Saturday, September 17, 2011
Ariff masuk wad!
Fuhh, penat! Baru discharge dari wad pukul 8pm+ tadi. Ariff muntah dan demam panas mendadak 2 hari lepas. Bawa pergi klinik panel terus diorg refer ke hospital. Disebabkan nak pergi Ipoh jauh, so terpaksa duk kat hospital sini.
Masa bawa pergi Ariff ke klinik suhu badan dia 38.5 celcius, so kena julok ubat masuk ikut punggung la. Bila kat hospital kena buat blood test dan masukkan air. Sedih dengar dia kena cucuk, melalak-lalak. Disebabkan sel darah putih dia sikit (dr blood test 2 hari lepas), doktor suggest buat lagi hari ni. Agak terkilan la, Ummi terpaksa dgr dia melalak 20 minit. Ummi tidak dibenarkan masuk tgk Ariff masa tu. Pukul 5pm, igtkan dah boleh discharge, rupanya Ariff kena buat blood test kali ke-3 sbb darah masa blood test yg ke-2 dah beku! So, tak dapat nak buat test. Kali ni Ummi temankan Ariff. Bila buka balutan kapas, terkejut Ummi. Ada 10 bekas suntikan jarum (4 tgn kanan, 3 tgn kiri, 1 kaki kanan, 2 kaki kiri). Masa buat blood test yg ke-3, 3 kali dicucuk (kaki kiri dan kanan serta tangan kanan). Yang tangan kanan ada 3 suntikan jarum. Syahdu je tgk Ariff melalak panggil 'maaaak'.
Maghrib tadi, huru-hara sekejap kat wad kanak-kanak! Dengan doktor, nurse, parents si cilik, semua duk sibuk mencari si Adam. Puas Ummi keliling dlm wad tersebut, berkali-kali pula tu! Rupanya dia duk lepak dalam bilik kuarantin. Cuak gak Ummi, apa la penyakit org yg kena kuarantin tersebut. Dengan henpon Ummi bateri kong pukul 6pm tadi (kat wad tidak dibenarkan cas henpon!). Melilau nak tukar syiling nak call Abah, bila Ummi discover ada public phone kat luar wad. Abah janji nak datang pukul 5 lebih (sebab turun ke laut). Lepas dapat tukar syiling, Ummi terserempak Abah kat pintu depan. So, meleleh la cerita kat Abah. Penat la dengan si Adam sorang ni. Sebelum jumpa dia, merata-rata Ummi cari, kat playground n kat luar wad. Bila dah jumpa Abah, Abah pula pergi cari kat luar wad. Bila dah jumpa Adam, ada India tua perempuan marah sakan kat Adam. Hehe. Sabar je la budak sorang ni. Boleh bagi Ummi sakit jantung. :o(
Abah pergi risik-risik tempat yg Adam lepak tu, rupanya pesakit yang kena kuarantin kat dalam bilik tu adalah pesakit buah pinggang! Lega!
BTW, kelas jahit gaun kanak-kanak hari ni dan esok dipostpone ke khamis dan jumaat depan. So, terpaksa la Ummi angkut askar-askar. Pnat lagi la kalau camtu.
Labels:
family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment