Adam sempat ambil beberapa keping gambar masa org sibuk2 menjahit.
Sunday, May 22, 2011
3 days short course: Menjahit kemeja wanita & kain 'A-line' part 1
Semalam dan hari ini Ummi attend short course menjahit kemeja wanita & kain/skirt A-line. So, ada lagi 1 hari belum complete. Leceh jugak buat kemeja ni. Banyak benda yg nak kena potong & jahit compare dgn blouse. Ummi prefer blouse lagi tp demi nak memenuhi ilmu di hati + nak alter kemeja sedia ada + minat + sifat ingin tahu, Ummi attend course ini walaupun mencabar kesabaran Ummi. Yelah, plan asal Abah akan take care 2 kids. Alih-alih Abah dpt call jam 3++ pagi, so Abah kena turun site la. Abah janji nak balik before 8.30am, tp jam 8.21am Ummi dpt sms dr Abah, dia tak boleh blk dan Abah suruh Ummi attend lain kali je. Memandangkan dah byr yuran + kursus ni the only kursus utk this year, Ummi angkut la Adam & Ariff pegi kelas menjahit. Ni yg dikatakan mencabar. Hari pertama saje Adam minta Ummi temankan dia ke toilet sebnyk 5 kali. Tapi, Ariff bagus, minum, tidur & senyum saje bila terjaga. Masuk hari kedua-hari ni la, Adam sudah buat perangai. Tensen Ummi. Tp hari ni tgh-tgh rancak menjahit, elektrik terputus pula, so kena balik je la. So, ada balance 1 hari kelas-sabtu next week. Tapi, cikgu ckp esok hingga jumaat boleh pegi anytime during ofc hour. Tgk la tahap kerajinan Ummi sbb nak kena angkut Adam & Ariff juga!
Adam sempat ambil beberapa keping gambar masa org sibuk2 menjahit.
Adam yang ambil gambar Ariff yg tgh lena ni.
Anak-anak Ummi sabar menanti Ummi belajar menjahit. Kasihan.
Ni lah hasil utk belajar 2 hari. Belum siap. Akan disambung pada Sabtu minggu depan. Ummi taktau nak jahit kat yoke depan.
Adam sempat ambil beberapa keping gambar masa org sibuk2 menjahit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment