Thursday, April 18, 2013

Kursus Jahitan Kurung Peplum

Pola baju princess cut - silap lakar kat dart/lisu
Ummi join kelas jahit peplum 2 minggu lepas (6 Apr 2013). Masa Ummi daftar kursus jahit peplum ni, Ummi tak ingat langsung ada aktiviti kat sekolah. Lepas register, baru Ummi perasan ada koku kat sekolah, then sambung dengan kursus LADAP. Jadi, Ummi datang kelas jahit dah tengahari, hampir jam 1 petang. So, hasil pembelajaran yang Ummi dapat hanya dapat buat pola sahaja. Sebab hari kedua Ummi memang tak dapat pergi sebab ada family day stesen tempat Abah bekerja.
Tumpang ambil gambar hasil kerja orang depan Ummi, untuk rujukan mcm mana nak potong kain

Pola kain - line pun tunggang langgang, dah jadi double line, baru tau mcm mana buat kain duyung
Selalu duk belek buku je, skrg dah tau la nak potong pola princess cut ni
Masa nak lakar pola, rupanya pola tersebut tak sama mcm yang Ummi duk surf kat internet. Agak rumit la sikit. Macam nak buat kembang skirt A-Line gitu. Apa-apa pun Ummi dapat la ilmu sedikit selama 1/2 hari tersebut. Masa lunch hour Ummi sempat la merayap cari kain lycra nak buat peplum ni. Tapi, sampai sekarang masih duk kain mcm tu gak la. Entah bila dapat nak operasi pun taktau la.

2 comments:

Anonymous said...

Kat mana blajr buat peplum tu?

Anonymous said...

nape xleh nmpak lukisan/gambo