu!). Agak menarik, boleh digunakan bila dah pencen nanti. Haha.