Thursday, January 19, 2012

Buku baru lagi

2 hari lepas, Ummi dan 2 hero kecil ikut Abah ke KL. Abah ada meeting kat Bangsar. Bertolak dari rumah jam 6.30am. Sampai Bukit Raja 9.30am. Breakfast kat McD situ. Lepas breakfast, Abah ke Connaught Bridge utk settlekan kerja dia. Ummi dan 2 hero kecil merayau kat Jusco Bukit Raja. Merayau punya merayau, terjumpa MPH Bookstores. So Ummi ambil peluang cari buku yang dah lama Ummi duk cari, tapi tak jumpa-jumpa. Sebelum ni Ummi nak beli buku langsir by Noraini Margono jilid 2, tapi terbelek la pula buku langsir yang lain. Belek punya belek, Ummi beli buku Koleksi Langsir Terbaik Mudah dan Jelas by Noraini Margono gak. Harga cuma RM9.50 je. Sebabnya apa yang ada dalam buku yang Ummi beli ni, ada juga dalam buku versi jilid ke 2 tu. Plus, yang ni lebih menarik, Ummi rasa la.

Tengahari Abah pick up, sebab Abah ada meeting kat Bangsar 2.30ptg. Abah drop Ummi dan 2 hero kecil kat MidValley. Wah, dapat masuk Mid Valley, cari buku lagi la. Alhamdulillah, dapat buku yang diingini di sini. Dalam duk belek buku nak dibeli - sale sampai 70%! Adam nampak Imelda Masterchef, beriya dia suruh Ummi pi tegur. Malas la. Last-last Adam pergi tunggu kat laluan nak keluar. Beriya sungguh dia. Masa duk pusing-pusing belek buku yang sale tu, Ariff merengek, so terpaksa la Ummi dukung dia. Tengah duk dukung, terasa panas je kat perut Ummi. Kencing rupanya budak tu, meleleh habis ke jeans Ummi hingga ke kaki. Sabar je la budak sorang ni. Hasil dari MPH ni, Ummi dapat buku A-Z Jahitan Smoking, dan Adam dapat 4 buah buku. Macam biasa, buku-buku dia lebih banyak dari buku Ummi.

Penat jalan-jalan, Abah call, bagitau bad news. Meeting sambung esok. Sudah, baju apa tak bawa, cuma bawa baju salin Adam sepasang dan Ariff 2 pasang. So apalagi, terpaksa la bershopping baju untuk Ummi dan Abah! Masa Ummi duk try baju-baju yang nak dibeli, kerja Abah duk cari baju dan pass kat Ummi. So, dapat la Ummi 4 kemeja plus 1 jeans. Haha, luar dalam semua kena beli.

Duk cari tempat nak tidur, Abah teringan nak tidur kat Boulevard Hotel, tapi semua full, yang ada suite je. So, untuk ke sekian kali, Cititel lagi la. Meeting Abah pukul 2.30ptg semlam, so pagi ke tengahri, kerja melilau kat MidValley je la. Penats.

So, Adam ponteng tadika dan kelas KAFA 2 hari la dlm minggu ni. Esok pagi Abah ada meeting lagi kat KL juga. Ummi tak sure nak ikut ke tak. Ini la masa nak jalan-jalan. Nanti time belajar dan dah kerja, confirm dah tak dapat nak ikut Abah. Kalau ikut, Adam akan ponteng sekolah lagi la.

Monday, January 16, 2012

Caca marba

Rasa macam dah lama Ummi tak update blog. Last week, minggu yang busy. Minggu sebelum tu Adam pergi tadika 1 hari je, ptg kelas Kafa tak pergi. So, last week, Ummi jadi penat ler pula jadi driver Adam, sebab 1 hari kena ambil Adam and antar dan ambil Adam. Serius jadi penat.

Last week juga, Ummi terpaksa ke sekolah lama utk sahkan salinan ijazah untuk sambung belajar nanti dan kena buat medical check up kat hospital. Plan nak buat kat klinik swasta, dah siap tanya harga semua, tapi last minute baru tau yang tak boleh buat kat swasta (padahal dalam buku panduan terang-terangan tulis boleh buat kat swasta. Ummi prefer buat kat swasta sebab boleh buat time malam. Time siang takde org yg akan jaga Ariff, kalau malam, Abah boleh tolong jagakan Ariff. Takkan la nak angkut budak tu masuk bilik x-ray & toilet untuk buat urine test. Hish.

Tengah duk serabut, Abah ada commissioning, so ada sekali tu Abah balik pukul 5.30pagi, dapat la Ummi pergi ke hospital sorang tanpa perlu angkut Ariff. Selesai satu bab. Cuma this week ada follow up appointment untuk completekan medical check up tersebut. Taktau lagi macam mana kesudahannya.

Masa timbang berat, berat Ummi 44kg. Aiseh, berat sebelum ni 42.5 je. Lepas bersalin Ariff hari tu, berat jadi 45kg (asal sebelum bersalin 50.4kg - berat Ummi yg paling berat seumur hdup ni!) Disebabkan berat masih kurang 45kg, so Ummi takkan rasa bersalah untuk makan dan makan terutamanya cheeEeeeeESe! Haha.

Disebabkan Ariff asyik duk lapar je, makanan dia pun dah habis, biskut tiger dia pun dah habis, terpaksa la Ummi buat potato bun. Tapi versi rajin separuh, malas separuh. Potato bun takde custard. Cuma tabur gula. Jadi le tu.

Potato bun projek Ummi dan Adam

Weekend baru ni Abah kerja, tapi disebabkan commisionning dia berjaya, so dia balik awal Sabtu tu. Plan nak ke Night Safari Zoo Taiping, tapi bila fikir jauh, and nak kena balik malam tu juga, sbb Abah nak kena masuk kerja malam tu, plan jadi ke Lumut je la. Nak ke muzium kapal perang- KD Rahmat. Tapi hampeh! Sampai 5.30pm, muzium sampai 6pm. Risik punya risik, rupanya muzium tutup for maintenance. So, lepak-lepak kat area situ je la.

Adam dengan ABC nya berlatar belakang kan KD Rahmat. Rambut ntah apa-apa, bangla yang potong.

Monday, January 9, 2012

Ariff dah 11 bulan hari ni!

Hari ni Ariff genap 11 bulan. Makin lasak, merangkak dah la laju, merayap sana sini tanpa henti. So, solution nya, kena la duk dalam baby cot. Hari ni Ariff sambut umur 11 bulan dengan hidung yg luka sebab jatuh katil masa kat Concorde khamis lepas. Malam semalam baru bawa jumpa doktor, doktor cakap, pernafasan dia OK, so tak perlu bimbang. Lepas ni kulit hidung dia akan bertukar dan dia akan kembali normal. Harap-harap gitu la.

Lepas doktor explain bagai, baru Ummi tau yang tumbesaran hidung akan terhenti bila umur 19 tahun. Time tu, kalau hidung patah ke apa, dah tak boleh buat apa ntah. Hmm. So, bila jatuh terkena hidung time baby, selagi pernafasan dia OK, tak perlu bimbang, sebab takde tulang lagi kat hidung tu. And baby makin membesar. Betul ke?

Jalan-jalan ke Shah Alam

Cerita basi, tapi nak tempek juga. 4hb baru ni, Adam start masuk tadika 6 tahun. Plan Abah haritu, bertolak ke KL pukul 3pm, tapi tertunda jadi pukul 5pm. Kalau la Ummi tau akan tertunda, sure Ummi dah hantar Adam ke kelas KAFA petang tu.

Pukul 5++pm baru bertolak dari rumah. Masa lalu kat tempat students Ummi eksiden hari tu, gerun gak. Hari tu, sampai ke Concorde Shah Alam hampir pukul 8pm. Lepas check in, terus keluar dinner kat area Seksyen 9 saja. Keesokan harinya Abah ada meeting kat Klang. So, Ummi stay kat hotel dgn Adam dan Ariff. Masa Ummi tengah duk bersiap-siap nak keluar lunch, Ariff jatuh dari katil. Tertiarap. Hidung dia berdarah-darah lagi. Cuak gak, nak bagitau Abah, takut.

Ariff selepas jatuh dari katil hotel

Lepas Abah balik dari meeting, terus ke Mid Valley untuk lunch. Masa dalam kereta baru Ummi bagitau yang Ariff jatuh katil sampai hidung berdarah.

Lepas lunch, Abah mimpi apa ntah. Dia beli tiket wayang 1 love Papa. So, terpaksa la layan cerita tu. Adam macam biasa la, time cerita ditayangkan, naik turun tangga je dia kerja dia. Nasib baik ada beberapa couple je yg layan citer tersebut. Tu pun duk row belakang sekali. Diorg duk buat wayang la kot. Ariff tak habis-habis melalak. May be kesejukan kot. Abis wayang, rush ke hotel nak elakkan jem. Plan nak mandi kolam tak menjadi. Elok sampai swimming pool, hujan pun turun. Kasihan Adam dan Ariff. Dah siap pakai swimming suit lagi.

Plan Ummi ajak Abah stay lagi satu malam kat hotel malam tu menjadi kenyataan la. Setelah sekian lama, dapat juga ke i-City. Memang perabih duit Abah la kat i-City ni. Adam je yang duk naik turun main kat situ. Ada gak Abah temankan dia. Masa kat i-City, dinner kat Al-Rawsha. Aduh, tak kena tekak betul la. Ada yg tawar, ada yang masin, Ummi pun tatau la macam mana depa rasa. Failed betul la.


Jumaat pagi baru Adam dan Ariff dapat mandi kolam. Tu pun sekejap je. Pukul 11am dah check out untuk ke Tanjung Malim.

Esok Adam akan pegi tadika untuk hari ke-2 dan kelas KAFA yang pertama untuk tahun ni.

Saturday, January 7, 2012

Hari yang memenatkan, tapi misi tercapai! Alhamdulillah

Siang tadi, target utama nak cari rumah sewa untuk Ummi di Tanjung Malim. Pukul 11am bertolak dari Concorde Shah Alam ke Klang. Sebab Abah nak beli tayar kereta dulu. So, lepas beli tayar 2 biji, terus bertolak ke Tanjung Malim melalui NKVE, pastu masuk PLUS. Sampai Tanjung Malim sebelum solat jumaat.

Mula-mula, cari kampus kat Proton City. Alhamdulillah, selamat sampai. Then, next step cari rumah sewa. Masuk ke perumahan proton city. Pusing-pusing, jumpa la rumah yang nak disewakan. Lepas call, rumah orang dah booked. Melilau cari, tapi takde yang ada. Terjumpa satu rumah banglo. Perasan la sikit, lupa diri sekejap. Ummi pun call le. Lepas call Ummi tu di pass sana sini, akhirnya orang tu bagi no untuk di call. Disebabkan orang yang nak di call tu lelaki, Ummi pass kat Abah. Rasanya Ummi orang tu agent rumah la kot. Lepas Abah explain yang Ummi yang cari rumah sewa, mamat tu selamber je cakap kat Abah "Orang mcm kita ni, tak layak duduk rumah tu!" Hahaa..tergelak besaq Ummi. Dia tatau Abah tu sape? Bakal CEO tu. Haha! Nak pecah perut Ummi gelak, kesian kat Abah. Seumur hidup Ummi akan ingat ayat mamat tu. Mamat tu ckp dia terkejut dpt call, sbb dah 3 thn depa advertise tapi takde sorang pun yang call. Rumah tu bukannya furnished pun, tapi dia nak sewa RM3500. Mamat tu siap explain kat Abah ' kalau letak 1 biji katil, masih ada ruang yang luas lagi!' Ceh!!!! berkali-kali ceh!

Then, melilau cari rumah lagi, masuk taman bernam, taman segar dan segala macam taman. Sampaikan Adam dah jerit-jerit lapar. So, nak jaga hati Adam yang lapar, terpaksa la belanja KFC. Tu pun makan dah pukul 3.15pm. Lepas makan, melilau lagi, serius penat. Sampai ke Sekiah apa ntah, kawasan perumahan baru, tapi jalan nak masuk menggerunkan. Tapi still takde yang available.

Lepas cari tak jumpa-jumpa, Abah ajak bermalam kat Tanjung Malim je. Sebab nak sambung cari lagi esok. Sebelum tu, Ummi dah pergi tgk 1 rumah kat Taman Segar, tapi agak kurang berkenan. Sbb rumah sempit plus porch untuk park keta sempit. So, sebelum nak balik semula ke rumah yang 'kurang berkenan tu' sbb dah give up (ingat nak terus ambil je rumah tersebut), singgah la satu taman di hadapan Taman Segar. Lepas pusing-pusing, akhirnya, pukul 7++pm, Ummi dapat satu rumah yang baru! Rumah yang belum pernah dihuni, bersebelahan dengan rumah lecturer lak tu. Lepas masuk tgk rumah, terus Ummi decide nak ambil rumah tersebut. Sewa RM600. Lega ya amats, lepas ni nak kena cari nursery untuk Ariff lak. Abah dah sembang dengan orang depan rumah, orang tu cakap ada nursery kat area tersebut.

Hari ni, bateri hp Ummi kong, list kat handphone penuh dgn no handphone ntah sapa-sapa yang Ummi call. Pagi tadi, Ummi dah charge full, tapi boleh abis lak tu. Rasa bersalah kat anak-anak. 12 jam diorg kat dalam kereta. Pukul 11pm baru sampai rumah. Terima kasih teramat sangat kat Abah yang sudi bawa Ummi cari rumah sewa. Syukur dapat suami yang begitu baik hati! Tadi bila Ummi cakap kat Adam "Sori ye anak-anak Ummi", Adam tanya "pasal apa Ummi ckp sori?". Hmm.

Monday, January 2, 2012

Cerita hari ni..2 Jan

Hampir semua suratkhabar hari ni, frontpage nye cerita yang sama, mengenai kemalangan ngeri 2 malam lepas di Jalan Sitiawan-Lekir. Bila Ummi amati muka sorang-sorang mangsa yang terlibat, sah, Ummi kenal diorg. Students Ummi tu! Yang paling Ummi kenal, arwah Faizal dan arwah Kamil. Ummi ajar mereka thn 2010. Takziah untuk keluarga mereka. Dengar-dengar mak Kamil berada di ICU sekarang ni, kemalangan dengan lori masa on the way nak tgk anak dia kat tempat kemalangan. Kesudahannya, tak dpt tgk jugak. :o(

Hari ni ada taklimat di tadika Adam dan majlis terima buku teks dan buku latihan. So, lusa start la sesi persekolahan untuk tahun 2012. Yang pasti, hari pertama Adam akan ke tadika. Hari ke-2, Adam akan ponteng, macam tahun lepas je. Sebabnya Abah ada meeting kat Klang. Pun mcm tahun lepas gak. So, Ummi ambil peluang nak bawa Adam jalan-jalan la, cuti sekolah tak ke mana, time sekolah baru boleh merayap. Hehe. Kalau tahun lepas, stay kat Concorde Shah Alam, tahun ni, tak sure lagi nak stay kat mana. Asyik-asyik duk situ je kalau Abah ada meeting kat Klang. Harap-harap plan ni menjadi la. Amin.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

Malam tahun baru disambut di klinik. Jam 9mlm, Adam terjelepuk di atas sofa. Bila disentuh, rupanya dia demam! Jarang demam budak sorang ni, tapi kalau dah demam, lembik. Species Abah dia! Puas cari termometer, dua batang digital termometer out of batery. So, terpaksa menyelongkar cari mercury termometer. Terkejut tgk suhu badan Adam, 39.6 darjah celcius. Terus Ummi jolok ubat masuk punggung. Lepas sejam, badan masih panas. So, terpaksa diangkut ke klinik. Target utama nak ambil antibiotik, sebab ubat demam yang belum digunakan dah berbotol dalam fridge. Motif tercapai, 2 beg plastik ubat-ubat untuk Adam dan Ariff.

Di rumah, suhu badan Adam still panas. Lepas makan ubat, demam tak kebah juga. Puas Ummi duk lap badan dia tapi badan still duk panas Pukul 5.40am, jolok ubat masuk punggung lagi. Kali ni demam kebah sikit. Ummi bagi dia makan ubat on time. Ariff dah hilang demam, tapi still selsema dan batuk.

Syukur, after 24jam, demam Adam dah kebah, tapi still makan antibiotik. Ariff dah seminggu tak hilang-hilang selsema. Seksanya rasa bila orang sakit kena jaga 2 pesakit yang lain. Nasib baik Adam yang beriya nak makan ubat. Kalau ingat zaman dia kecil, macam Ariff la, takmo makan ubat. So, asyik terbabas je la dari makan ubat.

Semalam daftar Adam masuk tadika. Daftar last minute! Yuran untuk tahun ni dinaikkan. Semalam kena bayar untuk registration tadika dan KAFA RM1450! So, semalam juga terpaksa cari nursery untuk transit Adam. Untuk tahun ni, Pagi Adam tadika dr 8am -11am (yuran RM150 permonth). Tengahari transit kat nursery depan tadika dr 11am - 2.30pm (yuran RM90/month). Petang kelas KAFA 2.30pm - 5pm (yuran RM150/month). Then transit again sementara tunggu Abah pick up OT RM2/hr dan overnight RM8/night in case Abah kena masuk station or standby mode. Kasihan kat Adam, tapi terpaksa juga la untuk tahun ni.

Dalam kegembiraan menyambut tahun baru, ada juga terselit kesedihan. Kemalangan mlm tadi di Jalan Sitiawan - Lekir, yang meninggal adalah beberapa students nya dari sekolah yang Ummi ajar tahun 2010. Al-fatihah untuk mereka.