Thursday, June 9, 2011

Ariff sudah 4 bulan


Yeay, saya sudah 4 bulan!


Hari ni genap umur Ariff 4 bulan. Sekejap je 4 bulan dah berlalu. Mengikut perkiraan, adjusted age dia baru 2 bln 2 minggu. So, progress dia lebih kurang mcm adjusted age dia je. Walau apa pun Ummi tetap bersyukur dgn kehadiran dia dan dia sihat walafiat walaupun di awal kelahirannya dia mengidap prolong jaundis melebihi sebulan.

Eczema Ariff.
Sudah 2 bln Ariff menghidap eczema. Antara produk yg Ariff pernah guna utk ubati eczema dia
- ezerra disyorkan oleh doktor pertama
- physiogel disyorkan oleh doktor ke2
- vaseline disyorkan oleh SIL #3
- shampoo sebamed
- lotion sebamed
- bedak johnson & johnson



Semua produk di atas hanya dpt ubati eczema Ariff buat sementara saje. Kalau dia skip sekali je, eczema dia akan kembali. Apa yg perlu Ummi buat utk hilangkan eczema dia? Buntu dah nih.

Wednesday, June 8, 2011

Cara-cara nak control astro b.yond guna tv kat bilik atas tanpa install 2nd decoder

Awal pagi tadi dlm pukul 1am Abah berjaya configure astro b.yond kat tv dlm bilik atas. Seblm ni guna astro biasa buat looping (term yg technician tu guna) utk tv atas dan bawah. Masa technician dtg pasang b.yond 2 hari lepas, dia bgtau Ummi b.yond tak boleh looping. Abah pulun study mcm mana nak munculkan b.yond kat tv atas dgn guna 1 decoder and walla..menjadi! So, nak kena beli remote b.yond utk tv kat atas le pula pasni.

Cara-cara yg Abah guna:

1. Beli xtra link AEM (untuk dapatkan signal dari/ke astro decoder). RM85 Banyak jual kat kedai elektrik.

2. Beli AV-RF converter RM29.00. banyak jual kat kedai elektrik.

3. Sambung AV cable (merah+putih) dari output astro b.yond decoder ke AV/RF converter.

4. Sambung hujung RF cable yg ada kat AV/RF converter ke xtra link AEM receiver dan letak sensor depan astro decoder. Then, sambung ke RF cable (kena panjang la.... dari astro decoder ke bilik atas. Mau 20-30 meter jugak la kot. Boleh lay ikut dalam atau luar rumah) ke TV kat bilik atas.

5. Sambung hujung RF cable (yg 20-30 meter tu) ke TV ke AEM receiver dan sambung ke RF input kat TV bilik atas.

6. Auto Search guna frequency TV (bukan video or dvd mode, tapi mcm nak cari siaran tv) sampai dapat siaran astro. Make sure astro decoder dalam keadaan ON (display tunjuk channel).

7. Kalau dah dapat siaran, test tukar astro channel guna remote astro kat TV dalam bilik atas. kalau Berjaya, pegi beli remote astro b.yond satu lagi. Now u can watch and control astro b.yond from your bedroom. Tak payah subscribe astro baru. Tapi, kalau kat bilik atas tukar channel, kat bawah pun ikut channel sama la....kira ok la tu.... Good luck!

8. Nak senang suruh je orang kedai elektrik tu pasang. Bayar upah je.

p/s TQ to Abah utk info di atas!

Tuesday, June 7, 2011

Ariff melawat klinik hari ni


Berat 5.8kg (+400gm)
Panjang 59cm (+3cm)
Lilitan kepala 42cm (=)

Adam masa umur 4 bln berat 6.9kg and panjang Adam masa 3 bln dah 60cm. Ariff nye progress lambat sikit, sampai skrg dia blum ada inisiatif utk mengiring, apatah lagi untuk meniarap. Harap-harap progress dia lepas ni OK. Amin.

Ariff ni ada masalah dgn eczema. Ummi dah abis akal utk fikir nak hilangkan eczema dia. Mcm-mcm krim yg doktor bagi Ummi dah sapu kat muka Ariff, still tak hilang2 jugak.

Sunday, June 5, 2011

Sup Tulang & Sayur Campur

Semlm Abah pergi pasar mlm beli stok bahan mentah utk 1 week. Dalam byk-byk stok tu, Abah beli tulang lembu. Abah request hari ni nak makan sup tulang. So, dinner tadi ni lah sup yg Ummi masak utk Abah.

Resepi Sup Tulang Ummi

Bahan A
500g tulang lembu
1 pek sup bunjut tulang adabi
1 inci halia dipotong memanjang
5 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan B
1 biji tomato dibelah 4
3 biji cili api diketuk
Daun sadri-kalau suka
Kentang - optional
Carrot - optional

Bahan tumis
Minyak
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan tabur
Daun sup
Daun bawang

Cara:
1. Rebus bahan A dalam periuk pressure cooker sampai daging empuk.
2. Masukkan bahan B dan rebus sekejap
3. Tumis bahan tumis dan tuangkan dalam sup yang siap dimasak.
4. Semasa hidang, taburkan daun sup dan daun bawang di atas sup. Siap.


Sayur Campur Ummi

Bahan-bahan
Kacang buncis
Carrot dipotong memanjang
Cendawan
Cili merah dipotong serong
Bunga kubis
Garam
Air
Isi ayam dipotong nipis
Kiub ayam/sos tiram
1 sk tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cawan air

Bahan tumis
Minyak
Bawang merah & bawang putih

Cara:
1. Tumis bawang putih & merah.
2. Masukkan sedikit air. Masukkan 1/4 kiub ayam.
3. Masukkan ayam. Goreng sekejap.
4. Masukkan bunga kubis & carrot.
5. Masukkan kacang buncis, cili merah & cendawan.
6. Masukkan garam.Goreng sekejap.
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sekejap. Siap.

Nota Jahitan MYGFL PERCUMA.

Di bawah ni Ummi tempek link nota boleh didownload secara PERCUMA. Sebenarnya nota ni adalah nota dari website mygfl. Dulu dlm thn 2006 Ummi jadi member utk website mygfl ni, tp sekarang website tu dah tak wujud. Macam-macam ada dlm website tu termasuk nota utk students sekolah gak. Dlm website tersebut siap ada mcm video tunjuk mcm mana nak ambil ukuran, nak buat pola dan nak gunting kain.

Kalau nak download nota tersebut, boleh klik url di bawah ni. Percuma saje.


Saturday, June 4, 2011

Chocolate Chips ala Famous Amos

Projek hari ni biskut choc chips guna resepi Famous Amos yg tersebar di internet sejak awal thn 2000. Actually Ummi pernah buat cookies yg time Ummi bujang dulu2 dalam thn 2001-2002. Lepas berkahwin sekali je Ummi buat biskut ni masa thn 2005, then hari ni baru Ummi cuba lagi. Resepi ni Ummi ubahsuai ikut tekak Ummi.

Siap dibakar




Bahan-bahan:
1 cawan butter- Ummi guna marjerin je
2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
3/4 cawan gula castor (resepi asal 1 cawan)
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips -Ummi guna 1 pek choc chips Giant
1/2 sk garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut) - Ummi guna 1 pek choc Cadbury size kecil + choc bar biasa
2 biji telur
1 sk baking powder
1 cawan chopped nuts -Ummi guna almond shj
1 sk vanilla
1/2 sk emplex - Ummi tambah sendiri

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Roll jadi 1 batang yang panjang. Kemudian patah-patahkan dalam 1.5cm panjang dan susun ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Nota: selalunya lepas dah sebatikan adunan, Ummi akan simpan dlm fridge bahagian yg bawah beberapa jam. Kemudian baru roll dan bakar.

Buah Melaka

Beberapa hari lps Adam belek Majalah Rasa yg lama, ntah thn bila ntah. Dalam tu ada resepi buah Melaka, so dia request nak makan buah melaka. Awal thn hari tu tiap2 kali blk dr tadika time Ummi singgah beli kuih, mesti dia minta buah melaka. Memandangkan stok gula melaka ada lagi, so tak susah la utk Ummi tunaikan permintaan Adam kali ni.

2 hari lepas Ummi bawa Ariff ke klinik sbb Ariff selsema dan batuk. Lepas jumpa doktor Ariff kena neb. Macam Adam le pula. Tp, syukur last Adam kena neb bln 11 2009. Skrg turn Ariff ler pula. Lepas blk dr klinik Ummi singgah kedai frame tingkap. So, Ummi dah dpt la acuan utk buat kek lapis pua kumbo. Then terus singgah kedai beli tepung pulut dan kelapa parut utk projek buah melaka Adam.

Ni la hasilnya yang tidak seberapa.


Resepi buah melaka
Bahan-bahan:
Tepung pulut
Garam
Air
Pandan paste
Gula melaka dipotong dadu.
Kepala parut putih digaul dgn garam.

Cara:
1. Masukkan tepung pulut, air, garam dan pandan paste ke dalam mangkuk. Uli hingga adunan sebati.
2. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan seketul gula melaka. Bulatkan kembali.
3. Rebus di dalam air mendidih sehingga buah melaka tersebut terapung.
4. Angkat dan toskan.
5. Gaulkan buah melaka tersebut di dalam kelapa parut yg telah dicampur secubit garam.