Tuesday, May 31, 2011

Stand mixer Ummi & TV baru Abah

Ptg semlm tetiba Ummi tersurvey stand mixer kat internet. Dalam duk surf tu terjumpa link redeem point kat maybank2u. So, apa lagi, berkobar-kobar Ummi nak pegi redeem. Maklum la tak bekerja dah lebih 6 bln. Mana ada income. Redeem point je la. Ummi pilih stand mixer ELBA yg perlukan point 26000 points maybank. Plus another 1 year warranty, kena la serah 26800 point. Ada lagi balance lebih 25000 point maybank Ummi.

Pagi tadi pukul 11am++, Ummi angkut Adam & Ariff pegi Senheng. Malangnya mixer tu takde stok la pula kat Senheng Seri Manjung & Sitiawan. Lps staff Senheng check, dia bgtau stok ada kat Senheng Ayer Tawar je. Tu pun satu je. Hehe, Ummi taktau le pulak mcm mana nak pegi Ayer Tawar. Kena minta tolong Abah le pula.

Destinasi Ummi seterusnya ke Sitiawan. First time pegi sendiri. Harap-harap tak sesat la time tu. Sbb Ummi penah sesat masa nak blk ke rumah dr PPD. Akhirnya Ummi berjaya sampai ke kedai yg jual bahan kek. Melayang RM124 kat situ je. Then ke Giant, ke Billion and ke Big Ten.

Maghrib Abah blk, then dinner, trus ke Senheng Ayer Tawar nak redeem stand mixer. Hehe. Alhamdulillah dpt gak akhirnya. And Abah dpt tv LED 47" baru sempena birthday dia. Hehe, dia yg beli, dia sendiri la yg bayar. Ummi mana ada duit. Awal thn lps dah beli LCD tv 42". Sbb apa Abah beli tv baru? Sbb tv kat dlm bilik Ummi ni ikut suka nak "padam" je. Abah pon join redeem point dia 140000+. Balance yg tinggal less thn 200 je.

Blk dr Senheng, Ummi singgah Giant lagi sekali utk beli telur & horlicks. Hajat dihati nak buat kek lapis pua kumbo tp takde acuan je plak. So esok terpaksa la Ummi terjah kedai yg jual frame tingkap le plak. Seb baik Abah bgtau ada kedai yg jual frame tingkap aluminium kat area rumah kitorg-dlm 1 km je. Harap-harap menjadi la kek lapis Ummi pasni. Kira punya kira, hari ni duit Ummi melayang RM280+. Majoriti habis beli bahan buat kek/cupcakes/homemade coklat je. Abah kata ambil je duit dr akaun dia. Tunggu apa lagi..kerjakan je la. Haha.


Stand mixer baru Ummi
Elba Stand Mixer ELB-ESMB9925SS - 300W. 5 speeds. Turbo control and safety function. Steel dough hooks and beaters included.
26,000 TP HotSpot (SNHS1153)
HotDeals: 14,000TP + RM70 (HSN0153)
Harga SenHeng RM139

TV LCD 42" lama Abah brand Samsung telah diangkut naik ke bilik tidur

TV 29" Abah masa zaman bujang telah dikeluarkan dr bilik tidur.


Antara bahan2 utk buat kek/cupcakes/coklat yg Ummi beli td.

No comments: