Dah lamaaaa Ummi tak update blog. Busy ya amats. Minggu pertama sibuk dgn orientasi. Masa tu Ariff ditinggalkan kat rumah kakak Ummi, mak Ummi yg tolong jagakan.
Minggu kedua, Ummi dah start tinggal di rumah sewa. Ummi dah angkut Ariff ke Tanjung Malim. Alhamdulillah, dapat la pengasuh untuk Ariff. Walaupun makcik tu tgh jaga 7 org budak lain, terpaksa la juga Ummi nekad serahkan Ariff untuk dia jaga. Sebab dah tak jumpa pengasuh n taska yang lain. Puas pusing-pusing. Yang jumpa pengasuh, Ummi kurang berkenan. So, terpaksa la nekad. Sebabnya mostly kelas Ummi start petang. Ada yang pukul 3pm, ada yang 4pm. So, Ariff la orang yg paling lambat sampai n paling lambat balik.
Minggu ketiga, hidup Ummi makin serabut. Ariff kena chicken pox. Dia dapat dari anak kawan Abah yang masih berparut dengan chicken pox. Biasa la, budak sebaya, masing-masing jari penuh dgn air liur then masing-masing duk sentuh satu sama lain. Akibatnya, Abah terpaksa ambil cuti kerja 4 hari. Kawan janji nak balik sama ke Tanjung Malim, tak dtg pick up Ummi, so Abah kena rush hantar Ummi hingga kena speed trap dan Adam pula demam.
Lepas kelas pukul 10mlm khamis, Ummi naik train ke Batu Gajah pukul 10.50pm. Sampai Batu Gajah 12.30am. Ummi terpaksa singgah kat stesen Batu Gajah untuk ambil Adam yang demam. Then ambik train yang lain pula untuk ke Parit Buntar pukul 2.30am, tambah pula dgn train delay bagai. So, Ummi jejak Parit Buntar pukul 6am. Bila sampai rumah kakak, tgk chicken pox Ariff dah kering, tapi tak berapa banyak macam Adam kena 2 thn lepas. Then badan Adam panas mendadak plak. Lepas makan ubat, suhu badan Adam cool down. Jumaat petang, Ummi decide nak balik ke Lumut pada Sabtu. Malangnya, lewat petang baru discover ada bintik-bintik merah kat tapak kaki n tangan Adam. So, plan terpaksa diubah lagi. Ummi balik ke Tanjung Malim terus dr sini.
Nampaknya Adam terpaksa Ummi tinggalkan dengan Ariff. Kalau dah semua sihat, insyallah next weekend Abah datang ambil diorg. Ummi tak boleh balik next weekend, ada perjumpaan dengan fakulti ler pula. Minggu lagi satu, lecturer buat kelas ganti pada hari Jumaat. Banyak menda tak settle lagi. Assignment berlambak-lambak belum start tgk. Penats!
No comments:
Post a Comment