Monday, January 9, 2012

Jalan-jalan ke Shah Alam

Cerita basi, tapi nak tempek juga. 4hb baru ni, Adam start masuk tadika 6 tahun. Plan Abah haritu, bertolak ke KL pukul 3pm, tapi tertunda jadi pukul 5pm. Kalau la Ummi tau akan tertunda, sure Ummi dah hantar Adam ke kelas KAFA petang tu.

Pukul 5++pm baru bertolak dari rumah. Masa lalu kat tempat students Ummi eksiden hari tu, gerun gak. Hari tu, sampai ke Concorde Shah Alam hampir pukul 8pm. Lepas check in, terus keluar dinner kat area Seksyen 9 saja. Keesokan harinya Abah ada meeting kat Klang. So, Ummi stay kat hotel dgn Adam dan Ariff. Masa Ummi tengah duk bersiap-siap nak keluar lunch, Ariff jatuh dari katil. Tertiarap. Hidung dia berdarah-darah lagi. Cuak gak, nak bagitau Abah, takut.

Ariff selepas jatuh dari katil hotel

Lepas Abah balik dari meeting, terus ke Mid Valley untuk lunch. Masa dalam kereta baru Ummi bagitau yang Ariff jatuh katil sampai hidung berdarah.

Lepas lunch, Abah mimpi apa ntah. Dia beli tiket wayang 1 love Papa. So, terpaksa la layan cerita tu. Adam macam biasa la, time cerita ditayangkan, naik turun tangga je dia kerja dia. Nasib baik ada beberapa couple je yg layan citer tersebut. Tu pun duk row belakang sekali. Diorg duk buat wayang la kot. Ariff tak habis-habis melalak. May be kesejukan kot. Abis wayang, rush ke hotel nak elakkan jem. Plan nak mandi kolam tak menjadi. Elok sampai swimming pool, hujan pun turun. Kasihan Adam dan Ariff. Dah siap pakai swimming suit lagi.

Plan Ummi ajak Abah stay lagi satu malam kat hotel malam tu menjadi kenyataan la. Setelah sekian lama, dapat juga ke i-City. Memang perabih duit Abah la kat i-City ni. Adam je yang duk naik turun main kat situ. Ada gak Abah temankan dia. Masa kat i-City, dinner kat Al-Rawsha. Aduh, tak kena tekak betul la. Ada yg tawar, ada yang masin, Ummi pun tatau la macam mana depa rasa. Failed betul la.


Jumaat pagi baru Adam dan Ariff dapat mandi kolam. Tu pun sekejap je. Pukul 11am dah check out untuk ke Tanjung Malim.

Esok Adam akan pegi tadika untuk hari ke-2 dan kelas KAFA yang pertama untuk tahun ni.

No comments: