Monday, January 9, 2012

Ariff dah 11 bulan hari ni!

Hari ni Ariff genap 11 bulan. Makin lasak, merangkak dah la laju, merayap sana sini tanpa henti. So, solution nya, kena la duk dalam baby cot. Hari ni Ariff sambut umur 11 bulan dengan hidung yg luka sebab jatuh katil masa kat Concorde khamis lepas. Malam semalam baru bawa jumpa doktor, doktor cakap, pernafasan dia OK, so tak perlu bimbang. Lepas ni kulit hidung dia akan bertukar dan dia akan kembali normal. Harap-harap gitu la.

Lepas doktor explain bagai, baru Ummi tau yang tumbesaran hidung akan terhenti bila umur 19 tahun. Time tu, kalau hidung patah ke apa, dah tak boleh buat apa ntah. Hmm. So, bila jatuh terkena hidung time baby, selagi pernafasan dia OK, tak perlu bimbang, sebab takde tulang lagi kat hidung tu. And baby makin membesar. Betul ke?

No comments: