Friday, September 23, 2011

Projek baju tidur Adam

Ceritanya..masa pergi Kamdar nak beli kain tudung untuk Ummi 2 hari sebelum raya baru ni, Adam ternampak kain corak kartun BEN10. So, dia pun bagitau la Abah yg dia nak beli kain tu. Abah pula pandai le pula duk bagi iidea kat Adam nak buat apa dengan kain tu. Abah suruh Ummi buat baju tidur.

Setelah sekian lama, hampir sebulan, malam tadi baru tergerak hati nak buat baju tidur untuk Adam. Sebab dah tak larat nak tabur janji palsu dengan Adam lagi. And, hari ni, telah berjaya Ummi siapkan baju tidur Adam.
Untuk seluar, Ummi guna je pola seluar tadika dan raya baru ni. Baju lak Ummi ukur je dari kemeja Adam. So, jadi la baju tidur Adam.

Hehe, benang pun tak abis potong lagi tu :p

Wednesday, September 21, 2011

Progress Ariff


Isk, amat la tensen, punya la susah nak update blog ni.

Nak citer pasal progress Ariff sikit. Ariff baru boleh meniarap dengan sendiri sejak pada mlm 20hb. So, Ummi teramat la happy dengan progress dia ni. Anak orang lain boleh meniarap masa umur 4-5 bulan, anak Ummi umur 7.5 bulan baru boleh meniarap. Tapi, skrang ni Ariff baru belajar nak berdiri sejak keluar dari wad baru-baru ni. Cuma belum tahap melompat-lompat lagi la. Kira Ummi dah belum tersenyum la dengan progress dia.

Pipi Ariff pun semakin gebus sejak Ummi duk sapu candid b ni, tapi kena sentiasa duk sapu la. Kalau termiss je, mengerutu kembali la pipi dia. Bila la nak hilang semua tu dari Ariff, naik jemu dah Ummi duk kena sapu ubat hari-hari.

Haa, semalam Abah pegi keja pukul 7+am, balik je kul 2am tadi. Masa balik, Ariff belum tidur, almaklum la hidup Ariff tu macam dia kat US je, so masa dia tgk muka Abah dia, terpinga-pinga je. Macam tak pernah jumpa Abah dia je. Hehe.

Sunday, September 18, 2011

Ariff ke klinik pula hari ni

Tengahari tadi, masa Ummi nak bagi susu kat Ariff, Ummi perasan satu badan Ariff, muka dan belakang leher penuh dengan bintik-bintik merah. Cuak giler. Sebabnya malam tadi masa discharge, Abah tak jumpa pun doktor untuk tanya result darah, sebab dr blood test pertama, sel darah putih dia kurang!

So, pukul 3pm tadi Ummi dan Abah bawa Ariff ke klinik. Doktor kata dia alergik. Alergik le pula. Doktor bagi ubat sapu dan ubat alahan untuk diminum. Doktor kata ambil masa 2 hari untuk nak hilangkan tanda-tanda merah tersebut. So, kena tungg la 2 hari nak tengok mana mana. Letih!

Saturday, September 17, 2011

Ariff masuk wad!


Fuhh, penat! Baru discharge dari wad pukul 8pm+ tadi. Ariff muntah dan demam panas mendadak 2 hari lepas. Bawa pergi klinik panel terus diorg refer ke hospital. Disebabkan nak pergi Ipoh jauh, so terpaksa duk kat hospital sini.

Masa bawa pergi Ariff ke klinik suhu badan dia 38.5 celcius, so kena julok ubat masuk ikut punggung la. Bila kat hospital kena buat blood test dan masukkan air. Sedih dengar dia kena cucuk, melalak-lalak. Disebabkan sel darah putih dia sikit (dr blood test 2 hari lepas), doktor suggest buat lagi hari ni. Agak terkilan la, Ummi terpaksa dgr dia melalak 20 minit. Ummi tidak dibenarkan masuk tgk Ariff masa tu. Pukul 5pm, igtkan dah boleh discharge, rupanya Ariff kena buat blood test kali ke-3 sbb darah masa blood test yg ke-2 dah beku! So, tak dapat nak buat test. Kali ni Ummi temankan Ariff. Bila buka balutan kapas, terkejut Ummi. Ada 10 bekas suntikan jarum (4 tgn kanan, 3 tgn kiri, 1 kaki kanan, 2 kaki kiri). Masa buat blood test yg ke-3, 3 kali dicucuk (kaki kiri dan kanan serta tangan kanan). Yang tangan kanan ada 3 suntikan jarum. Syahdu je tgk Ariff melalak panggil 'maaaak'.

Maghrib tadi, huru-hara sekejap kat wad kanak-kanak! Dengan doktor, nurse, parents si cilik, semua duk sibuk mencari si Adam. Puas Ummi keliling dlm wad tersebut, berkali-kali pula tu! Rupanya dia duk lepak dalam bilik kuarantin. Cuak gak Ummi, apa la penyakit org yg kena kuarantin tersebut. Dengan henpon Ummi bateri kong pukul 6pm tadi (kat wad tidak dibenarkan cas henpon!). Melilau nak tukar syiling nak call Abah, bila Ummi discover ada public phone kat luar wad. Abah janji nak datang pukul 5 lebih (sebab turun ke laut). Lepas dapat tukar syiling, Ummi terserempak Abah kat pintu depan. So, meleleh la cerita kat Abah. Penat la dengan si Adam sorang ni. Sebelum jumpa dia, merata-rata Ummi cari, kat playground n kat luar wad. Bila dah jumpa Abah, Abah pula pergi cari kat luar wad. Bila dah jumpa Adam, ada India tua perempuan marah sakan kat Adam. Hehe. Sabar je la budak sorang ni. Boleh bagi Ummi sakit jantung. :o(

Abah pergi risik-risik tempat yg Adam lepak tu, rupanya pesakit yang kena kuarantin kat dalam bilik tu adalah pesakit buah pinggang! Lega!

BTW, kelas jahit gaun kanak-kanak hari ni dan esok dipostpone ke khamis dan jumaat depan. So, terpaksa la Ummi angkut askar-askar. Pnat lagi la kalau camtu.

Thursday, September 15, 2011

Salad makaroni versi Adam


Ummi panggil salad je, yang ni memang favourite Adam. Dia pun boleh gaul-gaul sendiri.

Bahan-bahan (ikut apa yang ada je..yang ni Ummi buat untuk Adam semalam)
Elbow makaroni direbus, ditoskan
Mayonis secukupnya

Bahan kukus
Carrot dipotong suka hati bentuknya
Brocolli
Sosej dipotong bulat-bulat
Crab stick dipotong 1cm panjangnya

Optional - boleh diletakkan
Lada hitam kisar
Tomato dipotong dadu
Udang rebus tanpa kulit
Bunga kubis
Perahan lemon/limau nipis
Mix vegi (kalau malas nak letak sayur-sayuran di atas)

Cara-cara
Gaul semuanya. Hidang. Boleh dah dimakan.

p/s lately, malas je nak update blog, sbb malas nak amik gambaq, heheh

Wednesday, September 14, 2011

Tax!..akhirnya..

Ummi baru ada mood isi tax form tadi. Hehe. Actually form utk 2001. 10 tahun dah berlalu! Dapat surat dari bulan julai lagi. Bulan lepas Ummi dah suruh Abah bayarkan {tax yg Ummi dipaksa bayar mengikut surat tersebut} utk Ummi, tapi urusan nak mengisi form asyik tergendala je sbb Ummi pening bila tgk tax form tersebut. Haha. Tadi Ummi kuatkan semangat baca satu persatu, akhirnya, berjaya gak isi tax form tu. Bila selesai isi, baru perasan, depa yg kena bayaq balik kat Ummi, sbb Ummi terlebih bayar kat potongan tax berkala tu. Haha. So, isu di sini, adakah Ummi akan dpt balik duit yg Ummi terlebih bayar tersebut + dengan duit tax rekaaan diorg yg Ummi kena bayar full? Kalau depa mau bayaq balik, kiranya Ummi cuma bayaq duit penalti je la.

Telinga Ummi still berdenyut-denyut. Perdengaran baru je terasa jelas sehari dua ni, tapi bangun tido pagi tadi, dah berdenyut semula. Bila korek telinga kiri, ada darah! Bila korek telinga kanan, ada kesan mcm kulat hitam! Adoii la, bila dapat nak p klinik ni. Naik boring dah, dah le pakar ENT tak jumpa-jumpa kat sini. Seksa wooo. Nak kena suruh panel refer pi Ipoh, jenuh la. Abah bizi ya amats!

Ayat-ayat Adam lately
- "Adam bagi cuti kat Abah, Abah jgn pergi kerja tau"
- "Abah ni asyik-asyik kerja kerja kerja"
- "Abah ni bukan nak jaga anak-anak dia, Ummi gak yg kena jaga anak-anak Ummi"
- "Adam cuti 2 hari {masa weekend}, tapi Abah tak cuti-cuti"

Malam tadi Abah balik pukul 2++am. Pergi kerjanya kul 7+am. Ummi sembang dengan Abah pasal ayat-ayat Adam ni. Abah janji malam ni je Abah balik lambat {saat ni pun blum balik-balik lagi!}, sebab nak perabihkan memo-memo dia. So, harap-harap esok dapat la Abah bawa Adam pi tesco. Tesco je pun. Bukannya tempat gempak pun. Sbb kat tesco ada tpt yg Adam boleh main. So, kat situ la Adam bakal perabis duit-duit dia main game.

Sunday, September 11, 2011

Seminar hari ni...

Hari ni Abah angkut anak beranak dia attend seminar kat Best Western Hotel. Tak pernah ada orang angkut baby masuk seminar. Hehe. Seminar pasal how to be a smart trader. Ummi layan je la walaupon dalam otak zero, taktau apa menda. Nasib baik Ariff baik je masa tu. So dapat le join seminar dengan aman, tapi Adam la pula duk buat perangai.

Seminar ni Ummi dan Abah dapat invitation dari Maybank. So, Abah book 3 seats. Hasilnya dari seminar ni, kitorg dapat la 2 set complimentary gifts - buku dan cds! Pasni Ummi la kena baca balik apa menda semua2 tu!

Friday, September 9, 2011

Ariff dah 7 bulan hari ni!

Alhamdulillah, hari ni genap umur Ariff 7 bulan. Baru 7 bulan je pun. Hehe. Progress? Amat la lambat ya amats. Ummi rasa la. Dah lupa dah macam mana progress Adam dlu-dlu. Masa umur Ariff 6.5 bulan, baru dia boleh mengiring sendiri. Meniarap atas inisiatif sendiri tu taktau la bila pula. Ummi duk belek-belek kad progress Adam dlu-dlu, Ariff boleh pegang benda guna ibu jari dan jari-jari dia, kira Ok sangat la tu. Cuma, dia masih belum dapat duduk betul-betul, bergoyang-goyang je kepala dia. Maybe sebab kepala besar kot? Isk, lambatnya nak tunggu dia boleh berjalan dan bercakap. Hehe.

Wednesday, September 7, 2011

Tudung oh tudung

Adui la, cukup susah nak update blog lately. Taktau le sbb internet connection atau blog yg bengong, duk try nak update, tak boleh-boleh.

Balik raya baru ni, Ummi ada borong kain-kain untuk tudung kat Jakel. Maklum la, sale sampai mlm raya. Siang tu, Ummi bershopping. Pergi dengan Abah je, so dpt la belek-belek kain.


So, dah balik rumah ni, igt dpt la nak menjahit tudung, tapi belum sempat lagi. Penat dengan kerja rumah je. Adam hari-hari nak bawa breakfast ke tadika, so terpaksa la Ummi masak apa yg patut untuk bekal dia. Then masak bubur nasi utk Ariff pula. Last-last untuk sendiri tak masak-masak.

Weekend depan Ummi ada short course buat gaun kanak-kanak. Isk, tak sabaq nak belajar, tapi anak girl takde la pula. So, belajar untuk memenuhi ilmu di dada dlu la kot. Takpun, buat untuk anak-anak sedara girl la dlu. Info yg Ummi dapat, kelas jahit gaun kanak-kanak nanti, akan buat smocking! Yes! Dah lama nak belajar buat smocking ni, pasni tercapai la impian. Hehe.

Saturday, September 3, 2011

Raya sudah..Merdeka pun sudah

Alhamdulillah. Akhirnya harini dapat juga Ummi update blog setelah berhari-hari cubaan untuk update, tapi tak berjaya nak save. Hari ni sudah hari raya ke-5 dan Ummi sudah berada di rumah sendiri. Abah dah start keja hari ni. Actually Abah dah dipanggil oleh bosnya sejak raya ke-2 lagi utk datang bekerja.

Cerita pasal persiapan raya, Ummi dengan jayanya berjaya menyiapkan baju raya untuk 4 beranak, cuma kat part baju Ummi, takdan nak jahit manik & labuci. Ummi plan nak jahit manik semua tu masa kat kampung. Tapi, masa kat kampung, Ummi kena bertungkus lumus menyiapkan baju melayu untuk adik Ummi yang size XXXL, yg mana takde jual di mana-mana. Dia minta sgt-sgt kat Ummi supaya siapkan baju melayu dia sbb dia nak pakai sedondon dengan anak & isteri dia. So, malam raya tu dia bersengkang mata hingga 2am++ untuk siapkan baju melayu dia. Seluar tak sempat siap, so dia berkain pelikat je la. Sebelum bertolak balik ke Lumut semalam, Ummi dah potong kain untuk seluar dia. Lepas ni, pandai-pandai la dia jahit sendiri.

Bab kuih raya, haha, sebijik pun Ummi tak sempat buat. Masa Ummi banyak dihabiskan dengan menjahit seluar & baju melayu Abah. Maklum la, Ummi tak attend mana-mana kursus untuk baju melayu ni, masalah besar kat kolar, berkali-kali Ummi berpaksa buat trial-and-error. And alhamdulillah, akhirnya berjaya siap dan Abah berpuas hati dengan baru raya dia.

So, untuk tahun-tahun akan datang, insyallah Ummi akan terus buat sendiri baju melayu untuk hero-hero Ummi. Tapi, lepas ni, Ummi kena make sure buat awal, bukan last minute macam ni. Tunggang-langgang hidup, dengan nak belajar buat pola, nak menjahit lagi. Tapi, rasanya lepas ni, senang dah kot, sbb dah ada pola. Ummi dah sound Abah, jgn jadi gemuk! Sbb Ummi dah takmau fikir dah psl pola seluar dia. Lepas ni, gunting kain guna pola yang ada tu je la. Untuk anak-anak, for sure tiap-tiap tahun pola akan bertukar sbb dia dalam proses untuk membesar.

Semalam, dari A/setar, Abah drive ikut jalan lama dari SP terus ke tol Bandar Baharu. Sbb, dengar radio ERA, katannya jem kat tol Juru. Tahun lepas kita stranded kat nak exit tol Changkat Jering. Mlm tadi, smooth je traffic nya, lepas Changkat Jering baru traffic slow. Semlm, Ummi ajak singgah makan kat char koteow Sg. 2 kat Kulim-betul-betul depan sekolah lama Ummi ajar sebelum ni. Masa kat situ, Ummi terjumpa dengan 4 org x-student Ummi. And diorg datang tegur dan ucap selamat hari raya kat Ummi. Orang kata, once jadi cikgu, selamanya akan dipanggil cikgu :). Tetiba rasa mcm best la pula jadi cikgu!