Saturday, July 28, 2012

Buku baru dan cerita mesin jahit tepi

Sahur pagi tadi, dah plan dengan Abah. Hari ni nak tangkap mesin jahit tepi. Tertunda berminggu-minggu lamanya. Time weekdays tak dapat nak pegi beli, sbb Abah kerja balik dah maghrib / malam. Kedai semua tutup 6.30pm. Time weekends, tak pernah nak lekat kat rumah sejak akhir-akhir ni. Cuma hari ni je lekat kat rumah, sbb Abah standby minggu ni.

Malam tadi, Ummi dah surf dah pasal mesin jahit tepi yang ada stok kat Singer sini. Mesin jahit tepi 5 benang. 4 benang, kalau order ambil masa 1 week. So, malam tadi dah decide nak beli yg 5 benang ni la. sebelum terjah kedai Singer, Ummi ajak Abah singah satu kedai kat pekan Sitiawan. Tokey tu recommend brand Laike! Serius Ummi tak pernah dengar nama Laike tu. Untuk 4 benang, dia bagi harga RM1500. Dia paksa letak deposit RM50 walaupun Ummi belum buat decision lagi masa tu. Tokei tu cakap, kalau tak jadi beli, datang semula ke kedai, RM50 tu boleh buat beli barang-barang jahitan. Sebelum keluar kedai, Ummi beli satu buku yang dah lama Ummi cari termasuk kat mphonline yang tengah takde stok (tapi diorg tak reply pun email Ummi!). Haish!.

Pakaian Tradisi Melayu / Malay Traditional Attire by Rosita Jaafar
Harga RM44
Bagus la buku la, mcm-mcm ada..tak rugi membelinya.. walaupun buku yang Ummi beli ni dlm keadaan tak berapa baik
Then ke kedai Singer. Orang kat kedai tu cakap kalau mesin 5 benang, boleh guna 3 or 4 benang. Tapi tokei kedai yang satu tu lagi ckp, kalau mesin 5 benang, boleh guna 5 benang sahaja! Waa, fakta sudah bercanggah.

Sebelum decide nak beli, Abah terus drive ke kedai lagi satu. Nak amik yang Laike tu. Tapi dalam hati Ummi tak berapa nak like pun. Tak sedap hati. Abah suruh Ummi buat decision sendiri. Akhirnya, Ummi terus ke kedai yang dah bayar deposit tu, Ummi ambil buku di bawah ni buat ganti deposit tersebut.

Seni Jahitan Pakaian Kanak-kanak by Rosita Jaafar
Harga RM48.50
Insyallah, akan dipraktikkan ilmu dari buku ni suatu masa nanti
Then ke kedai Singer semula. Nekad, Ummi ambil mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang. Harga cash RM2395. Kalau mesin 4 benang harga RM2345, beza RM50 sahaja dan tiada dalam stok pula tu. Ummi ada baca kat internet, kalau buat 3 kali payment kat Singer, tapi harga mesin macam cash. Abah yang tolong tanyakan pasal ni. So, apalagi, Ummi buat la 3 kali payment. Mesin tu Ummi akan dapat Rabu ni, kena ikut turn, sbb ada 2 org yang dah beli sebelum Ummi, belum dihantar pemasangan lagi.

Baru-baru ni, Ummi ada selongkar rak buku, cari buku nota jahitan Ummi. Masa Ummi kat Tanjung Malim, Abah ubah mesin jahit dan alat-alat jahit Ummi. Masa tengah cari kat rak buku tu, tup-tup, Ummi terjumpa satu plastik MPH. Waa, rupanya dalam tu ada 2 buah buku. Buku-buku yang Ummi beli masa ikut Abah ke KL 3-4 bulan lepas.

A-Z Jahitan Smoking

Koleksi Langsir Terbaik Mudah dan Jelas by Noraini Margono
Harga RM9.50
Dalam buku langsir ni lebih kurang apa yang Ummi belajar masa kursus tahun lepas
Tak sabaq la nak tunggu kedatangan mesin jahit tepi nih!

2 comments:

NabilaHasyim said...

Salam.
Dah ada 5 benang? saya pon bru dengaq ni..

hr ni bru nk decide 3benang ke 4benang, tup2 jupa blog ni, hehe.

ada review ttg mesin ni?

best tak guna?

azkin said...

Salam NabilaHasyim,
Kalau x silap sy, mesin jahit tepi singer 5 benang ini ada di pasaran sejak hujung tahun 2011.

Saya jarang guna, sekali sekala je guna, so bagi saya, mmg takde masalah la setakat ni n saya guna pun utk basic2 je..setakat 3 benang, sbb tak sempat nak explore lagi (sibuk dgn study)

Pasal review..nak kena surf la kot...:)