Tuesday, July 3, 2012

Hangin satu badan hari ni

Out of topic jap, tak penah-penah Ummi merepek kat blog, tapi hari ni dah sampai tahap max!
Semlm Ummi call bank Islam nak reset password, org customer care tu cakap server diorg down, suruh Ummi ke cawangan. Ok, fine! Ummi malas nak pergi sebab malas nak ngangkut si Ariff. So, hari ni Ummi call lagi! Berangkat, tu pun berminit-minit mcm semalam. Ok la, maybe bizi. So Ummi bagitau nak reset password, minah customer care minta alamat, nama mak, and buka cawangan mana. So, Ummi bagitau je. Dia cakap, salah info, and suruh Ummi ke cawangan!
Ummi terus angkut Ariff ke cawangan.  Sampai sana, Ummi bagitau nak reset password. Perempuan yg assist tu suruh isi form. Bila dah isi form, kena la tunggu turn. Bila turn Ummi, dia print la segala bagai maklumat Ummi, baca dari mykad Ummi, and minta Ummi ambil no utk next turn kat kaunter. Sampai kaunter, Ummi bagitau nak reset password! And minah kat kaunter tu refer kat manager dia ke apa ntah. And seorang lelaki, may be manager dia dtg kat Ummi, ckp yg tu kerja customer care. Ummi explain yg customer care suruh datang cawangan. Sebelum ke kaunter, Ummi check, alamat Ummi masih lagi di Butterworth, so Ummi minta buat change address. May be sebab tu minah kat customer care cakap maklumat yg Ummi bagi thru phone tu salah. And Ummi minta gak, check cawangan yang Ummi buka!. Dia bgtau, OK sama seperti yang Ummi bagitau kat customer care thru phone. Lagipun, Ummi ada slip bank masa Ummi activate kad bln 1 hari tu tertera nama cawangan tersebut.

Si manager, minta lak seorang lelaki layan Ummi. Lepas Ummi explained bagai, dia cakap, sepatutnya Ummi kena call sendiri. Tapi, dia baik hati masa tu, dia yang tolong callkan, & macam biasa, berminit-minit kena tunggu. Then dia pass phone kat Ummi, bila sampai bab soalan security, dia tanya address, Ummi bgtau Ummi baru je update address. And apa yg Ummi bgtau masa tu, betul la kot. Then dia tanya nama mak, yg ni mmg tak dapat dinafikan lagi. Bila dia tanya cawangan mana, Ummi bagitau la, cawangan yang Ummi buka akaun tu thn 2008! Tapi dia cakap SALAH!, and dia minta no kad atm Ummi. So, lepas la, dapat reset password walaupun soalan psl cawangan buka akaun tu silap!

Then Ummi bagtau la kat mamat yg tolong Ummi, psl Ummi penah buka akaun bank islam thn 1990, tapi masa Ummi nak buka akaun utk gaji 2008, minah kaunter bagitau akaun Ummi tu dah ada pengguna dari BM. Mungkin berbelas tahun tak guna, so bagi kat org lain kot?. So, adakah bank tu masih ambil kira akaun yg Ummi buka pd thn 1990, padahal realitinya akaun yg Ummi guna sekarang Ummi buka masa thn 2008! Serius Ummi tak puas hati.

Masa nak buat pin no kat atm, cubaan yg keempat utk register pin no baru menjadi! Apa kes? Amatlah tak puas hati. Balik rumah, nak login. Haaa, ni nasib baik minah customer care tu ckp click kat Forget ID and Forget Password. Ok, yg ni masa click forget ID, success la walaupun pop-up windows berjuta yang terpa! Hangin OK, still mcm 2008! Interface yg ntah apa-apa, font and design macam budak 1st year yg buat. Bila windows pop-up menerpa, Ummi main klik delete je la, serabut OK!. Then bila duk delete, window hilang le pula, pastu Ummi login la semula, after 3 times, akaun kena blocked! Haiya, lagi ku hangin! Call customer care utk 3rd time hari ni, explain bagai, then mamat customer care reset lagi. So kena terpa ke atm lagi sebelum 12 tgh mlm! Masa mamat tu tanya buka cawangan mana, Ummi explain le, then dia bgtau cawangan tu adalah cawangan akaun yg Ummi buka thn 1990! Pelik gile, tu cawangan akaun dah lupus dah tu!

Bila dah dpt pin baru, Ummi masukkan password, sekali dpt error, password tak compliance dgn bank security!! Apa nih? Puas Ummi cari, tak jumpa lak kat mana dia mention psl compliance ni. So, terpaksa la call lagi sekali utk 4th times, and tanya mcm mana compliance dgn bank security depa tu!! Adoii, serius Ummi hypertension skrg ni. Bila dah compliance, still tak boleh nak access gak, asyik duk suruh pilih icon security ke menda ntah, padahal Ummi mmg guna IE! Penat. Kalau la elaun Ummi tak masuk thru bank ni, Ummi takmau guna internet banking nih. So, terpaksa la tunggu utk login guna netbook Abah plak. Geram!

No comments: