Monday, October 29, 2012

Adam's 6th birthday

Adam officially berumur 6 tahun pada 27 Oktober, sehari lepas Hari Raya Haji. Dah besar anak teruna sulong Ummi ni.

Ummi tak dapat nak celebrate birthday Adam pada 27hb tu sebab berulang-alik Alor Setar-Kangar-Alor Setar. Lagipun kalau buat kat Kangar- rumah Abah, takde saper. Jadi Ummi buat celebration birthday dia pada 28 Oktober di Alor Setar-di rumah mak Ummi. Excited sangat dia sbb dapat celebrate dgn bff dia aka cousin yang sebaya dengan dia.

Cadangnya Ummi nak beli kek boboiboy, tapi pukul 9am baru gerak dr Kangar ke Alor Setar dan nak kejar masa sbb kakak Ummi nak blk ke rumah dia, so main ambil je la kek apa yang ada kat kedai tu. Tu pun sharp 10am Ummi tunggu depan kedai, tunggu kedai kek buka. Dapatla sebiji kek ben10 pilihan Adam.

Untuk hadiah birthday Adam, Adam dpt pc tablet yg kedua. Yang pertama Abah bagi sempena Adam berjaya berpuasa 10 hari masa ramadan baru ni, tapi dah pecah skrin malam rabu lepas.

Happy 6th Birthday buat Adam, buah hati Ummi.
Semoga menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat
Tiap kali dengar Adam baca surah yasin, terasa sejuk hati Ummi.


Thursday, October 18, 2012

Buku jahitan baru

Mlm ni Ummi rajin update blog. Sepatutnya mlm ni Ummi dah berada di Lumut, tapi lecturer buat kelas ganti le pula. Pagi dan petang esok pula tu. Ni ganti masa cuti hari Malaysia haritu dan semalam lecturer kensel kelas sbb dia ada meeting! Ummi dah bagitau Adam Ummi balik hari ni. Kasihan Adam duk tunggu Ummi yg tak balik-balik lagi ni.

Sabtu baru ni, lepas balik dr Bkt Tinggi, Ummi merayau ke Jln TAR. Nak cari buku teks untuk buat analisis, tapi dalam duk pilih buku tu, terpandang la sebuah buku yang selama ni Ummi duk cari-cari. MPH online pun takde stok dah buku ni. So, apa lagi, terus la Ummi ambil.
Tatacara Jahitan Gaun untuk si Manja
Oleh Tatiana Vidi 
Then Ummi tanya asssistant kat situ buku blaus author yg sama, trus je dia ambil dan bagi kat Ummi. And Ummi pun terus la pergi queue. Amat berpuas hati sebab dah lamaaaaaaa cari dan dah jumpa. Buku-buku ni Ummi beli di Pustaka Mukmin.

Tatacara Jahitan Blaus yang menawan
Tatiana Vidi

Masa ke rumah SIL, dia minta nak tgk buku apa yang Ummi beli. And dia pun terpikat dengan buku blaus ni. Sebab ada step by step macam mana nak buat blaus. Dia pun akan pergi beli nanti. Walaupun SIL Ummi tu Ketua Penolong Pengarah, dia tetap jahit baju sendiri dan utk anak-anak dia. Kiranya kitorg ni share hobi yang sama la.

Assignment Ummi bersepah-sepah belum siap. Tadi group Ummi kena buat presentation. 2 more to go Selasa nanti. Then kelas sampai Rabu, terus balik Lumut and balik kampung. Excited. Sbb dah banyak kali beraya haji di perantauan. Hik3.

Jalan-jalan ke Bukit Tinggi

Jumaat lepas, plan nak berjalan-jalan tgk tempat org jadi kenyataan setelah berkali-kali plan. Last week Abah tak standby, Adam dah habis final xm dan Ummi tak bz. Sebelum ke Bukit Tinggi tu, subuh Khamis, Ariff melalak sampai pucat. Sekali dgn Ummi melalak sbb taktau nak buat apa.
Seblm tu, tgh Ariff sedap-sedap tidur, dia termuntah membuak-buak, berkali-kali pula tu. Tgh malam, Ummi perasan badan Ariff semakin panas. Ummi bg dia makan ubat demam pukul 1.30am. Pukul 6pg dia melalak non-stop. Ummi call klinik pukul 6.15am, takde org angkat, whatsapp tanya kawan-kawan kat mana klinik 24 jam area TM ni, takde sapa yang tahu. So, Ummi buat decision untuk cari klinik di pekan TM. Malangnya takde satu pun yg buka. Masa kat pekan TM, housemate call bagitau klinik kesihatan TM buka 24jam (dia tanya lecturer sebelah rumah ni). So Ummi terus la ke sana dan terus ke Emergency. So, Ariff kena juluk ubat ke punggung la sbb panas sgt.

So, masa ke Bukit Tinggi tu, Ariff asyik merengek je la. Badan tak sihat, muntah dan cirit pula tu. Kat sana, kitorg stay kat Colmar Tropicale. Kali ni, baru betul-betul dikira "bercuti" walaupun Ariff takde mood.

Tempat pertama yang dituju sebelum check in adalah Japanese Village. Masa sampai tu hujan. Tapi kami naik juga, masing2 bawa payung. Masa nak naik, semput gak la.

Japanese Village
Japanese Village

Habis merayap, baru check in kat Colmar. Banyak juga la aktiviti yang boleh dibuat di sini. Adam macam biasa la, layan game dan swimming pool. Waktu mlm, 2 kali kitorg turun layan show free kat bawah, siap ada pertunjukan magic, tu yg Adam suka, siap bergambar lagi.
 
Merengek je budak ni sbb muntah dan demam. Apa pun taknak makan, minum jus saja. Anak tekak bengkak
 
 The next day, tgh syok duk breakfast, datang geng-geng berkuda. Geng-geng berkuda tu lalu betul-betul sebelah meja kitorg.  Ayat Abah masa tu "Mcm Mahathir"..Ummi masa tu tgh duk teropong kamera, then Ummi pun cakap la " Mmg Mahathir pun"..keliling bodyguard dia masa tu.

Tun Mahathir senyum kat Ummi masa Ummi snap pic ni
Ni lps Abah lambai kat dia, and dia balas lambaian Abah!

Agenda tak boleh ditinggalkan..mandi kolam!
Adam..yg over excited!
Tempat Adam pilih untuk bergambar, krismas tree, belakang tu crew2 8TV kalau tak silap Ummi..tgh prepare nk buat shooting


 
Satu malam je kat sini. The next day tu, hujan lebat ya amats. Nasib baik hari seblm tu dah berjalan2 dah walaupun banyak tempat yang tak pergi, spt animal farm, sebab hujan. So, kitorg menghala ke Bukit Persekutuan le pula, rumah SIL untuk bermalam di sana.