Thursday, January 17, 2013

Trip 2H1M ke Hatyai dan Songkla

Cerita ni agak basi gak la, cerita masa revison week Ummi (28 dan 29 disember baru ni). Orang bagi cuti suruh study tapi Ummi pergi merayap! Ummi dan keluarga besar Ummi (adik dan kakak) ke Hatyai. Sebenarnya Ummi plan nak ke Vietnam. Tapi tak sempat nak buat pasport Adam dan Ariff. Pasport Adam dah expired dan Ariff belum ada pasport lagi. Kalau buat pasport, dua-dua anak kena ada masa buat n masa nak collect pasport. Mmg tak sempat lah sebab pagi Isnin je Ummi ada kat Manjung time tu.

So, Ummi dan Abah decide nak join adik dan kakak Ummi ke Hatyai. Proses nak buat border pass takla lama sebab adik ipar Ummi kerja kat imigresen. Sebanyak 6 biji kereta berkonvoi ke sana. 3 biji kereta adalah kereta adik beradik Ummi dan 3 buah lagi kawan-kawan abang ipar Ummi. Adik Ummi jadi tourist guide kami. Bulan disember saja 3 kali dia ke sana, tu belum campur dengan bulan-bulan sebelum tu. So, dia agak expert la jalan-jalan di sana.

Day 1

Perjalanan ke sana, Ummi rasa Ummi travel dari Lumut ke TM tu lagi jauh dari travel ke Hatyai dari rumah mak Ummi di Alor Setar. Perkara pertama yang perlu ada, tentulah pasport atau border pas (untuk yang lahir atau bermastautin di 3 negeri- Perlis, Kedah dan Perak selama 3 tahun). Kos nak buat border pas cuma RM10 sahaja untuk 1 famili (suami isteri dan 3 orang anak). Untuk yang nak bawa kereta sendiri, perlulah beli insuran kereta, RM15 untuk 9 hari. Yang ni semua adik Ummi uruskan. Kami cuma bagi salinan geran kereta sahaja. Kami tukar duit di Sadao dan breakfast di sana juga.
Duit bekal untuk jalan-jalan - tukar di Sadao
Destinasi pertama yang kami pergi adalah Hatyai Ice Dome season 4. Nak masuk ke Ice Dome ni, kena bayar duit tiket 300 baht untuk dewasa dan 200 baht untuk kanak-kanak. Jaket termasuk di dalam pakej. Adam tak perlu bayar pun. Ummi taktau sebab apa sebab Adik Ummi yang beli tiket. Kami tersesat masa on the way ke Ice Dome tu. Maklum la, 6 deret kereta, so 2 biji kereta terlepas ke belakang la. Hehe. Agak menarik la kat dalam Ice Dome ni, banyak ukiran ais. Boleh mengulungsur atas ais lagi. Tapi sayang, tak lama dapat duk kat dalam tu, sebab bawa anak kecil, diorg tak tahan sejuk. Adam sampai nangis-nangis nak keluar sebab dia rasa sejuk sangatt
Adam menangis kesejukan
Then, lepas keluar, kami ke Songka Zoo. Zoo ni berbeza dengan zoo-zoo di Malaysia. Kita boleh bawa masuk kereta sendiri dengan bayaran 50 baht. Setiap seorang dewasa perlu bayar 100 baht dan kanak-kanak 50 baht. Konsep zoo di sini, pengunjung boleh beli makanan untuk binatang dengan harga 20 baht dan boleh bagi binatang makan. Selain tu, ada la gak show macam kat A farmosa n Zoo Taiping tu.
Suka Adam dpt bagi deer ni makan, satu bekas makanan tu - keledek dan pisang berharga 20 baht
Lepas penat pusing-pusing di zoo dengan kereta sendiri, kemi menuju ke pasar terapung Klong-Hae (Klong-Hae Floating Market). Di sini, kebanyakan makanannya 20 baht. Pasal halal haram tu, kena la pandai-pandai cari. Tapi Ummi rasa macam semuanya halal je. Yang menjual tu semuanya perempuan dan bertudung. Kami cuma beli air kelapa dan makanan seperti cucur udang, udang dan sotong panggang, tu je. Yang menarik kat sini, air minuman dijual di dalam bekas yang unik la, Ummi rasa. Kita boleh pilih ikut design bekas yang kita nak. Kalau design menarik tu, harga 25 baht untuk bekas dan air. Ada yang 20 baht dan ada 15 baht. Kalau dalam buluh cuma 10 baht sahaja.

Cucur Udang - banyak udang dari tepung, sekeping 10 baht, and dia jual 1 plastik 2 keping so 20 baht la. Ummi beli 6 keping sbb sedap sgt, hehe
Ikan goreng garing pilihan Abah, Ummi tak berapa suka la
Bekas air yang menarik - boleh kumpul buat koleksi, gambar belakang bekas air dalam buluh harga 10 baht
Bekas air pilihan Adam dan bff dia - doraemon
Adam dan bff Ikhwan di Pasar Terapung Klong Hae
Destinasi kami lepas penat-penat pusing kat pasar terapung ni adalah hotel la. Kami menginap di Golden Crown Plaza Hotel yang terletak di tengah-tengah pekan. Harga RM130 (sebab adik Ummi dahulukan duit dia, so kami bagi dalam RM je la). Hotel yang selesa. Malam, Adam dan Abah keluar berjalan-jalan, tapi Ummi hanya tidur di bilik. Rasa letih sangat. Nasi lemak yang Abah beli, esok pagi dah basi. Punya la lama Ummi tidur.

Bilik di Golden Crown Plaza
Day 2
Hari kedua, awal pagi Ummi cuma membaca buku sahaja di dalam bilik (insaf sekejap sebab nak final exam). Pukul 11 lepas check out, baru Ummi berlegar-legar di pasar berdekatan hotel. Breakfast di kedai muslim. Makan roti canai, roti canai telur dan roti telur. Kami duk kat restoren tu sampai habis semua makanan dia. So, dapatlah dia tutup restoren dia awal.

Pasar di bawah hotel
Roti telur cicah susu pekat manis, roti canai pun cicah dengan susu gak!

Destinasi hari kedua ni, kami ke Pantai Samila. Wahh, Abah kata ni tempat wajib yang dia nak pergi sebab nak bergambar dengan ikan duyung emas. Haha. Dapat gak Abah bergambar dengan si keras duyung tu sebab kalau nak bergambar kena queue (ramai benar peminatnya). Di pantai Samila ni, boleh la beli barang-barang kraf dan t-shirt.

Ummi dan Ariff di Pantai Samila dengan duyung emas yang seksi sebab tak berbaju! Tgh panas pun sanggup bergambar.
Next, kami ke Songkla Aquarium. Di sini, setiap seorang dewasa kena bayar 200 baht dan 150 baht untuk kanak-kanak. Di sini. ada show gangnam style. Orang menari dengan ikan dan penyu. Adam dan Ikhwan (sepupu Adam) punya lah excited masa tengok show ni. Lain-lain tu, tengok ikan je la. Ariff la yang over excited tengok ikan lalu atas kepala dia masa kat tunnel.

Dalam 4pm, kami bertolak ke Dannok untuk mencari daging bakar dan makan sebelum gerak masuk ke Malaysia. Kami ada masalah masa nak masuk semula ke Malaysia, kereta terlepas dulu sebelum pegawai kastam Siam tengok kereta. So terpaksa la Abah buat U-turn and masuk semula ke Siam, nasib baik lepas! Sbb dokumen kereta ada kat Ummi time tu. Lepas maghrib baru kami berjaya keluar dari Siam. Masuk semula ke Malaysia baru terasa selamat. Malaysia tetap di hati.

2 comments:

Mila@Rimbun said...

teringin jugak nak ke hatyai... thanks for sharing

azkin said...

Mila@Rimbun, lepas ni boleh le ke hatyai, tak perlu book tiket flight, drive keta sendiri pun boleh..:)