Tuesday, May 10, 2011

Mexican bun

2 mlm lepas Abah beli Mexican bun kat T*sc0. So, Ummi gatal mulut la bgtau Ummi ada resepi Mexican bun ni. Semlm lps blk kerja Abah tanya mana Mexican bun yg Ummi buat. Haha, Ummi tak buat pun. Alasan Ummi, tray yg Ummi baru beli tu terlepas beberapa mm je. So, lps Abah dinner, trus Abah kecilkan tray Ummi tu. So, hari ni terpaksalah Ummi kotakan janji Ummi buat Mexican bun. Tunggang langgang jadinya hari ni. Pagi lepas Adam pergi tadika, Ummi jahit baju Ariff dgn tulis 'I love Abah'. Then masak nasi goreng untuk Adam, jahit sarung bantal baru untuk Adam, buat roti & masak untuk dinner.

So, ini la rupa Mexican bun Ummi. Resepi Ummi ambil dr myresipi.com.







Ni Ummi paste resepi dari myresepi.com.

Bahan-bahan ( 17 biji bun )
Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara
Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

No comments: