Siang tadi, target utama nak cari rumah sewa untuk Ummi di Tanjung Malim. Pukul 11am bertolak dari Concorde Shah Alam ke Klang. Sebab Abah nak beli tayar kereta dulu. So, lepas beli tayar 2 biji, terus bertolak ke Tanjung Malim melalui NKVE, pastu masuk PLUS. Sampai Tanjung Malim sebelum solat jumaat.
Mula-mula, cari kampus kat Proton City. Alhamdulillah, selamat sampai. Then, next step cari rumah sewa. Masuk ke perumahan proton city. Pusing-pusing, jumpa la rumah yang nak disewakan. Lepas call, rumah orang dah booked. Melilau cari, tapi takde yang ada. Terjumpa satu rumah banglo. Perasan la sikit, lupa diri sekejap. Ummi pun call le. Lepas call Ummi tu di pass sana sini, akhirnya orang tu bagi no untuk di call. Disebabkan orang yang nak di call tu lelaki, Ummi pass kat Abah. Rasanya Ummi orang tu agent rumah la kot. Lepas Abah explain yang Ummi yang cari rumah sewa, mamat tu selamber je cakap kat Abah "Orang mcm kita ni, tak layak duduk rumah tu!" Hahaa..tergelak besaq Ummi. Dia tatau Abah tu sape? Bakal CEO tu. Haha! Nak pecah perut Ummi gelak, kesian kat Abah. Seumur hidup Ummi akan ingat ayat mamat tu. Mamat tu ckp dia terkejut dpt call, sbb dah 3 thn depa advertise tapi takde sorang pun yang call. Rumah tu bukannya furnished pun, tapi dia nak sewa RM3500. Mamat tu siap explain kat Abah ' kalau letak 1 biji katil, masih ada ruang yang luas lagi!' Ceh!!!! berkali-kali ceh!
Then, melilau cari rumah lagi, masuk taman bernam, taman segar dan segala macam taman. Sampaikan Adam dah jerit-jerit lapar. So, nak jaga hati Adam yang lapar, terpaksa la belanja KFC. Tu pun makan dah pukul 3.15pm. Lepas makan, melilau lagi, serius penat. Sampai ke Sekiah apa ntah, kawasan perumahan baru, tapi jalan nak masuk menggerunkan. Tapi still takde yang available.
Lepas cari tak jumpa-jumpa, Abah ajak bermalam kat Tanjung Malim je. Sebab nak sambung cari lagi esok. Sebelum tu, Ummi dah pergi tgk 1 rumah kat Taman Segar, tapi agak kurang berkenan. Sbb rumah sempit plus porch untuk park keta sempit. So, sebelum nak balik semula ke rumah yang 'kurang berkenan tu' sbb dah give up (ingat nak terus ambil je rumah tersebut), singgah la satu taman di hadapan Taman Segar. Lepas pusing-pusing, akhirnya, pukul 7++pm, Ummi dapat satu rumah yang baru! Rumah yang belum pernah dihuni, bersebelahan dengan rumah lecturer lak tu. Lepas masuk tgk rumah, terus Ummi decide nak ambil rumah tersebut. Sewa RM600. Lega ya amats, lepas ni nak kena cari nursery untuk Ariff lak. Abah dah sembang dengan orang depan rumah, orang tu cakap ada nursery kat area tersebut.
Hari ni, bateri hp Ummi kong, list kat handphone penuh dgn no handphone ntah sapa-sapa yang Ummi call. Pagi tadi, Ummi dah charge full, tapi boleh abis lak tu. Rasa bersalah kat anak-anak. 12 jam diorg kat dalam kereta. Pukul 11pm baru sampai rumah. Terima kasih teramat sangat kat Abah yang sudi bawa Ummi cari rumah sewa. Syukur dapat suami yang begitu baik hati! Tadi bila Ummi cakap kat Adam "Sori ye anak-anak Ummi", Adam tanya "pasal apa Ummi ckp sori?". Hmm.
No comments:
Post a Comment