Ummi baru ada mood isi tax form tadi. Hehe. Actually form utk 2001. 10 tahun dah berlalu! Dapat surat dari bulan julai lagi. Bulan lepas Ummi dah suruh Abah bayarkan {tax yg Ummi dipaksa bayar mengikut surat tersebut} utk Ummi, tapi urusan nak mengisi form asyik tergendala je sbb Ummi pening bila tgk tax form tersebut. Haha. Tadi Ummi kuatkan semangat baca satu persatu, akhirnya, berjaya gak isi tax form tu. Bila selesai isi, baru perasan, depa yg kena bayaq balik kat Ummi, sbb Ummi terlebih bayar kat potongan tax berkala tu. Haha. So, isu di sini, adakah Ummi akan dpt balik duit yg Ummi terlebih bayar tersebut + dengan duit tax rekaaan diorg yg Ummi kena bayar full? Kalau depa mau bayaq balik, kiranya Ummi cuma bayaq duit penalti je la.
Telinga Ummi still berdenyut-denyut. Perdengaran baru je terasa jelas sehari dua ni, tapi bangun tido pagi tadi, dah berdenyut semula. Bila korek telinga kiri, ada darah! Bila korek telinga kanan, ada kesan mcm kulat hitam! Adoii la, bila dapat nak p klinik ni. Naik boring dah, dah le pakar ENT tak jumpa-jumpa kat sini. Seksa wooo. Nak kena suruh panel refer pi Ipoh, jenuh la. Abah bizi ya amats!
Ayat-ayat Adam lately
- "Adam bagi cuti kat Abah, Abah jgn pergi kerja tau"
- "Abah ni asyik-asyik kerja kerja kerja"
- "Abah ni bukan nak jaga anak-anak dia, Ummi gak yg kena jaga anak-anak Ummi"
- "Adam cuti 2 hari {masa weekend}, tapi Abah tak cuti-cuti"
Malam tadi Abah balik pukul 2++am. Pergi kerjanya kul 7+am. Ummi sembang dengan Abah pasal ayat-ayat Adam ni. Abah janji malam ni je Abah balik lambat {saat ni pun blum balik-balik lagi!}, sebab nak perabihkan memo-memo dia. So, harap-harap esok dapat la Abah bawa Adam pi tesco. Tesco je pun. Bukannya tempat gempak pun. Sbb kat tesco ada tpt yg Adam boleh main. So, kat situ la Adam bakal perabis duit-duit dia main game.
No comments:
Post a Comment