Saturday, May 7, 2011

Carrot cake

Weekend selalunya Ummi jarang masak. Selalunya breakfast hingga ke dinner, beli saja. Abah, as usual, keje on weekend. Pagi td breakfast Ummi & Adam- Milo panas, karipap & samosa frozen aritu serta biskut 4segi. Haha, Sedap, biskut 4segi cicah milo panas. Ni stok masa berpantangkan Ariff hari tu la ni.

Tghari Adam cuma mkn karipap & samosa pagi ni. So, Ummi decide nak bakar kek! Kek yg Ummi buat hari ni- carrot cake. Ummi ambil resepi dari joyofbaking.com, tp Ummi halfkan resepi tersebut. So dr resepi tu Ummi dpt kek separuh je la. Lagipon, Abah mana layan kek2 ni. Bila dah siap sekali dgn topping baru Ummi perasan, Adam tak makan topping. May be sbb dia muak dah kot. Next time, kalau buat carrot cake, tak perlu la buat toppingnya, sbb Ummi pun muak mkn cheese byk2 nih.















Projek hari ni- Carrot Cake

Ummi gantikan walnut dengan kismis sbb merata-rata dah Ummi cari walnut tapi semua tempat out of stock!

Friday, May 6, 2011

Baby sling

Ni adalah baby sling brand Dialogue Baby yg SIL #2 bg masa lahirkan Adam lebih 4 thn lps. Tapi Ummi tak pernah guna. Sbb dlm kepala Ummi duk imagine 'bibik' je yg duk guna sling mcm ni. Kali ni bila ada Ariff, susah la pula Ummi nak merayau2 dgn Adam & Ariff time Abah bekerja. Dah le susah nak control Adam, nak tolak stroller lagi, so selongkar punye selongkar maka terjumpa la sling ni. Masih di dalam plastik lagi. So, skrg Ummi duk cari kat youtube mcm mana nak guna baby sling ni.



Mangga muda Sala & pencicah

Jam 10 pagi, Ummi sudah menikmati mangga muda cicah sambal kicap, hehe. Nak kata mengidam, baby Ariff belum 3 bln lagi nih. Hehe. Belum makan apa-apa, sudah makan mcm ni.


Actually mangga 3 biji ni Ummi angkut dr Perlis masa blk kpg last weekend. Di kpg Abah, Tok Wan tanam pokok mangga ni di keliling rumah.


Ni lah santapan Ummi pagi ni, hehe


Ni utk hilangkan kepedasan, terjumpa dlm fridge

Sambal kicap:
Cili api dipotong senipis 0.5cm
Gula secukupnya
Kicap pekat manis secukupnya

Cara:
Guna sudu untuk tenyeh cili api. Gaul semua bahan hingga sebati. Siap

p/s Ada org suka belacan, boleh la letak belacan sedikit. Kepada yg rajin, boleh dimasak di atas api. So kuah sambal tersebut akan jadi pekat.

Thursday, May 5, 2011

Breakfast today..Mini popia & Samosa






Ini la breakfast harini. Actually ni hasil kerja semlm.

Ummi buat frozen samosa dan mini popia ni. Ummi gunakan kulit popia, tp intinya adalah inti karipap. Kuih ni sedia menanti Adam blk dr tadika kejap lagi.

Karipap frozen..sudah terlaksana

Akhirnya..siap gak karipap Ummi..setelah sekian lama tertangguh. Projek ptg semlm bersama Adam. Kulit karipap Ummi uli by hand je, tak guna BM pun.






Inti karipap:
4 biji kentang russet dikupas dan dipotong dadu
1 bungkus serbuk kari ayam adabi..any brand pon boleh..dibancuh dgn 1/2 cawan air
3 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih dihiris
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
Isi ayam dipotong dadu besar2
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara:
1. Tumis bwg merah + putih hingga naik bau
2. Masukkan serbuk kari yg telah dibancuh. Masak hingga kering.
3. Masukkan air, ayam, kentang, air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga kering.

Kulit karipap
500 gm tepung gandum
1/3 cawan minyak masak dipanaskan atas api
3 sudu marjerin
Air sejuk berais secukupnya
Garam secukup rasa

Cara
1. Masukkan tepung di dalam bekas uli.
2. Tuangkan minyak masak yg telah dipanaskan ke dalam tepung. Kacau dgn sudu untuk sebatikan tepung dgn minyak.
3. Masukkan marjerin dan garam. Gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan air sejuk. Uli hingga doh tidak melekat di tangan
5. Masukkan tepung di dlm plastik bersih dan masukkan dlm peti sejuk selama 20 minit - 1 jam
6. Canaikan.

Adunan ni dpt menghasilkan dlm 50 biji karipap size yg mcm Ummi buat kat atas tu.

p/s credit buat Adam sbb tolong Ummi pusingkan mesin pasta tu semasa sesi mencanai tepung :0)

Wednesday, May 4, 2011

Cucur jagung berUdang untuk Adam

Jenguk je di muka pintu, trus Adam tanya 'Ummi masak apa?'. Soalan biasa yg dia tanya bila blk dr tadika.


Adam sedang menikmati cucur jagung




Bahan-bahan:
1 btg jagung size besar
6 ekor udang size L (dipotong kecil2 1cm)
1 biji bawang besar diblend
3 cili api diblend
Tepung gandum
Gula secukup rasa
Garam secubit
Daun kucai

Cara:
Campur semua bahan. Gaul sebati. Jemput-jemput dan goreng dlm minyak yg banyak untuk mendapatkan size yg bulat-bulat, else meleper mcm Ummi masak ni :0)

Bole dicicah dgn sos cili thai or kalau bykkan cili api, dah tak perlu dicicah. Sbb Adam yg nak makan, terpaksa la Ummi buat mild je la.

Tuesday, May 3, 2011

Residence UNITEN revisited

Kali ni ikut Abah ke uniten plak. Abah ada meeting psl obor-obor dia kat sini. Perjalanan semlm dr Perlis ambil masa 8 jam, ada jem sikit masa kat Slim River- sbb eksiden.

Actually dah byk hari Ummi tinggalkan rumah sempena cuti hari pekerja ni. Awalnya plan blk Alor Setar 1 mlm je tp tertukar jd 2 mlm, sbb di rumah Tok Wan takde org. Diorg pegi Songkla. So kat perlis jd 1 mlm je, tu pon 12 jam je kat rumah Tok Wan. Adam ajak duk lama sbb dia tak puas main dgn Mcik Farhah. Nak buat mcm mana, nak kena dtg Kajang. Kalau nak blk Lumut tu, mlm pon bole. Kang rugi je bayar hotel tp dtg bermlm beberapa jam je.










Ummi tak sabar nak balik rumah. Ada projek jahitan yg Ummi nak buat. Ummi beli kain cotton 5m kat Kedah Shopping Centre & Nagoya masa kat Alor Setar. Operasi karipap pon blom jadi lagik ni.

p/s actually Ummi penat dah dgn duk pack & unpack brg2 ni..tiap-tiap minggu tingggalkan rumah