Monday, May 20, 2013

Kursus lagi..manik crumble dan dress

Malam ni Ummi gigih nak update pasal aktiviti hobi Ummi. Kalau Ummi tak curi masa update hari ni, rasanya hujung bulan depan baru Ummi berkesempatan untuk update blog. Terlalu banyak hal yang perlu diselesaikan sebelum hujung bulan depan.

Kursus Manik Crumble (11/5/2013)
Last weekend, Ummi curi masa pergi kelas manik crumble. Tu pun puas duk minta izin kat big boss. Kurang 24 jam baru Abah bagi permission. Nasib baik untuk kelas tersebut, masing ada kekosongan. So, kira Ummi walk in je la. Bayar yuran on the spot and terus belajar.

Untuk kelas manik crumble ni, ada 6 jenis pattern yang akan diajar. Malangnya, disebabkan Ummi terkial-kial, maka Ummi dapat buat 3 sahaja.

Warna caca marba..ikut suka je Ummi buat

Yang ni pula, tak balance kiri dan kanan. Takpa, practice makes perfect. Lepas ni kena selalu buat la.

Yang ni, yg mula-mula Ummi buat.

Kursus Jahitan Dress (18/5 - 19/5/2013)
Untuk kelas jahitan dress ni pula, Ummi request masa kelas peplum last month. So, bila dah ada kursus ni, Ummi wajib join la.

Macam biasa, Ummi tak dapat nak attend kelas ni di awal pagi. Sebab kat sekolah, ada kursus LADAP. LADAP habis jam 12.00 tengahari, then Ummi terus pecut ke kelas dress ni pula. Tapi Ummi sempat belajar 3 jam je sebab Abah nak kena masuk site ler pula. Jadi, Ummi sempat buat pola je la.

Pola yang sempat dibuat masa 1st day

Pola yang dah siap dipotong. Cikgu tak ajar cara bergerigi mcm n. Cikgu ajar potong dan tampal kat pola baru.

Abaikan kain harimau Ummi ni. Kain ni Ummi nak buat peplum. Actually nak buat dress kain plain, tapi tak sempat nak pergi beli. So, guna je apa yang ada.

Cara nak potong kain. Masa kat rumah Ummi duk pusing-pusing kain nak letak pola. Yang ni masa 2nd day class.

Dah selamat di potong

Siap dipotong.

Lengan

Lepas dikedutkan, lengan balik ke saiz asal.

Setakat ini je yang mampu Ummi buat. Teramat rasa bersalah nak jahit terus dress ni. Sebab banyak kerja yang tengah pending. As long as, Ummi dapat ilmu dan ilmu bertambah sedikit, jadi lah. In shaa Allah, dress ni Ummi akan cuba habiskan hujung bulan depan.

No comments: