Tuesday, May 31, 2011

Stand mixer Ummi & TV baru Abah

Ptg semlm tetiba Ummi tersurvey stand mixer kat internet. Dalam duk surf tu terjumpa link redeem point kat maybank2u. So, apa lagi, berkobar-kobar Ummi nak pegi redeem. Maklum la tak bekerja dah lebih 6 bln. Mana ada income. Redeem point je la. Ummi pilih stand mixer ELBA yg perlukan point 26000 points maybank. Plus another 1 year warranty, kena la serah 26800 point. Ada lagi balance lebih 25000 point maybank Ummi.

Pagi tadi pukul 11am++, Ummi angkut Adam & Ariff pegi Senheng. Malangnya mixer tu takde stok la pula kat Senheng Seri Manjung & Sitiawan. Lps staff Senheng check, dia bgtau stok ada kat Senheng Ayer Tawar je. Tu pun satu je. Hehe, Ummi taktau le pulak mcm mana nak pegi Ayer Tawar. Kena minta tolong Abah le pula.

Destinasi Ummi seterusnya ke Sitiawan. First time pegi sendiri. Harap-harap tak sesat la time tu. Sbb Ummi penah sesat masa nak blk ke rumah dr PPD. Akhirnya Ummi berjaya sampai ke kedai yg jual bahan kek. Melayang RM124 kat situ je. Then ke Giant, ke Billion and ke Big Ten.

Maghrib Abah blk, then dinner, trus ke Senheng Ayer Tawar nak redeem stand mixer. Hehe. Alhamdulillah dpt gak akhirnya. And Abah dpt tv LED 47" baru sempena birthday dia. Hehe, dia yg beli, dia sendiri la yg bayar. Ummi mana ada duit. Awal thn lps dah beli LCD tv 42". Sbb apa Abah beli tv baru? Sbb tv kat dlm bilik Ummi ni ikut suka nak "padam" je. Abah pon join redeem point dia 140000+. Balance yg tinggal less thn 200 je.

Blk dr Senheng, Ummi singgah Giant lagi sekali utk beli telur & horlicks. Hajat dihati nak buat kek lapis pua kumbo tp takde acuan je plak. So esok terpaksa la Ummi terjah kedai yg jual frame tingkap le plak. Seb baik Abah bgtau ada kedai yg jual frame tingkap aluminium kat area rumah kitorg-dlm 1 km je. Harap-harap menjadi la kek lapis Ummi pasni. Kira punya kira, hari ni duit Ummi melayang RM280+. Majoriti habis beli bahan buat kek/cupcakes/homemade coklat je. Abah kata ambil je duit dr akaun dia. Tunggu apa lagi..kerjakan je la. Haha.


Stand mixer baru Ummi
Elba Stand Mixer ELB-ESMB9925SS - 300W. 5 speeds. Turbo control and safety function. Steel dough hooks and beaters included.
26,000 TP HotSpot (SNHS1153)
HotDeals: 14,000TP + RM70 (HSN0153)
Harga SenHeng RM139

TV LCD 42" lama Abah brand Samsung telah diangkut naik ke bilik tidur

TV 29" Abah masa zaman bujang telah dikeluarkan dr bilik tidur.


Antara bahan2 utk buat kek/cupcakes/coklat yg Ummi beli td.

Sunday, May 29, 2011

Kudapan petang - kuih gunting

Dah lama dah nak buat kuih gunting ni. Hari ni baru berjaya. Tu pun lps goreng bihun. Btw, hari ni birthday Abah. Happy birthday to Abah. We love you always.

Ok, back to cerita kuih gunting ni. Dulu-dulu masa kecil, mak selalu buat kuih ni. Senang saje. Guna je mesin pasta tu..kejap je jadinya. Tak perlu guna gunting pon. Hehe.

Ummi guna resepi dr internet je. Belum roger mak kat kampung utk tau resepi mak punya. So, ini resepinya.

Bahan-bahan

1.5 cawan tepung gandum
6 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
3/4 sudu kecil serbuk jintan manis
3/4 sudu kecil serbuk jintan putih
secubit garam
1.5 sudu besar minyak masak
100ml air (boleh ditambah atau dikurangkan mengikut adunan tepung)
sedikit daun kari dipotong kasar
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara
1. Blend cili kering untuk dijadikan serbuk.
2. Tuang cili kering kisar, jintan manis dan jintan putih ke dalam tepung.
3. Masukkan garam, minyak dan daun kari. Gaulkan.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan kenyal seperti doh kulit karipap.
5. Canaikan guna mesin pasta. Potong pun guna mesin pasta juga. Sapukan minyak pada setiap helaian tepung utk elak tepung daripada melekat antar satu sama lain.
6. Goreng dalam minyak yang banyak. Bila dah garing angkat dan sejatkan.

p/s credit to Adam sbb tolong Ummi kendalikan mesin pasta.

Happy birthday to my soulmate

Happy birthday to my love!


I Love You!


Nak flashback masa Ummi kenal Abah dlu2. Ummi kenal Abah masa umur Abah 15+ thn. Sekarang sudah 34 thn. Sudah18 thn Ummi kenal Abah. Masa tu Ummi & Abah sekelas masa form 4. Hehe, syok sorang-sorang tp ada jodoh gak akhirnya. Harap jodoh Ummi & Abah berkekalan sehingga akhir hayat. Amin.

Oven/Microwave Cover, Toaster Cover and Pillow Cover

Balik belajar menjahit semlm, mood Ummi hanya utk menjahit. So, lebihan kain dr kemeja & kain yg Ummi belajar tu, Ummi transformkan jd cover oven. Boleh gak jd cover microwave.


Ni hasilnya. Sekejap je boleh siap.



Setelah diperagakan.

Then sempat Ummi jahit toaster cover. Agak tak kemas sket toaster cover nih. BTW, kira ok la dr Ummi duk cover dgn kitchen tissue selama ni. Hehe.
Toaster cover

Ni Ummi selitkan juga sarung bantal Adam yg Ummi jahit last 2 weeks.
Sarung bantal Adam

3 days short course: Menjahit kemeja wanita & kain 'A-line' part 2

Semlm 1 hari Ummi attend kelas menjahit utk hari ke-3 (terakhir). Alhamdulillah Ummi dpt ilmu yg diinginkan dgn baik sekali. Ummi dah dpt ilmu dr A-Z mcm mana nak buat kemeja wanita & kain A-line. Mmg agak rumit dgn yoke, plaket, kaf & kolar. Lepas ni boleh la Ummi praktikkan utk kegunaan sendiri.



Ini lah hasil tgn Ummi - kemeja wanita & kain A-line


p/s TQ Abah sbb tolong jagakan hero2 utk Ummi semlm.

Friday, May 27, 2011

Camry Digital Kitchen Scale sah menjadi milikku

Akhirnya dpt juga Ummi beli scale ni. Pagi 2 hari lepas Ummi dah pegi Cosway nak beli scale ni tp takde stok pula. So, Ummi order la dulu. Salesgirl kat Cosway tu ckp Jumaat call blk. So td pagi pukul 11am Ummi call + pegi Cosway tp scale ni belum sampai. Ptg Ummi call lagi tp tak berjawab. Mlm Ummi angkut Abah pegi terjah Cosway. Nasib baik dah sampai. So trus je la menjadi hak milik Ummi. Esok lps kelas menjahit baru Ummi nak start test scale ni.

Thursday, May 26, 2011

Crystal Crown PJ revisited

Sudah lama Abah tak outstation. Ummi agak dlm 3 weeks kot. Kali ni Abah ada meeting lagi, So, kali ni kitorg stay kat Crystal Crown sbb Cititel dah full. Kat Crystal Crown yg ada cuma junior suite je, so Ummi tak pegi mana2 la. Stay kat hotel je. Kalau kat Mid Valley, confirm Ummi shop2.Hehe. Lepas meeting trus blk Manjung. Abah tak boleh tinggal stesen lama-lama. Lagipun Adam ada exam esok. Hari ni punye exam Cikgu Adam ckp bawa ke esok. So, esok Adam ada exam Jawi, Arab & Maths. Good luck Adam! Harap2 Adam dpt no. 1 mcm ujian bln 3 baru ni. Byk janji yg perlu Abah tunaikan kalau Adam dpt no. 1. Tak sabar Ummi nak tunggu cuti sekolah sbb Ummi ada projek dgn Adam.

List projek dgn Adam sempena cuti sekolah nanti:
1. Tanam taugeh - dlm & luar rumah - Ummi nak tunjuk yg tumbuhan perlukan cahaya utk hidup.
2. Buat buah-buahan guna kertas surat khabar yg diblend, bentuk & jemur - Ummii nak tunjuk cara guna water color.
3. Projek memasak dgn Ummi - cake, muffin, kuih & tart.

Harap-harap semuanya berjalan lancar. At least Adam ada something yg dia kena buat. Hari-hari Ummi akan make sure Adam ambil gambar progress projek dia.

Adam & Ariff


Adam khusyuk main game sementara tunggu nak check-out.


Adam di lobi tunggu Abah pick up.


Adam & Ariff di lobi hotel.