Thursday, May 5, 2011

Karipap frozen..sudah terlaksana

Akhirnya..siap gak karipap Ummi..setelah sekian lama tertangguh. Projek ptg semlm bersama Adam. Kulit karipap Ummi uli by hand je, tak guna BM pun.






Inti karipap:
4 biji kentang russet dikupas dan dipotong dadu
1 bungkus serbuk kari ayam adabi..any brand pon boleh..dibancuh dgn 1/2 cawan air
3 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih dihiris
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
Isi ayam dipotong dadu besar2
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara:
1. Tumis bwg merah + putih hingga naik bau
2. Masukkan serbuk kari yg telah dibancuh. Masak hingga kering.
3. Masukkan air, ayam, kentang, air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga kering.

Kulit karipap
500 gm tepung gandum
1/3 cawan minyak masak dipanaskan atas api
3 sudu marjerin
Air sejuk berais secukupnya
Garam secukup rasa

Cara
1. Masukkan tepung di dalam bekas uli.
2. Tuangkan minyak masak yg telah dipanaskan ke dalam tepung. Kacau dgn sudu untuk sebatikan tepung dgn minyak.
3. Masukkan marjerin dan garam. Gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan air sejuk. Uli hingga doh tidak melekat di tangan
5. Masukkan tepung di dlm plastik bersih dan masukkan dlm peti sejuk selama 20 minit - 1 jam
6. Canaikan.

Adunan ni dpt menghasilkan dlm 50 biji karipap size yg mcm Ummi buat kat atas tu.

p/s credit buat Adam sbb tolong Ummi pusingkan mesin pasta tu semasa sesi mencanai tepung :0)

No comments: