Wednesday, January 30, 2013

Meroti

Ummi officially sudah berpindah menetap di Lumut. Kunci rumah sewa di TM pun telah selamat diserahkan semula kepada tuan rumah. Dan Ummi juga dah selamat selesai kursus BIG weekend lepas. Dah selamat meredah bukit dan hutan serta terapung menyeberangi sungai. Pengalaman yang menyeronokkan sebab semasa aktiviti dijalankan, hujan turut dengan lebat dan kilat saling sabung menyabung. Nasib baik takde apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Ummi dan keluarga sepanjang Ummi jadi student selama setahun ni.

Back to my routine, cewah, jadi supir kepada Adam dari pagi ke petang dan jadi tukang masak untuk anak-anak. So, terpaksa la cari semula menu-menu favourite anak beranak. Petang semlm, Ummi teringin nak buat donut. So selongkar cari susu pekat manis, tak jumpa-jumpa. Yang jumpa bertin-tin susu cair. So, maknanya susu pekat manis takde dalam stok la.

Then, selongkar dalam drawer cabinet plak, jumpa resepi roti sosej berpintal. Tengok bahan-bahannya. Semua ada. So, bermula la agenda campak mencampak bahan-bahan ke dalam breadmaker. Tahun lepas jadi gajah putih je breadmaker ni. Harap-harap tahun ni dapat la BM ni berbakti kepada tuannya.

Walaupun  comot, Adam pulun makan gak :)
Roti berinti coklat sebelum dibakar
Roti berinti coklat lepas dibakar, agak rentung, haha
Resepi roti sosej ni kalau tak silap Ummi, Ummi ambil dari myresepi. Kira ni second attempt Ummi buat la guna resepi ni. Kalau ikut resepi, dapat 12 biji je, tapi Ummi bulat-bulat jadi 14 biji ler pula. 6 biji roti sosej berpintal dan 8 biji roti berinti coklat. Ummi variasikan sikit sebab ikut pengalaman yang first 2 tahun lepas, Adam korek ambil sosej la. So, kali ni buat alhamdulillah, Adam makan sekali dgn rotinya. Jadi bekal untuk Adam ke sekolah hari ni, sebiji roti sosej dan sebiji roti coklat.

Resepi dalam simpanan Ummi, yang Ummi guna petang semalam. Resepi ini untuk breadmaker.

Bahan roti
190 ml air
400 gm tepung roti   *Ummi guna tepung gandum sahaja
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter

Bahan hiasan/topping
Sos cili
Mayonis

Cara
1. Masukkan bahan-bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Tekan button On.
2. Bila dah siap jadi doh. Biarkan 40 minit/ hingga mengembang.
3. Bahagikan doh kepada 14 bahagian kecil.
4. Ambil sebiji doh. Canaikan. Letakkan sosej ditengah-tengah, balut keseluruhan sosej tadi.
5. Potong nipis (0.5cm) sosej yang telah dibalut doh tadi. Pastikan tepung yang telah dipotong tadi tidak putus.
6. Susun sosej tadi secara selang seli ke kiri dan kanan. Sosej di atas dan bawah pastikan berada di tengah.
7. Biarkan 30 minit.
8. Bakar suhu 180 celcius selama 12 minit atau sehingga masak.

Roti berinti coklat setelah dibedah
 

No comments: