Wednesday, May 18, 2011

How to do..

Semua di bawah ni Ummi copy & paste dr fb Kongsi Resepi untuk kegunaan Ummi.

RESEPI FONDANT / SUGAR PASTE

BAHAN-BAHAN:
-Gelatin powder - 17 g
- 1/4 cup air sejuk - 60 ml
- 1/2 cup liquid glucose - 125 ml
- 2 sudu besar shortening - 30 g
- 1 sudu besar glycerin - 22 g
- 1 kg gula icing yang telah diayak - 8 cawan

CARA-CARA MEMBUAT:
Campurkan gelatin dan air. Biar sehingga pekat.
Letakkan campuran gelatin di atas double boil dan panaskan sehingga larut.
Tambahkan glucose dan kacau.
Masukkan shortening dan kacau. Jauhkan campuran dari api sebaik sahaja shortening hampir cair sepenuhnya.
Masukkan glycerin dan biar sehingga campuran menjadi suam.

Letakkan 4 cawan gula icing ke dalam mangkuk. Tuang campuran dan gaul dengan sudu kayu. Masukkan lebihan gula icing sedikit demi sedikit sehingga ' stickiness' hilang.
Uli fondant sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
Jika fondant terlalu lembut, tambahkan gula icing dan jika keras, tambahkan air, setitik demi setitik.
fondant berehat seketika selama 1 jam sebelum digunakan.

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.

CARA-CARANYA.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

CARA2NYA:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit. 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik.

icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan. Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM (1)
BAHAN-BAHANNYA:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

CARA-CARANYA:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

BUTTER CREAM (2)
BAHAN-BAHANYA:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)

Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara2 Membuat Butter Cream: Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

CREAM CHEESE ICING
BAHAN2NYA:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

CARA-CARANYA:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.

CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

BAHAN2NYA:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

CARA-CARANYA: Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.

Chocolate Ganache
Tentu anda pernah melihat di kedai-kedai bakeri, kek-kek yang dihiasi topping coklat yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya topping coklat tersebut dikenali sebagai Chocolate Ganache.

Ganache adalah berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud ‘cushion’. Ganache mempunyai pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan untuk menyalut kek-kek coklat agar tambah lazat dan menyelerakan.

Dalam Ganache yang asas, digunakan dua bahan sahaja iaitu krim pekat/krim putar (Dairy Whipping Cream) dan coklat masakan. Bagaimanapun, anda boleh menambah mentega dan esen vanila ke dalam adunan ganache. Krim pekat pula boleh digantikan dengan air,susu cair (evaporated milk),susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan-bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan (shine) dan teksturnya. Oleh kerana itu, di hotel-hotel dan bakeri, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar, kerana hasilnya lebih baik walaupun harganya lebih mahal dari susu biasa.Jika di tempat anda susah untuk mendapatkan krim ini, guna saja bahan gantian.

Kaedah asas membuat ganache:
1.Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2.Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
3.Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4.Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Jika anda mahu topping atau glazing yang cair,anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal ,sejukkan semalaman pada suhu bilik. Keesokannya barulah digunakan untuk menyalut kek anda. Ganache yang sudah pekat juga boleh digunakan untuk membuat filling atau isian yang disapu pada bahagian tengah kek. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah,coklat tidak boleh dicairkan dalam haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat.Ini menjejaskan tekstur ganache. Anda juga tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus ke dalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan secara perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Bahan-bahan :
300 gm krim pekat/krim putar
500 gm coklat masakan, dicincang
30 gm mentega

Cara Membuatnya :
1. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
2. Masukkan coklat dan kacau hingga ia cair semuanya.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan beberapa jam sebelum digunakan.

Bahan-bahan :Untuk ukuran loyang 9 inci atau 22 cm diameter
180 ml krim pekat/krim putar
230 gm coklat masakan, dicincang
2 s/b gm unsalted butter

Yang ni Ummi copy dari blog badariahabdrahman.blogspot.com

Buttercream 1
Bahan-bahan ( sebiji kek )
250 gm shortening
125 gm Krimwell
125 gm @ 100 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)
perisa & pewarna kegemaran

Cara-cara
-Pukul shortening & krimwell hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna & perisa utk hiasan kek.

-TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa sikit... insyaallah, icingnya anda akan senang di lepa & cantik

Buttercream 2
Bahannya:
280gm krimwell
100gm shortening
60gm gula aising
perasa & pewarna

Caranya:
1:Putar krimwell dalam 2 minit.
2:Masukkan shortening hingga gebu
3:Masukkan gula aising yg telah di ayak & putar hingga sebati
4:masukkan perasa & perwarna..

Yang ni pula dr dapur-gw.blogspot.com

Buttercream homemade
Bahan :
700gram creamwell
300gram butter
200gram icing sugar (ayak halus)
3/4 susu pekat manis
Flavour

Cara :campur semua bahan dan mixer dengan kelajuan medium sampai semua bahan kembang 2x lipat dan lembuuutttt...siap digunakan.

Chocolate buttercream
Bahan :
700ml non Dairy whipping Cream
250gram Dark cooking chocolate
1 sudu butter

Cara :
bagi whip cream yg 700gram itu :
450gram whip cream di mixer sampai kaku
250gram. whip cream masak dengan cara double boil,bila udah mulai mendidih matikan api dan masukan DCC yang sudah di potong2 kecil,kacau sampai chocolate cair,masukan sesudu butter.
sejukkan adunan,apabila sudha mulai sejuk amsukan perlahan dalam 450gram whip cream yg sudah di mixer sampai kaku tadi, mixer lagi sampai sebati dan kembang.cukup dengan kelajuan sederhana dan siap digunakan..hmm yummy yummy!!!

No comments: