Alhamdulillah, semester kedua Ummi sudah berakhir pada jumaat lepas sebaik sahaja Ummi selesai final exam. Sekarang Ummi boleh tarik nafas lega. Sudah tak perlu berulang alik TM-Lumut lagi. Letih sungguh kalau duk ulang alik ni. Masa 1st day exam, khamis last week, pukul 7.30am Ummi gerak dari Lumut, dan 7.30pm Ummi sampai semula ke Lumut. Memang Ummi ke TM semata-mata nak duduki final exam paper yang first.
Hidup agak tunggang langgang last week and a week before tu. Sebab kan Adam masuk darjah 1. Banyak benda nak kena settle kan. Minggu ni Abah terpaksa cuti dan ada hari kena ambil time off, sebab Adam balik dari sekolah tak seragam jadualnya. Ada yang balik pukul 1pm, ada yang 12.30 pm dan pada hari jumaat 12pm. Then 2.30pm nak kena ke kelas KAFA. So, sgt serabut nak fikir pasal exam dan pasal Adam ni. Ummi belum cari lagi taska transit dan van sekolah untuk ambil Adam dari sekolah dan hantar ke kelas KAFA. Apa-apa pun, alhamdulillah sbb Allah permudahkan segala urusan. Ummi terpaksa minta tolong dengan GB untuk tempatkan Adam di rumah ustazah dia sebelum ke kelas KAFA.
Semalam, pukul 8.30am, Ummi attend kelas jahitan jubah wanita. Masa tgh study rabu lepas, saja je Ummi jenguk satu fb ni. Tgk ada kelas jahitan jubah pada sabtu 12-13hb. So, lps diskas dgn Abah, sebab Abah standby minggu ni, Abah izin Ummi ke kelas tu. Dalam badan letih-letih tu (almaklum lah seminggu tidur x berapa nak cukup sbb study last minute utk final exam), bersemangat Ummi attend kursus tu semlm. Tapi hari ini utk 2nd day, Ummi tak pergi (sijil Ummi dah ambil awal-awal semlm lagi :) ).
Akhirnya, dapat juga Ummi hasilkan sehelai jubah untuk bonda tersayang. Sebenarnya dari bulan puasa hari tu lagi, mak Ummi bagi 2 pasang kain yang dia beli di Medan utk jadikan jubah dia. Disebabkan Ummi teramat busy dengan study (+penat duk ulang-alik ke TM-Lumut sebenarnya), tak dapat la Ummi nak jahitkan untuk dia. Lagipun, masa buat trial n error tu, agak tak confident nak potong kain walaupun pola dah siap hasil mengoogle. Tapi sekarang, Ummi amat berpuas hati la, walaupun pola yg Ummi belajar semalam tu adalah pola jubah yang basic sahaja. So, nanti boleh la Ummi try godek- godek utk buat jubah yang vogue pula sebab Ummi cuti sebulan dan dah tak terikat dengan study!
No comments:
Post a Comment